Pages

Thursday, January 12, 2012

Pavlova

Hi there!Hari ni Senegal public holiday sempena hari "magal touba". Ini adalah hari melawat masjid yang dipanggil "mini mekah" yang terletak di touba.Ia terletak Lebih kurang 2 jam dari Dakar.I never visit this place yet.

Menurut kata local people di sini, mereka akan ke sana untuk sembahyang Dan Ada upacara makan-makan macam hari raya tu.Kebanyakan mereka ini adalah pengikut-pengikut guru agama masing-masing(Islam).Ramai orang Akan ambil cuti untuk ke touba ni bila tiba musim melawat,tu sebab presidentnya keluarkan decree supaya ia jadi salah satu hari cuti umum di Senegal bermula Dari tahun 2012 ini. Ha..panjang lebar dah penerangan Kak lang.

Sebenarnya sejak ketiadaan encik Suami di sini,Kak lang amatlah bosan bila tiba hujung minggu ataupun hari cuti.Sebabnya Kak lang tak berani pergi mana-mana seorang diri.Tambahan lagi di tempat ni sekarang tengah musim Tunjuk perasaan.Penat tengok tv,Kak lang tidur,penat tidur,Kak lang masak pulak.huhu.Hari ini Kak lang buat pavlova. Jadi nak tepeklah resepi untuk reference Kak lang di masa depan.


Pavlova
Sumber dari Madam Rima 
from http://www.bisousatoi.com/(million thanks)

Bahan-bahan
1.4 biji putih telor
2.1/2 cawan gula pasir
3.2 sudu teh cuka makan
4. 1 sudu vanilla
5. 2 sudu makan tepung jagung
6. Buah-buah masam kegemaran masing-masing (Kak lang letak strawberry,anggur,mangga)

Cara-caranya:
1.Pukul telur putih hingga kembang dan pekat sehingga kalau kita terbalikkan mangkuk ia tidak jatuh.
2.Masukkan gula sedikit Demi sedikit.Kemudian masukkan vanilla,cuka,tepung jagung Dan kacau sehingga rata.
3.sementara itu panaskan oven dalam 5 minit sebelum membakar pavlova dengan suhu 140 darjah celcius.
4.bakar selama 1 jam 20 minit atau sehingga kekuningan.
5.bila dah masak sejuk kan dulu lepas tu baru letak cream Dan buah.

Cream
Bahan-bahan
1.200ml whipping cream
2.4sudu besar gula
3.1 sudu vanilla

Cara-cara
1.putar atau pukul whipping cream sehingga pekat Dan campur semua bahan.
2.masukkan ke dalam peti ais dalam 10 minit kemudian letak atas pavlova.

Until then.bubye!

Love and hugs,
Kak lang

pavlova

4 comments:

  1. salam kenal,

    wah rajinnye kalau bosan pergi memasak? saya kalau bosan tidooo aje la keje nye..hehehe

    ai nye mixer rosak, kalo tak teringin gak nak try buat..apakan daya..memang tak dapekk la saya nak pukul telur pakai tangan..

    ReplyDelete
  2. Cik sibuk.salam perkenalan.terima kasih sudi baca blog Kak lang.alahai kesiannya mixer rosak pulak.takpe nanti-nanti dah beli baru boleh try ok.have a nice day ^_*

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak lang,

    comelnya kak lang punya pav..
    kak lang guna api ats ke bawah?

    ReplyDelete
  4. hai nurul hidayah ^__^.salam kenal.tq for reading my blog. kak lang belasah guna api atas bawah je.hehehe

    love,
    kak lang

    ReplyDelete