Pages

Friday, February 19, 2016

Cascata delle Marmore dan Piediluco Lake



Alhamdulillah... dipanjangkan usia kak lang.  Dengan izin Allah s.w.t diberi peluang untuk mengunjungi Cascata delle Marmore.  Trip kali ni kak lang pergi dua tempat iaitu Cascata delle Marmore dan juga Lago di Piediluco, Terni.  Meh kak lang share information berkaitan Cascata delle Marmore.  Ini adalah air terjun buatan manusia yang dicipta oleh orang-orang Rom purba (Romans).  Tingginya adalah 165 meter bersamaan dengan 541 kaki, menjadikan ianya salah satu air terjun buatan manusia yang tertinggi di Eropah. Mengandungi 3 bahagian, iaitu bahagian paling atas adalah yang tertinggi iaitu 83 meter ataupun 272 kaki. Terletak 7.7 kilometer dari Terni, wilayah Umbria di Italy.   Walaupun buatan tetapi menakjubkan.  Sumber air adalah daripada perairan Velino sungai (sumber air sungai ini mengalir ke dalam loji kuasa hidroelektrik), selepas mengalir melalui Piediluco tasik berhampiran dengan Marmore. Alirannya dihidupkan dan dimatikan mengikut jadual yang diterbitkan, untuk memenuhi keperluan pelancong dan syarikat kuasa sama. Oleh itu pelancong yang datang boleh lah mengunjungi pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.  Kak Lang pergi dua hari je. Menginap di hotel berhampiran tasik Piediluco (Hotel Piediluco). Ok lah biar gambar pulak berbicara. Rasanya lama dah tak menaip blog. Idea pun kering. hehehe.
Sampai jumpa lagi.



Salam sayang,

Kak lang
























No comments:

Post a Comment