Pages

Wednesday, July 25, 2012

Bila mood masak ke laut..

Salam Ramadhan semua.  Alhamdulillah, hari ni dah masuk puasa yang ke 5 di Dakar.  Kak Lang tak de idea nak masak apa hari ni. Tapi tadi sempat juga berdiskusi dengan member-member di facebook tentang menu Ramadhan untuk hari ni.  Macam-macam menu ada cuma penyakit "M" tu pun ada..muahahaha.

Paling best hari ni kak lang terselamat dari tugas memasak. Tadi call mr.hubby dia tengah masak lauk untuk berbuka. Angin dia ada baik hari ni.  Dia bosan, so dia masak.  Kan best kalau hari-hari dia bosan tak tau nak buat apa.  Mesti hari-hari dia masakkan..*kelip-kelip mata kat mr.hubby duk sebelah ni*

Ok bye nak buat lawatan kat dapur jenguk masakan mr.hubby.

sekian.

Love and hugs,
Kak Lang

Monday, July 23, 2012

Rindu nak bulan madu lagi...

Apa khabar semua? I miss to go out for honeymoon.  Right now, i really need a vacation.  I felt so exhausted.  Last time balik Malaysia tergocoh-gocoh melawat keluarga yang sakit.  Tak sempat merancang percutian atau berjimba ria. sobs! Selalunya, at least once a year we will plan a trip for honeymoon and rest. Kak Lang rindukan shopping complex dan juga rindu time nak manja-manjakan diri setelah penat bekerja. Pergi spa, facial and body treatment, massage, ..wallah!!   Bak kata orang nak refreshkan minda..gitew..aww!!Minta maaflah entri kali ni syok sendiri aje..ahaks..kak lang cuma rindu nak pergi bercuti bersama encik suami...harap-harap tahun ni jadilah kami bercuti ke tempat yang dirancang. Kak lang tak sabar nak shopping..balik haritu tak puas shopping...

Kepada encik suami...saya sayang awak hingga nafas yang terakhir..ehem..

Until then.Bye.

Love and hugs,
Kak Lang


p/s: Jom feeling-feeling sikit sambil tengok gambar percutian yang indah bersama encik suami kejap (gambar semasa kami di Jakarta dan Singapore tertinggal kat Malaysia pulop..huhu).


we in Paris

Gambia 

we in Saint-Louis, Senegal


Istanbul, Turkey

Slave house, Goree at Senegal

Spain, Madrid
Spain, Madrid
  
Bali, Indonesia

Bali, Indonesia

Sally Portugal, Senegal




Bon Ramadhan

Salam Ramadhan semua.  Tahun ini adalah tahun ke tiga kak lang berpuasa di rantau orang.  Alhamdulillah semuanya diharungi dengan penuh tenang.  Di Dakar sekarang tengah musim hujan...cuaca pun tenang je sampai waktu berbuka.  Kat tempat ni tak de bazaar Ramadhan pun..sobs! Tapi takpe makanan Malaysia tu semua kalau teringin boleh buat sendiri kan..*ayat sentap nak sedapkan hati sendiri* First day puasa (Dakar start hari Sabtu) hari tu kak lang organized iftar just for our small Malaysian family in Dakar. Lepas juga rindu nak berbuka puasa dengan family di Malaysia. Feeling-feeling adik beradik semua balik. 

Rasanya cukuplah kak lang membebel untuk hari ini.  Now speech time..tarik nafasssss!!! *ok tak kelakar *

Dikesempatan ini kak lang dan suami ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, perbuatan dan keterlanjuran kata-kata, dalam penulisan   blog mahupun perbuatan yang pernah kami lakukan kepada sesiapa sahaja yang mengenali kami.  Akhir kata, "Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini".*mood-rindu nak sembahyang tarawih di Malaysia*

Stop di sini dulu..nak prepare makanan untuk berbuka puasa...Selamat berbuka puasa uolls ^__^

Until then.Bye.

