Pages

Friday, October 7, 2011

Bersara dari dunia muka buku

Hi there! Kehadapan kawan-kawan yang kusayangi.  Dengan ini kak lang mengumumkan bahawa kak lang terpaksa bersara dari dunia muka buku.  Tindakan drastik ini dibuat kerana terdapat makhluk-makhluk dimuka bumi ini yang sangat-sangat perihatin dengan apa yang kak lang publish di muka buku sehingga mengganggu gugat kesejahteraan hidup kak lang.  Walaupun berat hati untuk membuang rutin harian kak lang yang aktif bermuka buku sejak 4 tahun ini, namun kak lang terpaksa kawan-kawan.  Keluarga kak lang turut bersedih kerana tidak dapat melihat aktiviti harian kak lang setiap hari dimuka buku selama dirantau orang ini..hukhukhuk. Kak lang lagi sedih..namun kita masih boleh bertemu muka seminggu sekali di dalam skype.  Nampaknya selepas ini kak lang adalah orang terakhir mendapat berita tentang perkembangan keluarga ;(.  Kak Lang juga terpaksa 'memprivate'kan blog ini buat sementara waktu demi kesejahteraan sejagat dan hidup kak lang.  Facebook adalah "social networking", i can write what ever i like in my wall and its also a place untuk berkongsi kisah suka duka, meluahkan perasaan kak lang kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara.  Facebook juga tempat pertemuan kak lang dengan kawan-kawan lama yang telah terpisah.  Hidup kak lang bertambah sepi tanpa facebook.  Kalau ada anak kecik boleh jugak kak lang gomol-gomol. Owh my! dugaan demi dugaan.

Sekian saja kata hati kak lang untuk hari ini.  Tak dapat den nak meneruskan lagi kerana terlalu sedih.

Bonvoyage Facebook ~~

Credit to Mr. google