Pages

Tuesday, December 27, 2011

I am down with fever and sore throat

Hi there!I am down with fever and sore throat.Hubby, I need you to be my nurse.Yesterday Kak lang already met the doctor.Doctor said my throat is too red and already infected.He gave me some medication for treatment.I feel so down when I fall sick alone.

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang

Wednesday, December 21, 2011

Wayang~~Ombak Rindu

Ombak Rindu~~credit to Mr.Google.Thanks ya

Hi there! Last time while in Malaysia, kak lang sempat menonton wayang bertajuk Ombak Rindu dengan mak, adik-adik, adik ipar dan anak buah.  Masing-masing pakat bawak tisu ni stanby sebabnya dengar cerita dari orang yang dah menonton cerita ni sedih.  Apa yang kak lang tak puas hati pasal tahap tontonan cerita ini ialah...sebelum ke cinema kak lang dah suruh my sister call tanya cerita ni sesuai tak untuk kanak-kanak depa habaq sesuai.  Tup..tup first part cerita ni sangat tidak sesuai untuk tontonan umum.  From my point of view, cerita ni tak sesuai ye untuk kanak-kanak sebab ada adengan yang dilakukan di atas ranjang tu.  Walaupun tak ketara tetapi tetap tidak sesuai. Kak Lang sampai suruh anak buah tutup mata bila part ranjang tu tau. ish..tak sehsuai. Kenapalah tak kata cerita ni untuk 18SX saja kan senang.  Masa menonton cerita ni kak lang asyiklah meleleh air mata okeh. hehe. Especially bila sampai part tengah-tengah cerita ni memang sedih. Dari riuh gelak ketawa penonton jadi senyap je. Dah tau mesti suma tengah touching.hiks.  Puas kak lang cover suara menagis..hahaha. Termasuklah my mom. My mom memang fokus macam kitaorang kalau tengok cerita touching-touching ni.  Nak nak cerita bollywood.  Tangkap leleh. Seronok bila dapat tonton dengan ladies in my family. I will keep this sweet memories in my diary of life.  Kak Lang pernah baca dah novel Ombak Rindu ni masa tengah tunggu result SPM dulu.  Kira-kira tahun 1995.  Novel dia lagi sedih.  Dalam novel sebenar watak si Hariz lagi kejam.  Bayangkan lah setiap chapter novel tu kak lang menangis...betul-betul menghayati seh...Izzah pun watak dia sangat kahsian dalam novel ye.  Over all, conclusion dia i enjoy the movies. Love it very much.

Petikan dalam cerita ombak rindu yang kak lang suka, "cinta tak kejam, cuma manusia yang tidak tahu menghargai cinta".

Until then. Bubye.

Love and Hugs,
Kak Lang

Back to Dakar without him

credit to mr.google~thanks
Hi there!I am safely arrive in Dakar last Sunday 18 December 2011.  This time i am coming back Dakar without my other half because he still not settle his matter yet. No idea when he coming back to Dakar as well. I hope it can settle as soon as possible. Last time at the departure hall, im crying aloud in my heart.  Dont want to leave Malaysia alone without him.  I am not strong enough to stay here alone with all the mess coming up soon. I read from the news that January will be very dangerous season travel in Dakar because they will announce the President candidates for the next election which will be held on February 2012.  My officer already advise me to buy all the groceries for one months stock in case there is any manifesto around Dakar during that announcement.  This situation make me more scary.  My dear hubby, please hurry up.  I need you here by my side.

That is all for today.  Im running out of my idea what to write.

Until then.  Bubye!

Love and Hugs,
Kak Lang

Wednesday, November 30, 2011

Packing done!


Hi there!Time moving fast I guess.Today already Wednesday and I'm leaving on a jet plane on Friday.I'm done with packing. Already brief my helper what to do while I'm away.Most important things is to water my hubby's plant.huhu.I am very happy leaving Dakar to meet my beloved family but meanwhile I'm feeling sad when thinking about return to this country alone without mr.Hubby.My dear friends..please pray for me so that my hubby can settle his matter as soon as possible.  I'm afraid to stay here alone with all the black people.hukhuk.Pray for my safety also ya.

That's all for today.  I miss my family very much.  

Until then.Bubye!


Love and hugs,
Kak Lang

Friday, November 25, 2011

Menghitung hari, detik demi detik..