Love and hugs,
Kak Lang 


pstt:- Untuk tatapan semua.  Inilah Dakar dalam bulan Ramadhan.  sepoi-sepoi je...hiks (tido pun sodap)



view from my apartment






Thursday, July 19, 2012

34years and 1 day

Salam semua. Hari ni genap umur kak lang 34 tahun dan 1 hari. Tiada sambutan yang besar namun tetap sempurna di hati kak lang. Kami(kak lang dengan asben je pun) meraikan hari yang penuh bersejarah ini berdua sahaja di rumah. (kalau kat Malaysia for sure dah reward diri dengan macam2 kan..huhu) feeling-feeling makan kat restaurant Thailand gitew...Nak makan kat restoran di Dakar ni dah la mahal pehtu citarasa diaorang out betul.huhu

Malam sebelum hari jadi, kak lang ada buat kek untuk diberi kepada local staff. Alamak!gambar lupa nak snap. So semalam ramailah intercom kak lang buat ucapan and siap nyanyi lagu besday dalam bahasa french. so sweet. You all really make my day. ^__^

Semalam jugak, encik suami telah bertungkus lumus menyediakan sajian yang dirujuk melalui internet untuk dinner kami. Kak lang balik keje tinggal order makanan je. dah macam kat restoran konsepnya.hehehe. Tengs yang! I love you strong...hadiah postponed kan? *kelip-kelip mata pandang muka encik suami* Sekian dulu laporan kak lang untuk hari ini.

Bye.

Love and hugs,
Kak lang


Nak tengok sajian yang dihidangkan oleh encik suami?? Sila scroll bawah.....


*




*




*




*



tara!!!!


Thursday, July 12, 2012

Laksa Sarawak

Pertama kali rasa resepi ni tau. Laksa Sarawak. Wallah!!!terus suka...tapi kak lang ni apa jenis makanan suka je.  Tak pernah tak suka.  Terutama masakan orang lain.  Semua ai telan.hehe...opss!kecuali ikan air tawar..that is not my food.  One day kak lang teringin nak masak sendiri Laksa Sarawak ni. Google dan jumpa resepinya. Kalau ada paste dah siap lagi senang kot. So kak lang nak share resepi ni dengan semua reader.  Bukan resepi dari kak lang tapi resepi dari satu blog ni. Resepi ni kak lang dapat dari blog DapurKu SaYang . Terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi berkongsi resepi.

Sekian saja cerita pasal makan untuk hari ni. Laparlahh...jom makan ^__*

Bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Resepi roti naik untuk sahabat yang sedang semangat nak buat roti

Hello everyone!Hari ni kak lang buat entry khas untuk chesue kita yang jauh nun di Algeria. Dia baru dapat hadiah BM dari suaminya. Tahniah!! hehehe..haritu dia minta resepi roti naik yang kak lang post di FB dan twitter. Kak lang pun tidaklah pandai membuatnya..just follow resepi dari blog Pn.Hana(terima kasih ye). Blog ni adalah one of my favorite reference bila nak try buat kek ataupun roti. Resepi dia sangat mudah. Kak lang ikut je step dari blog tu bulat-bulat and alhamdulillah jadi. Pada kak lang nak buat roti ni kena banyak bersabar..first try dulu, kak lang gelojoh sangat sampai tak dan nak tunggu dia naik sangat..pehtu hasil dia hampa lah kan. hehehehe...So my advise is sabarrrrrr....kena tunggu betul-betul roti tu naik sekali ganda baru lah hasil dia macam roti kat kedai runcit ataupun bakery kat Malaysia nun. Oklah..macam pandai sangat pulak kak lang bagi advise kat orang pasal buat roti ni..hikhik...kepada chesue yang ku sayang silalah cuba resepi roti naik sumber ilham dari mamafami(terima kasih) dan ikut panduan betul-betul tau. Kak lang copy paste aje eh.

Selamat mencuba lahling.

