Pages

Wednesday, January 28, 2015

Sudah 6 bulan di Rom, Itali

Salam sayang kepada semua pembaca.  Akhirnya setelah 6 bulan berlalu..barulah kak lang berjaya create password baru untuk log in blog. Punyalah lama kak lang kesibukan menguruskan kehidupan baru di sini sampai lupa kata laluan blog..hehehe. Ok pertamanya kak lang nak bagi tahu yang sebenarnya kak lang telah pun memulakan tugas baru di Rom sejak 6 bulan lalu.  Sekarang masih dalam proses membiasakan diri ditempat baru. Al maklum Rom dan Senegal terlalu besar perbezaannya. First kak_lang sampai di Rom pada bulan julai 2014 yang lalu adalah pada musim panas dan sekarang Rom sedang musim sejuk. Kak_lang baru selesai pindah rumah,unpack barang dan juga telah selesai buat housewarming. Setakat ini cuma adik lelaki kak_lang yang datang melawat.Anak dara kami akan datang dalam masa terdekat. Rasanya buat masa ini kak_lang tepek gambar je dulu ek.nanti bila ada masa terluang kak_lang update entri lagi.

Salam sayang,
Kak_lang