Hi there!Kak lang tengah menghitung hari detik demi detik ni. Im going back to Malaysia again.yeay!!!This time im going back together with my husband but im return back to Dakar alone.huhu.  Mr.hubby ada urusan yang sangat penting perlu diselesaikan.  Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan semoga urusan mr. hubby cepat selesai supaya beliau lekas-lekas pulang menemani ku di Dakar ini. ;(  Terpaksalah kak lang mintak helper menemani ku sepanjang ketiadaan mr.hubby disisi. Kak lang balik sekejap aje around 2 weeks sebab cuti dah habis balik Malaysia raya aidilfitri hari tu. Syukur alhamdulillah..dapat juga balik lepaskan rindu kat family kan. Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye.Amin.


Ok guys..until then.Bubye.


Love and Hugs,
Kak lang

Thursday, November 24, 2011

Bergedel

Hi there! Ini entry khas untuk Kak Ros yang berada di Harare.Katanya nak belajar wat bergedel.Bergedel ini sejenis kuih yang dibuat dari kentang.Boleh dimakan begitu saja atau dimakan buat lauk.So tanpa berceloteh panjang,mari kita belajar cara-cara nak buat bergedel.

Bahan-bahan
1.3 biji kentang dipotong bulat Dan digoreng seterusnya ditumbuk
2.dua batang Daun sup dihiris halus
3.seketul ayam direbus Dan diracik
4.1 sudu kecil udang kering ditumbuk
5.1 sudu besar bawang goreng
6.secubit garam
7.secubit lada hitam yang telah ditumbuk
8.1 biji telor
9.minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya
1.Kentang digoreng Dan ditumbuk.
2.Taburkan semua bahan di atas kentang kecuali telur.
3.Digaul rata Dan dibentuk bulat Dan leper.
4.panaskan minyak untuk menggoreng.
5.telor dikacau seperti masak telor dadar tanpa garam.
6.celup kentang ke dalam telor Dan goreng hingga kekuningan.
7. Buat sehingga habis dan hidangkan.

Selamat mencuba.Until then bubye.

Love and hugs,
Kak lang


Bergedel ayam
Bakso bebola daging

Monday, November 21, 2011

Cerita tentang makanan lagi Dan lagi..*wink*wink

Hi there!Dah rupa blog makanan kan entry Kak lang.Jangan mare ahh nanti kena jual.Kak Lang bukan apa takut lupa pulak resepi masakan suma tu.Duduk afrika kan semua kena masak sendiri..sok2 dah balik Malaysia for good boleh refer balik.Kalau kat Malaysia Kak lang memang jarang masak.Almaklumlah kedai kat Malaysia kan banyak Dan halal.Semalam Kak lang masak grill chicken ala Kenny Rogers tapi lupa pulak nak letak resepi.Ni Kak Lang nak letak resepi untuk diri sendiri Dan khas untuk kawan Kak lang yang chomels di Algeria nun.Selamat mencuba budak chomels.

Grilled chicken ala Kenny Rogers
Bahan-bahan
1. 1/2 ekor ayam
2. 2 ulas bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 2 sudu madu
6. 2 sudu lada hitam yang telah diblend atau tumbuk
7. 4 sudu sos tiram
8. 1 1/2 sudu teh garam
9. 2 sudu herba campuran (Kak lang letak basil kering)
10. 1 ketul kiub ayam
11.2 sudu makan butter

Cara-Caranya
1.Bersihkan ayam.
2. Blend semua bahan di atas dengan sedikit air kecuali butter.
3. Perap ayam dengan bahan yang telah diblend selama 5-10minit. Kalau bahan perap terlalu banyak jangan letak semua tau.Cuba blend dengan air paling minima.
4. Sapu butter di seluruh ayam dan bakar.
5. Panaskan oven semasa mengerjakan ayam dengan kepanasan 180 darjah selama 50-60 minit atau sehingga masak.
6. Semasa membakar,Lebih kurang 30 minit,Sapu ayam dengan minyak Dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
7. Setelah ayam kekuningan bolehlah tutup oven Dan hidangkan.