Until then.Bye and happy weekends to you.^__*

Love and hugs,
Kak lang


RESEPI BUN MANIS @ ROTI NAIK TOK MAK
original resepi : tok mak facebook
sumber : mamafami
Bahan-bahan
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung *
  • 300ml air sejuk* (telur+ susu tpg +air sejuk= 300ml) - hana guna susu segar(kak lang pun)
  • 50g gula - hana letak 70g
  • 1 1/2 sk garam (kak lang letak 1 sk sahaja-maaf ye tuan punya resepi)
  • 300g tepung roti
  • 200g tpg gandum
  • 2sk yis @ 6g
  • 2sb marjerin@butter
  • 1sk bread softener dan bread improver - hana tambah (kak lang pun)
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 11/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50g setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Wednesday, July 4, 2012

Sweet memories of my

find me???xoxox


Hello everyone! Guess from this picture above..which one is kak lang? hehehe

Last week my cousin, kak manje send me this picture..i almost couldn't remember my own face while i am young and cute(please give me a big slap on my face..ahaks)...when i ask her..which one is me?she answered the cute one of course..ahaks!perasan pulak..budak kecil kan semua comel...This picture was taken long time ago...during my big brother circumcision ceremony i guess..but i am not sure whose place is this. Is it Johore or Negeri Sembilan? How times fly fast..i am now growing old and wife to someone special in my eyes but yet we still waiting the miracle from Allah s.w.t to give us our own baby and hence all my cousins on this picture also growing old..kak manje even have her own grandchild..kan kak manje?The rest already have their own families and kids of course.

Dear friends and beloved family, please pray for us to have our own babies.sobs!sobs!7 years waiting...and yet still waiting..

Until then. Bye..

Love and hugs,
Kak lang

Tuesday, July 3, 2012

Minggu tanpa Nasi

Salam Selasa semua dan salam sejahtera.^_^

Beberapa hari ni kak lang tengok orang post dalam facebook pasal diorang dah kurus..huwaaa..yang hakak ni asyiklah melantak macam biasa. Susah betul nak disiplinkan diri untuk back to figure. Kak lang terlebih malu dah dengan encik suami sebab si isteri ni dengan selamba je tak diet2 sedangkan encik suami sungguh-sungguh nak diet sampai hari-hari puasa tau. Kalau ikutkan perancangan kami, start minggu ni kami dah lancarkan hari makan tanpa nasi. Nak kurangkan karbohidrat dan nak lebihkan protein. Harap-harap berhasil. Dapat turunkan sikit berat badan kami cukuplah dulu buat masa ni. Encik suami tak kasi dah tonton food channel favorite kak lang tu.Takut-takut nanti terpengaruh pula dengan food-food yang ditayang.hehehe...tapikan kak lang buat je blog walking pada mana-mana blog masakan favorite tu..kira dah macam rutin harian pulak besides baca surat khabar. Its my entertainment ya olls. Apa lagi lah yang boleh menghiburkan hati kak lang di bumi Afrika ni selain makanan..huhu..Apa pun kak lang cuba menepis segala ingatan kak lang terhadap makanan yang lazat-lazat tu demi kesihatan diri. Owh ya kak lang dengan encik suami ada juga pergi exercise waktu petang sekarang...jalan-jalan je keluarkan peluh. Kat sini jalan sejam lebih pun belum tentu berpeluh..jenuh tau nak keluarkan peluh..hukhuk

Ha nilah menu kak lang untuk lunch hari ni..sabar jelah...


today's lunch-fruit salad


p/s: i wish i could eat as many as i want to without putting on my weight...pfuhh

Until then. bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Monday, July 2, 2012

Maggo Lassi

Hai!!Sekarang di Dakar tengah summer. Musim-musim panas macam ni sangat nyum kalau minum air sejuk kan?hehe Tak pernah-pernah kak lang breakfast minuman sejuk..semalam bersamaan hari ahaj 1 Julai 1978, kak lang sudah pecah rekod sejarah sarapan pagi..hakhak..Di Dakar ni sekarang tengah musim manggo, semalam ada beli 3 biji mangga yang sedang masak ranum...dalam peti ais ada plain yogurt so kak lang teringin nak minum manggo lassi sejuk. Di bawah adalah resepi manggo lassi.

