Pages

Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Rindunya Kampung Halaman

Salam sayang semua!!Kak lang rindu nak balik kampung halaman. Nak jumpa anak2, anak buah, parents dan all the siblings.  Doakan lah agar permohonan cuti untuk balik raya tahun ini dipermudahkan dan diluluskan ye.Amin.



Love,
Kak Lang

rindu nak lalu jalan ini.  on the way to our house.permai je kan

sikit lagi nak sampai..huhuhu

Thursday, May 2, 2013

Kak Lang situ sana sini ^__^

Hehehe...tajuk memang tak boleh bleh...dah macam rancangan Datuk Siti Nurhaliza ye tak..sebab apa letak tajuk cenggitu...sebab nye memang cerita ni semasa kak lang berada di situ sana dan sini..hakhak..fening tak?! First sekali nak cerita pasal perjalanan dari Dakar ke Kuala Lumpur...kak lang balik naik flight Emirates Airlines...pengalaman manis dikala hati sedang gundah gulana...kebiasaannya hq kasi tambang economy class.  Nasib kami baik sebab masa check in kan tiba2 awek kat counter kata depa tukar seat sebab penuh..ye la kak lang kan balik emergency beli tiket tak sampai dua hari before balik kot.  Kak Lang fikir depa nak separate tempat duduk kami rupanya depa kasi kami duduk di first class seat okeh. terharu ahkak...Encik suami pandang kak lang pastu i balas pandang dia balik. hakhak.. Biasa balik naik business class tak pernah umur balik naik first class seat.  Kebetulan kak lang memang penat kerja masa tu ...apalagi set tempat duduk ke katil terus tidur.  First calss seat ni dia siap ada peti ais setiap sorang tau. So tak yah nak panggil stewardess suh bagi air kosong masa nak tidur.  Kak Lang dengan suami memang ada habit minum air kosong before and after sleep ya uolls. Alhamdulillah layanan pun istimewa.

Cerita pengalaman balik Malaysia kali ni pulak kan...kak lang dan suami memang tak sempat langsung nak pergi withdraw duit kat bank.  Masa tu orang2 tua dan saudara mara kata jangan tinggal kan ayah mertua sebab anytime masanya beliau akan pergi.  Tapi disebabkan ramai tetamu datang dan pergi...kami terpaksa juga keluar ke supermarket berdekatan untuk refill barang2 dapur.  Disebabkan kekangan masa kak lang membeli belah cuma menggunakan debit card sahaja.  Serious tak sempat kot nak withdraw duit.  Masa isi minyak kereta pergi juga ATM mesin yang ada tapi semua out of order. Ok cerita nya macam ni..lebih kurang 4/5 kali juga kami guna debit card..alhamdulillah semuanya ok.  Tup2 kami pergi GIANT nak beli makanan yang bapa mertua inginkan tiba2 mesin debit card GIANT buat hal.  Jumlah barang yang kami beli lebih kurang RM600+-.  Adik jaga kaunter masa tu kata kat GIANT had limit beli barang guna debit card adalah RM500 ke apa ntah..wtf kan...Habis kalau orang berbelanja lebih dari RM500.00 macam mana. Nasiblah encik suami ada cash masa tu..so kak lang lihat skrin debit mesin tulis decline. Bayar guna cash sajalah...balik rumah kak lang check maybank2u giant still debit amount RM600+-.  So double payment di situ.  Dah jadi satu kerja pulak di kala orang sibuk kena pergi GIANT minta dia refund duit.  Rupanya nak refund duit sendiri bukan mudah ye.  Pergi sana sini...tunggu GIANT declare untuk refund duit...akhirnya dia kata ni bukan urusan GIANT ini antara pihak bank dengan kak lang..wtf lagi sekali la kan. Pergi bank depa kata akan refund dalam masa 60 hari boleh macam tu? ambil duit customer dalam masa beberapa saat ..nak pulang dalam masa 60 hari.  So kesimpulannya adakah masih selamat jika kak lang menggunakan debit card masa kini.  Kalau pegang cash adalah sangat bahaya di Malaysia di kala ini kan.  Disebabkan hal ini kak lang jadi fobia nak guna debit card.hmmm

Cerita pula pengalaman masa nak lepas kastam di Dubai International Airport.  Rasanya dah lebih 4 kali kami transit di Dubai tapi inilah kali pertama depa buat hal.  Masa nak scan barang...dah letak beg, ipad, komputer semua..kak lang nak lalu bawah scanner tu tiba2 kastam suruh buka barang kemas..tapi kak lang refuse...kak lang kata ini pure gold kalau letak hilang minta kamu ganti dan nak sign borang agreement lah bagai.  Pastu dia fikir2 lepaskan juga kak lang lalu bawah scanner tu.  Eleh tak bunyi apa pun.  Entah apa2 depa ni.  Kalau orang bawak dadah boleh ko lepaskan..aku yang pakai barang kemas pulak ko kemain jaga. puiii!!

