Pages

Sunday, July 1, 2012

Yassa Poullet aka Nasi Ayam ala Senegalese


Tara!!!Dan lagi dan lagi entry..kihkihkih.  Semalam kak lang teringin pulak nak makan Yassa Poullet aka nasi ayam ala Senegalese.  Balik dari pasar basah terus suruh my maid ajar masak menu ni.  Cara memasak adalah mudah tidak seperti makanan Senegalese yang lain.  So sebelum kak lang lupa resepi ni, baiklah ditepek di dalam blog untuk rujukan masa depan dan kepada rakan-rakan blog yang ingin mencuba silakan.  Menu ini dimakan bersama nasi putih biasa.  Jadi untuk nasi semua orang tau masak kan?Hehe gurau aje jangan mare..Jom layan resepi afrika barat sekali sekala.


Bahan-bahan untuk perap ayam
1 ekor ayam dibelah empat (ikut suka masing-masing nak belah berapa..ayam senegal kecil so kami masak seekor)
1 biji bawang besar *
10 ulas bawang putih *
1/2 inci halia*
2 sudu makan mustard*
2 sudu makan cuka masakan*
1 1/2 garam halus*
2 sudu makan serbuk lada hitam*
sedikit air untuk blender semua bahan bertanda *
Minyak untuk menggoreng ayam

Cara-caranya
1. Blend semua bahan bertanda * dan gaulkan ayam bersama bahan yang telah diblend sebentar tadi. Tinggalkan dalam satu cawan bahan yang diblend untuk tumis sos nanti.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (macam masak ayam goreng biasa aje). Goreng deep fry ya.
3. Dah masak ketepikan ayam tadi dan mulakan bahan untuk sos pula.

Bahan-bahan untuk sos
1 cawan bahan yang telah diblend (yang bertanda * di atas)
4 biji bawang holland diracik
4 ulas bawang putih diracik
1/2 inci halia diracik
1 biji limau nipis
1/2 sudu makan cuka masakan
1 kiub ayam knorr
2 batang cili merah/suka cili apa pun boleh
3 sudu makan serbuk lada hitam
2 cawan air suam
1 cawan minyak masak

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar holland. Tumis sehingga bawang tadi lembut.
2. Kemudian masukkan baki bahan bertanda *. Masukkan cuka, limau nipis,kiub ayam, lada hitam, cili merah dan air. Rasa kuah, kalau tak cukup masin sila tambah garam. (Kalau ikut kan memang cukup masin dah sebab bahan diblend tadi sudah ada garam)
3. Masukkan ayam ke dalam periuk dan biar sehingga air kering sedikit.
4. Dah siap boleh lah dihidangkan dengan nasi putih.


Sekian, selamat mencuba ^__^

Until then, bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Yassa Poullet (Nasi Ayam versi senegalese)

No comments:

Post a Comment