Pages

Friday, May 8, 2015

Cascata delle Marmore dan Piediluco Lake


Alhamdulillah... dipanjangkan usia kak lang.  Dengan izin Allah s.w.t diberi peluang untuk mengunjungi Cascata delle Marmore.  Trip kali ni kak lang pergi dua tempat iaitu Cascata delle Marmore dan juga Lago di Piediluco, Terni.  Meh kak lang share information berkaitan Cascata delle Marmore.  Ini adalah air terjun buatan manusia yang dicipta oleh orang-orang Rom purba (Romans).  Tingginya adalah 165 meter bersamaan dengan 541 kaki, menjadikan ianya salah satu air terjun buatan manusia yang tertinggi di Eropah.  Mengandungi 3 bahagian, iaitu bahagian paling atas adalah yang tertinggi iaitu 83 meter ataupun 272 kaki.  Terletak 7.7 kilometer dari Terni, wilayah Umbria di Italy.   Walaupun buatan tetapi menakjubkan.  Sumber air adalah daripada perairan Velino sungai (sumber air sungai ini mengalir ke dalam loji kuasa hidroelektrik), selepas mengalir melalui Piediluco tasik berhampiran dengan Marmore . Alirannya dihidupkan dan dimatikan mengikut jadual yang diterbitkan, untuk memenuhi keperluan pelancong dan syarikat kuasa sama. Oleh itu pelancong yang datang boleh lah mengunjungi pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.  Kak Lang pergi dua hari je. Menginap di hotel berhampiran tasik Piediluco (Hotel Piediluco). Ok lah biar gambar pulak berbicara. Rasanya lama dah tak menaip blog. Idea pun kering. hehehe.


Sampai jumpa lagi.


Salam sayang,
Kak lang

Pengalaman pertama main snow



Salam sayang semua. Pengalaman pertama kak_lang bermain snow sangat teruja. Sejuk tetapi seronok sebab datang bersama teman-teman.Semoga pengalaman di Italy akan sentiasa indah buat kak_lang dan suami.Amin

Love,
Kak_lang







Wednesday, January 28, 2015

Sudah 6 bulan di Rom, Itali

Salam sayang kepada semua pembaca.  Akhirnya setelah 6 bulan berlalu..barulah kak lang berjaya create password baru untuk log in blog. Punyalah lama kak lang kesibukan menguruskan kehidupan baru di sini sampai lupa kata laluan blog..hehehe. Ok pertamanya kak lang nak bagi tahu yang sebenarnya kak lang telah pun memulakan tugas baru di Rom sejak 6 bulan lalu.  Sekarang masih dalam proses membiasakan diri ditempat baru. Al maklum Rom dan Senegal terlalu besar perbezaannya. First kak_lang sampai di Rom pada bulan julai 2014 yang lalu adalah pada musim panas dan sekarang Rom sedang musim sejuk. Kak_lang baru selesai pindah rumah,unpack barang dan juga telah selesai buat housewarming. Setakat ini cuma adik lelaki kak_lang yang datang melawat.Anak dara kami akan datang dalam masa terdekat. Rasanya buat masa ini kak_lang tepek gambar je dulu ek.nanti bila ada masa terluang kak_lang update entri lagi.

Salam sayang,
Kak_lang 

Tuesday, June 10, 2014

Resepi Jeruk Mangga


Resepi Jeruk Mangga
Sumber:Mdm Maya

Bahan-bahan
1. 3 biji mangga muda di hiris/dibelah
2. 4 sudu makan garam 
3. 1 cawan gula
4. 1/2 cawan air
5. Sedikit cili 

Cara-caranya
1. Buang kulit mangga Dan potong ikut saiz kegemaran masing2.Bersihkan Dan tos airnya. Campurkan garam Dan gaul sebati.Diamkan selama 2 jam setengah.
2. Sementara itu masak air gula.Sukatan satu cawan gula bersama 1/2 cawan air.setelah masak biarkan sejuk.
3. Setelah masa 2 jam setengah selesai,bilas mangga sehingga bersih Dan tos kan sehingga kering.
4. Kemudian gaulkan mangga dengan air gula dan sedikit cili.Biarkan dalam petis ais semalaman dan jeruk telah siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!

Love,
Kak lang

Resepi bebola daging


Hi, tetiba malam ni kak lang rajin bebeno update entry hehe.Ini kisah bulan mei juga. Kak lang menghadiri demo masakan bebola daging(untuk bakso).Sebelum lupa resepi nya baik kak lang abadi kan dalam entri. Jom belajar buat bebola daging.

RESEPI BEBOLA DAGING
Sumber: Mdm Norma

Bahan-bahan
1.1kg daging hancur yang telah dikisar
2. 1 sudu teh garam
3. 1/2 sudu teh gula pasir
4. 1 biji telur putih
5. 5 sudu makan tepung kanji
6. 3 ketul ais kiub
7. 10 ulas bawang Putih ditumbuk lumat
8.1/2 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1.Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Sementara itu didih kan air di dalam periuk lebih kurang separuh sukatan periuk.
2. Proses mengaul mesti sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3. Gaul lebih kurang 10 minit ye. Kemudian bentuk kan bulat2 dengan tangan dan dimasukkan ke dalam air yang hampir mendidih (kelihatan buih-buih di dalam periuk)
4. Biar sehingga masak. (Bebola akan timbul bila ia sudah masak)
5. Setelah masak tapis dan biarkan ia sejuk.  Bebola boleh dihidangkan bersama kuah bakso.

Nota: bahan utama boleh diganti dengan ayam/Ikan. Prosesnya tetap sama. Sekian, selamat mencuba! ������

Salam sayang,
Kak lang








Monday, June 9, 2014

Monument De La Renaissance Africaine, Dakar Republic of Senegal

Salam sayang readers. (Puh! Puh! Sambil sapu sawang).Apa khabar semua? Kak lang doakan semua sihat ye. Sedar-sedar sudah hampir 5 tahun kak lang di Dakar kan. Sepanjang tempoh itu sudah berapa puluh kali kak lang ke tempat ini tapi tak pernah sampai atas hehe.Dasar pemalas kan. Last month first time kak lang visit monument ini sampai ke muzium Dan tower nya. Nak melawat muzium kena bayar fcfa3000 untuk orang yang menetap di Dakar. Muzium ini mengandungi sejarah tentang penubuhan monument, sejarah negara2 afrika, sejarah pahlawan yang mempertahan kan hak asasi sebagai manusia terutama kisah penghapusan kehidupan sebagai hamba abdi. Terdapat juga hasil karya artis terkenal dari Senegal untuk dipertonton kan.Jadi disarankan kepada pembaca yang datang ke Dakar wajib melawat ke tempat i ini.hehehe

Sekian. 


Salam sayang,

Kak lang