Pages

Friday, January 27, 2012

Jumaat yang mendebarkan...

Salam Jumaat semua. Hari ni pagi-pagi lagi boss dah masuk bilik tanya, 

Conversation between kak lang dengan boss pagi ini

Boss: "kau dah siap packing belum?. Aku decide kita pindah residence malam ni jugak!" 
          (kak lang dengan boss memang cenggini boss bahasa diri aku kau , tapi kak lang tetap
          bahasa kan diri dia boss, dan saya bagi kak lang).

Kak lang: satu apa pun tak pack lagi boss.

Boss: kau call husband suruh dia siap pack. situasi di luar dakar sudah start riot.

Kak lang: boss, encik suami saya memang tak pandai langsung kemas bag. boleh saya balik sekejap pack barang.

Boss: pergilah.

Kak lang pun terus balik pack barang. Dalam hati bertanya-tanya apakah yang sedang dan bakal berlaku petang ini.  Sebenarnya hari ni adalah hari pengumuman keputusan senarai calon yang bakal bertanding untuk jawatan Presiden. Beberapa kawasan telah dilanda riot aka huru hara. Malam ini bermulalah episod berkampung di Residen. Tak sukanya..tapi demi keselamatan semua rakyat Malaysia, kak lang redha.  Kak lang ni bukan boleh sangat cemas-cemas. Hati cepat risau. Doakan keselamatan kami ye. Kak lang akan cuba update keadaan semasa di Residence nanti.Insyaallah.

Until then.Bubye.

Love and Hugs,
Kak Lang

No comments:

Post a Comment