Sos lada hitam
Bahan-bahan
1.1/2 ulas bawang besar dipotong dadu
2. 2 sudu makan butter
3. 1 kiub ayam
4. 3/4 sudu teh garam
5. 2 cawan air masak
6. 4 sudu makan tepung gandum(dibancuh dengan setengah cawan air)
7. 2 sudu besar lada hitam
8. 1/2 sudu teh kicap hitam tanpa perasa(kalau takde kicap biasa pun boleh)

Cara-Caranya
1.Panaskan butter Dan tumis bawang.
2.masukkan air Dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung gandum.
3.biar air mendidih Dan tuang bancuhan tepung gandum sedikit Demi sedikit.sentiasa kacau sehingga pekat.
4. Tutup api Dan hidang bersama ayam panggang.

Selamat mencuba!

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang


Sunday, November 20, 2011

Sunday activities

Hi there!This weekend is a very lazy day for me.I'm not going out at all.Just stay at home,cooking and eating.muahaha.That's why I'm getting bigger and bigger.I wish,I can eat everything without putting on weight.Can I?owh my..Last Saturday I baked a butter bread pudding.Sunday morning,I fry a 'mee goreng mamak style' and we had a grilled chicken for dinner.We not taking lunch because the 'mee goreng mamak' already make our stomach filled till the evening.Besides watching tv,we doing nothing.hmmm...I miss my family a lot and cannot wait to meet them again soon.

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang
Grilled chicken
Mee goreng "mamak" style

Saturday, November 19, 2011

Butter bread pudding

Hi there!Hari ni Balik dari pasar takde apa nak buat selain Dari prepare lunch.Lunch pun Hubby suruh masak ikan bakar dengan sawi goreng ajork.Nak keluar malas pulak hari ni.Duduk Rumah layan tv,tengok pulak channel 'come and dine with me'.Tengok Hubby tergolek tidur kat sofa.huhu.bosannya..kalau kat Malaysia,boring aje boleh jugak lari pergi Rumah Mak sekejap.gosip..gossip. Pengaruh tv memang kuat betul bila dirantauan ini.Especially about food.Asal nampak mesti nak try.So dipendekkan cerita Kak lang sudah ter 'baked' bread butter pudding.Masak kat mangkuk kecil aje.Kebetulan stok roti pun Ada kat Rumah.Di sini Kak lang nak share resepi.

Butter bread pudding recipe
Bahan-bahan
4 keping roti saiz besar dipotong 4 (Sapu dengan butter Dulu before potong)
2 biji telur
250ml fresh milk
150ml whipping cream
50gram gula
1 sudu teh esen vanilla
Butter untuk Sapu pada roti Dan acuan
Kismis secukupnya
2 sudu gula pasir untuk tabur atas roti akhir

Cara-Caranya
1.Sapu roti dengan butter Dan potong 4
2.campur semua bahan Dan kacau sebati
3.susun roti dan tabur kismis.buat beberapa lapis dengan cara yang Sama
4.Akhir sekali tuang bahan yang telah dikacau sebati,tabur kismis lagi Dan tabur juga gula.
5.Panaskan oven dalam 180 darjah celcius dan bakar selama 50-55minit.Atau sehingga roti di atas sekali keperangan.

Sos kastard
Bahan-bahan
1 tin susu cair
3 sudu makan gula pasir
4 sudu makan bancuhan tepung kastard
(bancuh 2 sudu makan tepung kastard dengan 1/2 cawan air

Cara-cara
1.Didihkan susu,masukkan gula Dan tepung kastard dengan api perlahan.
2.kacau tanpa henti sehingga mendidih.kalau pekat tambah sedikit air.
3.tutup api Dan biarkan sejuk.
4. Bolehlah dihidang dengan butter bread pudding yang telah masak.
5.kalau nak lagi best letak buah-buah masam Macam mix berries ke.

Selamat mencuba. Until then.bubye.

Love and hugs,
Kak lang



Butter Bread Pudding 
Kak Lang memang failed bab potong-potong
Nom!

Thursday, November 17, 2011

Gulai ikan masin dengan nenas

Hi there!Malam ni Kak lang buka puasa makan Nasi.huhu.Padahal minggu ni adalah minggu tanpa Nasi kami.Hancus goals for this week.Tadi tiba-tiba teringat gulai ikan masin dengan nenas.Tak menahan betul.Balik dari Pejabat zasss terus masak.Sekarang dah kenyang sambil tepuk-tepuk perut. Alhamdulillah.  Semoga Allah perhebatkan lagi rejeki kami.amin.

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang


Gulai ikan masin dengan nenas

Sunday, November 13, 2011

Selera Perantau memang macam-macam...