Sekian...luahan perasaan yang begitu panjang dari kak lang.


Love to all readers.muahs.

Kak Lang



Peti ais kat seat kak lang

Kak Lang..malu2 nak ambil gambar..kuikui

Tengok cara dia served

Blackpepper steak

Receipt and maybank2u debit transaction sebagai bukti

Alhamdulillah selamat tiba di Malaysia on 30 Mac 2013

Monday, December 17, 2012

Precious time with my familia

Hello!!Salam dari Dakar semua.:) Lamanya kak lang tak update blog kan.  Actually last October kak lang balik Malaysia bercuti.  Konon-konon nak surprise kan my parents yang kitaorang balik raya haji..sekali kak lang pulak yang surprise sebab my mom macam ada gerak hati kata kak lang balik malam tu.  Siap masak lagi untuk kak lang...hahahaha. "What a plan"..ngeh! Sampai tanah air, kami sempatlah beraya sakan satu hari..lepas tu kak lang and husband demam teruk, batuk, selsema dan sakit tekak.  Memang pakej betul penyakit kami kali ni.  Suara pun hilang sebab sakit tekak.  Dua minggu kami habiskan masa di rumah sendiri.  Kami cuma ada masa seminggu untuk pergi  HQ to settle some errand, jumpa kawan dan shopping.  Malangnya dengan keadaan yang tak berapa sihat tu semua jadi tak best. Shopping pun ala kadar je sebabnya baru pilih satu barang, batuk dah macam apa je. Semua mata tertumpu kepada kami. Dah rasa macam pesakit tibi pulak (nauzubillahminzalik).  Nampak makanan memang sedap semua tapi tekak tak boleh terima pulak.  Durian pun kami pandang je..hukhuk *facepalm* Takpelah mungkin bukan rezeki kami kali ni.  Yang paling penting kami pulang sebab rindukan family kedua belah pihak.  Jadinya my hubby sudah niat untuk buat family day for both side kat teratak kami.  Seronok sangat dapat berkumpul the whole familia.  Riuh rendah rumah kami.  Lama tak rasa gembira macam ni.  Kita ada banyak acara on that day.  Ada games untuk kids, teenagers and parents.  Kebetulan bulan Oktober dan November adalah bulan paling ramai dalam family kami sambut birthday.  So kami buat all in one time..senang.  Seronok jugak tengok familia gembira.  Tahniah kepada yang menang...pada  yang tak bertuah, tahun depan cuba lagi.  Insyaallah kita jumpa lagi tahun depan.  Kepada my BFF di Malaysia, jangan sedih lain kali kalau diizinkan Allah s.w.t, panjang umur kita jumpa. Love you guys ketat-ketat.

Love and hugs,
Kak Lang


kak lang's story
Maklong bila nak mula?kami dah tak sabar ni!
beratur dulu baru boleh main ^_^
celup sponge sampai basah azim!
cepat penuhkan botol tu!!
games for children under 4 years old
"haiqal ambil sweet banyak2 pastu kasi kat mummy ok!"
nah ambil banyak2 qaleesya kasi kat mama
"haiqal ambil lagi sayang kasi kat mummy!"
"mummy!nah..good boy encem ^_^"
Arissa ambil banyak2 tau!
"tak boleh makan gula banyak2 nanti sakit gigi" kekeke
teenagers game-treasure hunt
aduhai treasure hunt dah tukar jadi "amazing race" hahaha siap kena habiskan makanan.not maklang idea okeh.
akhir sekali acara prize giving and lucky draw

asyik muka dia amik hadiah..ngeh ngeh ngeh

hai bilalah nombor kita nak kena panggil ni...harap2 dapat hadiah yang besar..hehe
ok sekarang acara sembang menyembang...hahaha
amboi besarnya kek!
 

happy birthday to you all ^_^
happy birthday nur and nurul. kak lang love you all

the night on bapak's birthday
tahun depan bapak hantar kad lagi..kekeke
another birthday bash!

biar adik tolong nyalakan lilin...kekeke

Sunday, July 1, 2012

Musim Durian

Hi!Mood rajin tengah mai..hehe. Kali ni nak up gambar lagi tapi gambar masa cuti di Malaysia pada bulan Mei-Jun 2012. Kak lang nak letak gambar ni dalam blog untuk tatapan masa tuo.hikhik

Ini adalah antara pengalaman paling menarik masa di Malaysia. Kebetulan kebun MIL tengah lebat berbuah and that time masa kami balik adalah permulaan buah durian gugur. Kira langkah kanan betul. Tambah menarik lagi bila dapat tahu most of the durian trees, planted by my hubby and its really nyummeh. For those di perantauan sorry for posting this picture. Your turn next maybe.^_^







tukang kutip durian~~excited!!
en.hubby bersungguh-sungguh kupas durian untuk si isteri ^_^
isi durian adalah terbaik!!!

Until then, bubye.

Love and hugs,
Kak Lang