Manggo Lassi for two =D

Bahan-bahan:
1 biji mangga di buang kulit dan dipotong-potong isinya
1 cawan teh plain yogurt
2 sudu makan gula pasir
1 cawan teh air suam
sedikit air batu

Cara-caranya:-
1. Masukkan mangga, plain yogurt, gula, air suam dan air batu yang telah dihancurkan ke dalam blender buah.
2. Blend hingga hancur dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Until then.Bye2.

Love and hugs,
Kak lang

Sunday, July 1, 2012

Yassa Poullet aka Nasi Ayam ala Senegalese


Tara!!!Dan lagi dan lagi entry..kihkihkih.  Semalam kak lang teringin pulak nak makan Yassa Poullet aka nasi ayam ala Senegalese.  Balik dari pasar basah terus suruh my maid ajar masak menu ni.  Cara memasak adalah mudah tidak seperti makanan Senegalese yang lain.  So sebelum kak lang lupa resepi ni, baiklah ditepek di dalam blog untuk rujukan masa depan dan kepada rakan-rakan blog yang ingin mencuba silakan.  Menu ini dimakan bersama nasi putih biasa.  Jadi untuk nasi semua orang tau masak kan?Hehe gurau aje jangan mare..Jom layan resepi afrika barat sekali sekala.


Bahan-bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam dibelah empat (ikut suka masing-masing nak belah berapa..ayam senegal kecil so kami masak seekor)
1 biji bawang besar *
10 ulas bawang putih *
1/2 inci halia*
2 sudu makan mustard*
2 sudu makan cuka masakan*
1 1/2 garam halus*
2 sudu makan serbuk lada hitam*
sedikit air untuk blender semua bahan bertanda *
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-caranya
1. Blend semua bahan bertanda * dan gaulkan ayam bersama bahan yang telah diblend sebentar tadi. Tinggalkan dalam satu cawan bahan yang diblend untuk tumis sos nanti.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (macam masak ayam goreng biasa aje). Goreng deep fry ya.
3. Dah masak ketepikan ayam tadi dan mulakan bahan untuk sos pula.

Bahan-bahan untuk sos
1 cawan bahan yang telah diblend (yang bertanda * di atas)
4 biji bawang holland diracik
4 ulas bawang putih diracik
1/2 inci halia diracik
1 biji limau nipis
1/2 sudu makan cuka masakan
1 kiub ayam knorr
2 batang cili merah/suka cili apa pun boleh
3 sudu makan serbuk lada hitam
2 cawan air suam
1 cawan minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar holland. Tumis sehingga bawang tadi lembut.
2. Kemudian masukkan baki bahan bertanda *. Masukkan cuka, limau nipis,kiub ayam, lada hitam, cili merah dan air. Rasa kuah, kalau tak cukup masin sila tambah garam. (Kalau ikut kan memang cukup masin dah sebab bahan diblend tadi sudah ada garam)
3. Masukkan ayam ke dalam periuk dan biar sehingga air kering sedikit.
4. Dah siap boleh lah dihidangkan dengan nasi putih.


Sekian, selamat mencuba ^__^

Until then, bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Yassa Poullet (Nasi Ayam versi senegalese)

Musim Durian

Hi!Mood rajin tengah mai..hehe. Kali ni nak up gambar lagi tapi gambar masa cuti di Malaysia pada bulan Mei-Jun 2012. Kak lang nak letak gambar ni dalam blog untuk tatapan masa tuo.hikhik

Ini adalah antara pengalaman paling menarik masa di Malaysia. Kebetulan kebun MIL tengah lebat berbuah and that time masa kami balik adalah permulaan buah durian gugur. Kira langkah kanan betul. Tambah menarik lagi bila dapat tahu most of the durian trees, planted by my hubby and its really nyummeh. For those di perantauan sorry for posting this picture. Your turn next maybe.^_^







tukang kutip durian~~excited!!
en.hubby bersungguh-sungguh kupas durian untuk si isteri ^_^
isi durian adalah terbaik!!!

Until then, bubye.

Love and hugs,
Kak Lang