Hi there!Semalam tekak teringin nak makan nasi kerabu pulak.  Ini semua gara-gara drama bertajuk "sorok bau budu" yang diarah oleh Sabri Yunus tu.hehe.  Kak Lang belajar makan nasi kerabu masa kerja kat putrajaya.Selalu beli kat pasar tani Putrajaya dan terus menyukainya.  Mungkin juga sebab kak lang suka pada kelapa.Especially kelapa yang nak buat kerisik tu.Sampai sekarang kalau mak tengah buat kerisik kak lang mesti amik dalam satu cawan makan macam tu je.sedap!!!Ikut pengalaman kak lang buat nasi kerabu ni memang remeh tapi hasilnya berbaloi.Oklah tak mau cakap banyak lagi sebab mesti anda yang menyukai nasi kerabu dah meleleh air liur nak masak kan. hehe  Di sini kak lang nak share resepi nasi kerabu yang kak lang ambil dari blogger ini mamaera (buat mamaera, terima kasih ye kerana share resepi).

Until then. Bubye.


Love and Hugs,
Kak Lang


Nasi Kerabu Perantau




Resepi Nasi Kerabu(versi perantau)
Nasi biru
bahan-bahan
1.  1 cawan beras wangi (apa-apa pun boleh)
2.  3/4 sudu teh garam
3.  setitik pewarna biru
4.  sehelai daun limau purut diracik/daun pandan pun boleh (kak lang guna daun limau purut)
5.  sukatan air macam masak nasi yang biasa


Cara-caranya
1.  Basuh beras dan campurkan semua bahan.  Kacaukan supaya warna biru itu sebati.  Jangan letak pewarna banyak sangat.
2.  Masukkan ke dalam periuk nasi dan tekan.  Tunggu sehingga masak.


Ikan goreng
bahan-bahan
1.  2 ekor ikan kembung(ikan ikut kegemaran masing2)-seekor kak lang goreng, seekor lagi untuk kerisik ikan
2.  sedikit garam
3.  sedikit kunyit
4.  tepung beras
5.  1 sudu air kapur (optional)
6.  sedikit air
7.  Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya
1.  Bersihkan ikan kembung dan gaulkan dengan garam dan sedikit kunyit.
2.  Dalam bekas lain masukkan tepung beras,kunyit,air kapur,garam dan air.  Gaul sebati.
3.  Panaskan kuali.  Masukkan minyak dan biar hingga betul-betul panas.
4.  Celup ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng.
5.  Biarkan garing dan angkat.


Sambal tumis
bahan-bahan
1.  1 cawan santan
2.  2 sudu makan cili kering yang telah di blend
3.  2 sudu makan budu
5.  1 sudu teh garam
6.  1 sudu teh gula
7.  2 ulas bawang merah-diblend/tumbuk
8.  1 ulas bawang putih-diblend/tumbuk
9.  1/2 inci halia-diblend/tumbuk
10.  1 batang serai
11.  1 ulas asam keping
12.  2 sudu makan minyak masak


cara-caranya
1.  Panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan bahan-bahan yang telah di blend dan cili.  Biarkan hingga cili masak.
2.  Masukkan bahan-bahan yang lain iaitu santan, serai, asam keping, budu, garam dan gula.  Gaul sehingga pecah minyak dan angkat.


Sambal Ikan/Kelapa
bahan-bahan
1.  1 cawan kelapa kering
2.  1 ekor ikan kembung yang telah digoreng(ambil isinya sahaja dan ditumbuk)
3.  2 ulas bawang merah ditumbuk
4.  1 ulas bawang putih ditumbuk
5.  1/2 inci halia ditumbuk
6.  1 batang serai
7.  1/2 sudu teh garam
8.  1/2 sudu teh gula


cara-caranya
1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, garam, dan gula sekali.
2.  Goreng kelapa parut sehingga kekuningan tanpa minyak dan angkat.
3.  Goreng bawang merah, bawang putih, halia, serai dan isi ikan yang telah ditumbuk tanpa minyak sehingga kekuningan dan campurkan kelapa parut tadi.  Goreng sehingga betul-betul kering dan angkat.


Daging bakar
bahan-bahan
1.  2 keping daging batang pinang
2.  sedikit garam
3.  sedikit kunyit
4.  sedikit minyak


cara-caranya
1. bersihkan daging dan lumurkan dengan garam, kunyit dan minyak.
2. Masukkan ke dalam oven lebih kurang 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masing).
3.  Setelah masak hiris halus-halus dan hidangkan.


Ulam-ulaman
bahan-bahan
1.  4 batang kacang panjang-kak lang tak letak sebab takde 
2.  separuh biji kobis
3.  1 batang timun
4.  1 mangkuk taugeh
5.  1 batang bunga kantan-kak lang tak letak sebab takde


cara-caranya
1.  potong hiris semua bahan dan gaul.  hidangkan.


Budu
bahan-bahan
1.  5 sudu makan budu
2.  1/2 biji limau nipis - kalau ada limau kasturi lagi best (guna 2 biji)
3. 1 biji bawang merah dihiris halus
4.  8 biji cili api 
5.  2 sudu makan air masak


cara-caranya
1.  Hiris halus bawang dan cili api.  Masukkan budu, air, bawang, cili api dan limau.  Kacaukan.
2. siap untuk dihidang.




Keropok ikan digoreng.




Bak kata mak kak lang. "Usaha tangga kejayaan" Good luck guys ^_*.


Nom!!sedapnya. Sambillapairliur.







Friday, November 11, 2011

Bali yang tenang...

Hello everyone!This is very late entry about my holiday last September 2011.  Last time when we had our holiday at Malaysia, we took this opportunity to go somewhere that can release our exhausted year.  We choose Bali to rest and honeymoon as well. Perantin lama honeymoon lagi.  hehehe.  Nampaknya keputusan untuk bercuti ke Bali kali ini adalah sangat tepat sebab Hotel yang kami tinggal sangat cantik dan Bali juga kaya dengan pokok-pokok hijau, sawah padi dan dikelilingi laut.  Kami enjoy sangat merehatkan minda di Bali. Pampering ourself at spa, makan durian, makan-makan, tidur-tidur, lepak-lepak etc hahaha.  Kak Lang booked this hotel through interenet saja.  So kawan-kawan kalau nak rehat or honeymoon sesuai okeh nak ke Bali(amacam agak-agak nak tak Ministry of Culture Bali ambik kak lang jadi duta promote Bali?dush!!).  Tahun 2009 kami pernah ke Jakarta kononnya untuk berehat dan honeymoon tapi tema percutian telah bertukar menjadi percutian untuk bershopping pula sebabnya terlalu banyak shopping kompleks di sana.  Jalannya juga macet aka jem gilak. Tak sehsuwai untuk bulan madu.  Back to Bali experience, kebetulan kami mendapat pemandu pelancong yang sangat ramah dan cekap tentang selok belok di Bali.  Sepanjang percutian kami di Bali, tour guide bawak kami pergi tengok tarian barong, perkampungan kraftangan, temple park, kuta, and many more.  For you all information, kalau pergi Bali tak sah kalau tak saksikan tarian barong yang menjadi tarian kebanggaan mereka di sana.  Penduduk di Bali boleh dikatakan 94% hindu, 6% lagi adalah lain-lain agama.  Bagi yang beragama Islam, kena hati-hati kalau cari kedai makan, kena tanya halal atau tidak sebabnya kat sana banyak "Babi guling".  Owh McDonald di Kuta, Bali adalah halal ye.  Bangunan di Bali juga paling tinggi adalah 4 tingkat kalau tak salah kak lang.  Ini kerana mereka sangat environmental friendly.  Tak mau bina bangunan tinggi-tinggi demi nak mengekalkan keindahan alam gitu.  Sepanjang perjalanan kak lang di Bali, penuh dengan sawah padi selain patung-patung Buddha tepi jalan.  Kak Lang cuma beli t-shirt bali untuk kami 4 beranak.  Mr. Hubby pula beli lukisan aka painting.  Yes, dia adalah seorang yang sangat menyukai lukisan especially lukisan yang ada pemandangan.  Kat rumah kami dah macam galeri lukisan sebab dia asyiklah beli lukisan kalau ke luar negara mana-mana pun.huhu.  Eh oklah kak lang tetiba dah tak de idea nak cerita.  Sampai bertemu lagi.  


See you then.  Bubye


Love and Hugs,
Kak Lang




Gambar untuk santapan kamu semua...sikit aje eh...letih lah nak upload banyak.


hotel beach

view from our room

first activity-survey around the hotel

Mr.hubby nak interframe jugek

tarian barong

tarian barong place (forgive me as i forget name of the village)
i like this view-all padi field
our room
durian yang berjaya diseludup masuk ke hotel..hehe
grand odiseus spa
ke galeri lukisan kita

Padi field
gunung berapi yang masih aktif

mr.hubby puas hati lepas borong lukisan

Temple park

around temple

entrance 

dinner while watching sunset ^_*

nice view

near the beach side

at hotel

hotel entrance

Hotel Sanur Beach-Bali


Asean Sports Carnival in Dakar

Hi there!Happy Friday(with big smile in my face-tomorrow is holiday =D). As i promise to some of my friends, i would story about my sports carnival which was held on October 2011. The tournament begins from 21 October 2011 and ends at 29 October 2011.  See how busy am i..for being a participant and cheer lady.hehehe.  Kak Lang involved in mix double badminton (Kak Lang and Mr.hubby) and its end up with second place.  Next games, Kak Lang involved in bowling and i hold a second place for women category.  Others Kak Lang busy with the logistics and cheering all my friends in the field  ^_*.  Mr. husband play bowling as well but he's not lucky on that night.  However, his team was a champion in futsall. Yeayy!!well done dear.  You know peeps, i never see my husband play on field before and it was so fun watching him play futsall for my fist time ever since we married. I had a dream to play golf with him one day.  I hope my dream will come true soon. Amin.  

That's all for today.  I am going back for lunch. 
 


Until then.  Bubye.

Love and Hugs,
Kak Lang


After badminton tournament,Malaysia, Indonesia and Thailand

Kak Lang and Thailand friends before bowling tournament begins
Malaysia team

My dear hubby in action (yellow black t-shirt, near the goal)

After the futsal match

Kak Lang, receiving present~ Majulah sukan untuk negara


Thursday, November 3, 2011

My best buddies during secondary school

Hi there!Hari ni kak lang nak buat entry pasal teman rapat masa sekolah menengah dulu.  Masih segar dalam ingatan kak lang, kami pergi tusyen sama-sama.  Masa zaman kak lang sekolah menengah dulu kira-kira tahun 1995 takde kelas tusyen untuk tingkatan empat dan lima di Rembau.  So, kami terpaksya pergi tusyen di Seremban setiap hujung minggu.  Kalau naik bas, kira-kira 45 minit baru sampai.  Dari awal pagi kami pergi sama sampailah waktu balik.  Kami mesti sampai rumah on time kalau tak parents masing-masing very the strict oo.  Dalam bas berbual tak sudah.hehehe.  Kalau pembaca nak tahu sebelum kak lang attend tution kat Seremban ni, kak lang tak pernah naik bas pergi kemana-mana tau.  Kiranya first time kak lang keluar dari Rembau pastu naik kenderaan awam pulak.  Jangan kata Chembong, lain-lain kampung di Rembau pun kak lang tak pernah jejak tau dulu. Ish..ish..punyalah strict my dad dulu. Kami semua menghadiri tusyen subjek yang asas saja sebab masing-masing belajar dalam kursus yang berbeza.  Kak Lang kenal dengan zila dan lama sejak zaman sekolah rendah.  Juli pulak sejak menengah empat sebab dia budak baru sekolah kami.  Kami teman rapat dari sekolah menengah, sambung belajar, pastu kerja.  Alhamdulillah semuanya ada kerjaya masing-masing.  Kalau nak dicerita kisah kami memang panjang lebar tak cukup 100 muka surat.hahaha

Hari ni kak lang nak share moment kami bertemu di Penang masa kak lang balik cuti Malaysia haritu.  Dari dalam flight lagi masing-masing dah excited dok terfikir-fikir macam manalah rupa paras masing-masing setelah sekian lama tak jumpa.  Pertemuan adalah macam jejak kasih hokey. kekeke. Seronok sangat dapat jumpa.  Its ladies days out!!yes!!Nanti kak lang balik Malaysia lagi kita bertemu lagi ye kawan-kawan.  Love you all. Okey ladies ini ada gambar sikit untuk renung kita bersama.  Dont worry kak lang publish yang biasa-biasa aje..hok gambar yang masa kita meroyan takdok.hehe.

Until then. Bubye!



Love and Hugs,
Kak Lang

*

*

*


Kak Lang dengan Juli
Kak Lang dengan Zila




Juli dengan Zila

Friday, October 7, 2011

Bersara dari dunia muka buku

Hi there! Kehadapan kawan-kawan yang kusayangi.  Dengan ini kak lang mengumumkan bahawa kak lang terpaksa bersara dari dunia muka buku.  Tindakan drastik ini dibuat kerana terdapat makhluk-makhluk dimuka bumi ini yang sangat-sangat perihatin dengan apa yang kak lang publish di muka buku sehingga mengganggu gugat kesejahteraan hidup kak lang.  Walaupun berat hati untuk membuang rutin harian kak lang yang aktif bermuka buku sejak 4 tahun ini, namun kak lang terpaksa kawan-kawan.  Keluarga kak lang turut bersedih kerana tidak dapat melihat aktiviti harian kak lang setiap hari dimuka buku selama dirantau orang ini..hukhukhuk. Kak lang lagi sedih..namun kita masih boleh bertemu muka seminggu sekali di dalam skype.  Nampaknya selepas ini kak lang adalah orang terakhir mendapat berita tentang perkembangan keluarga ;(.  Kak Lang juga terpaksa 'memprivate'kan blog ini buat sementara waktu demi kesejahteraan sejagat dan hidup kak lang.  Facebook adalah "social networking", i can write what ever i like in my wall and its also a place untuk berkongsi kisah suka duka, meluahkan perasaan kak lang kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara.  Facebook juga tempat pertemuan kak lang dengan kawan-kawan lama yang telah terpisah.  Hidup kak lang bertambah sepi tanpa facebook.  Kalau ada anak kecik boleh jugak kak lang gomol-gomol. Owh my! dugaan demi dugaan.

Sekian saja kata hati kak lang untuk hari ini.  Tak dapat den nak meneruskan lagi kerana terlalu sedih.

Bonvoyage Facebook ~~

Credit to Mr. google


Thursday, September 29, 2011

Kak Lang already in Dakar, Senegal

~Dakar City~


Salam and Hi there! Kak Lang dah selamat tiba di negara 'hardship' ni pada 26hb September 2011 jam 1250pagi.  Berat sungguh hati nak meninggalkan tanah air tercinta dan keluarga.  Kak Lang seronok sangat balik tahun ni, selain dapat beraya dengan family, kak lang rasa segar dan amat bersyukur semasa di tanah air...Masih segar diingatan..bau hujan, mandi air yang bersih, udara yang bersih di kampung halaman dan paling penting eletrik tidak pernah putus.  Nak tau?? Tak sampai 24 jam kak lang berada di dakar, letrik pun putus..bengang betul dah la cuaca panas menggila ditambah pulak kami berdua keletihan travel, demam pulak tu.  Owh my dugaan betul di negara 'hardship' ni. Si tuan rumah kedaung pulak on generator tak ikut jadual langsung sekarang.  Owh my!owh my!

Actually kak lang banyak nak cerita pasal aktiviti sepanjang kak lang bercuti di tanah air...tapi nanti bila banyak masa terluang kak lang update ok.

Until then, bubye!


Love and hugs,
Kak Lang

Thursday, August 25, 2011

Balik Kampung


Bye!Bye! Dakar ^_^


Malaysia Airlines the best ^_^


Hi there! Dalam sedar tak sedar, Ramadhan pun hampir meninggalkan kita.   Syawal pun bakal menjelma.  This year, special celebration for kak lang because kak lang beraya di Malaysia. yeay!!! Balik Kampung di Rembau, Negeri Sembilan.  Flight kak lang malam ni jam 1.45pagi bersamaan hari Jumaat.huhu. Perjalanan yang mengambil masa 2 hari baru sampai Malaysia.  Keras kejunglah kak lang duduk dalam kapal terbang seperti tahun lepas.  This time kak lang balik ikut Turkey lagi sebab anak en.asben mau jalan-jalan dulu.  So kami naik Turkish Airlines pastu dari Istanbul naik Malaysia Airlines.  Doakan perjalanan kami dipermudahkan ye.  Kak Lang tak tau nak cerita apa lagi buat masa ni sebab my mind already in Malaya. Im too excited to go back my hometown.  Miss my family so much.  I'll see you all on Sunday mom,dad and family.  Love you.

Until then.  Bubye!


Love and Hugs,
Kak Lang