Pages

Thursday, July 12, 2012

Resepi roti naik untuk sahabat yang sedang semangat nak buat roti

Hello everyone!Hari ni kak lang buat entry khas untuk chesue kita yang jauh nun di Algeria. Dia baru dapat hadiah BM dari suaminya. Tahniah!! hehehe..haritu dia minta resepi roti naik yang kak lang post di FB dan twitter. Kak lang pun tidaklah pandai membuatnya..just follow resepi dari blog Pn.Hana(terima kasih ye). Blog ni adalah one of my favorite reference bila nak try buat kek ataupun roti. Resepi dia sangat mudah. Kak lang ikut je step dari blog tu bulat-bulat and alhamdulillah jadi. Pada kak lang nak buat roti ni kena banyak bersabar..first try dulu, kak lang gelojoh sangat sampai tak dan nak tunggu dia naik sangat..pehtu hasil dia hampa lah kan. hehehehe...So my advise is sabarrrrrr....kena tunggu betul-betul roti tu naik sekali ganda baru lah hasil dia macam roti kat kedai runcit ataupun bakery kat Malaysia nun. Oklah..macam pandai sangat pulak kak lang bagi advise kat orang pasal buat roti ni..hikhik...kepada chesue yang ku sayang silalah cuba resepi roti naik sumber ilham dari mamafami(terima kasih) dan ikut panduan betul-betul tau. Kak lang copy paste aje eh.

Selamat mencuba lahling.

Until then.Bye and happy weekends to you.^__*

Love and hugs,
Kak lang


RESEPI BUN MANIS @ ROTI NAIK TOK MAK
original resepi : tok mak facebook
sumber : mamafami
Bahan-bahan
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung *
  • 300ml air sejuk* (telur+ susu tpg +air sejuk= 300ml) - hana guna susu segar(kak lang pun)
  • 50g gula - hana letak 70g
  • 1 1/2 sk garam (kak lang letak 1 sk sahaja-maaf ye tuan punya resepi)
  • 300g tepung roti
  • 200g tpg gandum
  • 2sk yis @ 6g
  • 2sb marjerin@butter
  • 1sk bread softener dan bread improver - hana tambah (kak lang pun)
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 11/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50g setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa.Jika suka taburkan gula kasar.dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

2 comments: