Pages

Thursday, December 20, 2012

TUG OF WAR

Hello semua!! It was very fun day for me during the ASEAN sports opening which was held on 9 December 2012. After the family walk, we had picnic by the beach.  We also brought potluck for breakfast..each embassy bring their own food and we eat together.  Lucky me that day, my Indonesian friend brought "tempe" fry with some flour. I love it! Thank you uolls. You are the best.  While having breakfast, some of us/them was playing tug of war. Including kak lang.  Breakfast and tarik tali. Wallah!  Kak lang Tarik sampai nak putus nyawa okeh.  Macam-macam aksi dan gelagat ada...yang baring yang terkangkang yang duduk bla bla.  Masa kami main tug of war tu ada sekumpulan remaja Senegalese yang sedang exercise.  They watching us with full of interest.  So untuk menambahkan kemeriahan kami pada hari itu, kami pun invite mereka to play together.  Seronok betul depa. First game for tug of war, kita main mix team vs mix team.  Then team Asean vs team Senegalese..last sekali team ladies vs ladies. Ehem...team Kak lang menang tau(yang mix). Tengok badanlah kan.ngeh..lepas tu team Senegalese menang...lepas tu untuk ladies team kak lang dah pancit apalagi bungkus habis.  Kak lang tolak je tali kasi depa..dah habis tenaga..kah kah kah.

Oklah enjoy the pictures.

Bye!

Love and hugs,
Kak Lang

view from the hills
to the beach
karipap pusing by me :)

they called it lontong..emmm yummeh
get ready!!
the other team
kak lang in action...pulled!!
struggled!
phew!!change possition now!!
the Senegalese team

Asean team

eh what happened there??
hubby!!pulled!!
1,2,3, go!!!
 

arghh!!!the Senegalese team was very strong..keke
 

ladies vs ladies
 

hubby, giving a full support!!


Tuesday, December 18, 2012

Asean sports day 2012

Hi all! Asean sports day adalah acara tahunan kami di Dakar. Tahun ni Embassy Thailand host. Opening untuk Asean sport tahun 2012 di mulakan dengan acara family walk. Seterusnya acara futsal, badminton dan bowling. Acara di adakan pada tarikh yang berasingan. Rancangannya kak lang memang terlibat untuk semua games kecuali futsal. Tahun lepas kak lang menang badminton tempat kedua dalam acara mix dan juga tempat kedua untuk acara bowling wanita. Kononnya angan-angan tahun ni nak up sikit gelaran tu tetapi nampaknya nasib tak menyebelahi kak lang tahun ni. Kak Lang awal permainan lagi dah cedera semasa tournament badminton. Masa Malaysia menentang Thailand. Permainan adalah sengit. Kami seri dan untuk menentukan siapa menang inilah kak lang cedera. Sayangnya masa tu kami lead. Tiba-tiba masa score tengah 7(Malaysia) dan 3(Thailand) kak lang cedera pula. Disebabkan kecederaan ini kak lang menarik diri untuk acara seterusnya. Kak lang juga menyebabkan pasukan Malaysia terpaksa menarik diri untuk acara women double. Kami kekurangan pemain. Kami cuma ada 3 wakil dari Malaysia. Seorang preggy. Tinggal kami berdua aje. huhu..sorry ye semua. Walaubagaimanapun Malaysia menang tempat kedua untuk acara Mix. Wakil adalah my hubby and isteri boss. Kesian juga pada hubby dan isteri boss sebab diaorang terpaksa main untuk double dan mix. Kalah pemain professional tu. keke. Overall untuk acara badminton, Malaysia mendapat tempat ketiga. sobs! Untuk acara lain-lainnya kak lang cuma boleh jadi penyokong sahaja. Pada hari kejadiaan, lutut kak lang berbunyi 'pop' dan kak lang jatuh tak semena-mena. Kak Lang letak ais ditempat yang sakit dan sambung perlawanan...tetapi kak lang jatuh sekali lagi. So kak lang dinasihatkan untuk tidak meneruskan permainan. Kak lang ingat ini cuma cramp or something not very serious. Rupa-rupanya kak lang terpaksa jumpa pakar orthopedic dan perlu menjalani MRI. Keputusan MRI menunjukkan lutut kiri kak lang mengalami dua kecederaan iaitu "anterior cruciate ligament" dan "medial meniscus". Untuk pengetahuan lanjut bolehlah baca link ini anterior cruciate ligament/tears ligament dan medial meniscus/tear meniscus. So right now, kak lang tengah cuti sakit selama 3 minggu sebelum rawatan selanjutnya.

Untuk acara futsal tahun ini team husband menang yeayy!!!Untuk acara bowling husband di tempat ke empat. Walaupun dia tak dapat pingat, I am very proud for him sebab he shows a lot of improvement masa main bowling this year. His scores was quite high compare than last year. Hundred and above. yeay!! For bowling lelaki, Malaysia juara and perempuan di tempat ke dua. Sports day ni began at 9 Disember until 15 Disember 2012. Last Saturday is the closing. We had a lots of fun on the closing day. Meeting friends, chatting and changing recipe. Well, perempuan kalau dah jumpa mesti lah topic masakan dan resepi kan. keke...Ok lah banyak sangat dah cakap...enjoy the pictures..

Sampai jumpa lagi.

Love and hugs,
Kak Lang

Malaysian in Dakar


with half of ASEAN members

family walk began
windy weather

the securities by Dakar's government-merci beucop!
ASEAN friends at the beach
the tournament
see i fall down?huhuhu
hubby in action
they warming up
Indonesia VS Thailand
Husband's team in Futsal
The players
Thailand's Amb. giving speech in prize giving ceremony
Hubby with Thai Amb.
Me playing "Petanque"(baca pitong). It's french traditional games
Indonesia's Amb.playing "Petanque"
The "Petanque" (cara main boleh baca sini Petanque games)
some guest was inside. joined the karaoke session

*

*

*

Last but not least......


Me with my robocop knee..sobs!


Ujian dariNYA

Salam sayang semua.  Semoga semua readers berada di dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.

Lama betul kak lang nak ambil mood untuk menulis semula.  Keluarga kami telah diuji oleh Allah s.w.t.  Kakak ipar kak lang telah jatuh sakit pada 18 Disember 2012 yang lalu.  Dia koma selepas 4 hari melahirkan anak ke tiga.  Dia sesak nafas sebelum koma.  Dia collapse pada hari penerbangan kami pulang ke Dakar.  Masa tu hanya Allah s.w.t je yang tahu perasaan kak lang.  Berbelah bahagi antara tugas dan kasih sayang.  Dalam flight, bila dengar suara baby menangis kak lang pun nangis sebab teringat kan baby abang sulong.  Dengan ibunya dalam ICU, dengan anaknya kena jaundiced and admitted.  Dua-dua ibu dan anak tinggal di hospital yang berasingan.  Nasib baik ada adik kak lang yang tolong jaga anak abang di hospital.  Terima kasih Nurmarlina.  Awak adik yang baik.  Kak Lang love you. We love you.  Paling merisaukan ialah keadaan my mom yang shock dengan berita ini.  Beliau adalah seorang pesakit jantung dan asthma.  Risau sangat keadaan my mom.  Kak Lang depart to Dakar in a very sorrow situation.  Tidak seperti biasa, kepulangan kami diiring dengan tawa dan gurau senda.  Kali ini kepulangan kami dengan deraian air mata.  Kak Lang tak henti baca yassin dan berdoa semasa dalam taxi dan juga dalam flight.  Bila kami tiba di Dubai, kak lang call family di kampung tanya status terkini.  Doktor kata harapan untuk beliau hidup adalah 30/70.  Doktor pun telah panggil semua ahli keluarga terdekat untuk berjumpa dengan nya. Malam tu kami sekeluarga baca yassin dan doa tanpa henti akan keselamatan kakak ipar kami.  Alhamdulillah, berkat doa kami sekeluarga, keajaiban telah berlaku...Allah s.w.t telah mendengar doa kami.  Kakak ipar saya telah sedar dari koma, dia menunjukkan kemajuan positif.  Dia boleh bukak mata bila orang panggil namanya.  Dua minggu yang lalu dia telah dipindahkan dari wad ICU ke CCU dan beberapa hari selepas itu dia telah dihantar ke IJN untuk rawatan lanjut.  Oleh kerana keadaannya sudah stabil kini dia telah pulang ke rumah.  Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami.  Semoga kak long sentiasa dilindungi Allah dan sihat seperti sedia kala.  I pray for your speed recovery.  Bertabahlah demi anak-anak dan suamimu.  Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.  Allah kan maha adil.

Love and hugs,
Kak Lang

Monday, December 17, 2012

Precious time with my familia

Hello!!Salam dari Dakar semua.:) Lamanya kak lang tak update blog kan.  Actually last October kak lang balik Malaysia bercuti.  Konon-konon nak surprise kan my parents yang kitaorang balik raya haji..sekali kak lang pulak yang surprise sebab my mom macam ada gerak hati kata kak lang balik malam tu.  Siap masak lagi untuk kak lang...hahahaha. "What a plan"..ngeh! Sampai tanah air, kami sempatlah beraya sakan satu hari..lepas tu kak lang and husband demam teruk, batuk, selsema dan sakit tekak.  Memang pakej betul penyakit kami kali ni.  Suara pun hilang sebab sakit tekak.  Dua minggu kami habiskan masa di rumah sendiri.  Kami cuma ada masa seminggu untuk pergi  HQ to settle some errand, jumpa kawan dan shopping.  Malangnya dengan keadaan yang tak berapa sihat tu semua jadi tak best. Shopping pun ala kadar je sebabnya baru pilih satu barang, batuk dah macam apa je. Semua mata tertumpu kepada kami. Dah rasa macam pesakit tibi pulak (nauzubillahminzalik).  Nampak makanan memang sedap semua tapi tekak tak boleh terima pulak.  Durian pun kami pandang je..hukhuk *facepalm* Takpelah mungkin bukan rezeki kami kali ni.  Yang paling penting kami pulang sebab rindukan family kedua belah pihak.  Jadinya my hubby sudah niat untuk buat family day for both side kat teratak kami.  Seronok sangat dapat berkumpul the whole familia.  Riuh rendah rumah kami.  Lama tak rasa gembira macam ni.  Kita ada banyak acara on that day.  Ada games untuk kids, teenagers and parents.  Kebetulan bulan Oktober dan November adalah bulan paling ramai dalam family kami sambut birthday.  So kami buat all in one time..senang.  Seronok jugak tengok familia gembira.  Tahniah kepada yang menang...pada  yang tak bertuah, tahun depan cuba lagi.  Insyaallah kita jumpa lagi tahun depan.  Kepada my BFF di Malaysia, jangan sedih lain kali kalau diizinkan Allah s.w.t, panjang umur kita jumpa. Love you guys ketat-ketat.

Love and hugs,
Kak Lang


kak lang's story
Maklong bila nak mula?kami dah tak sabar ni!
beratur dulu baru boleh main ^_^
celup sponge sampai basah azim!
cepat penuhkan botol tu!!
games for children under 4 years old
"haiqal ambil sweet banyak2 pastu kasi kat mummy ok!"
nah ambil banyak2 qaleesya kasi kat mama
"haiqal ambil lagi sayang kasi kat mummy!"
"mummy!nah..good boy encem ^_^"
Arissa ambil banyak2 tau!
"tak boleh makan gula banyak2 nanti sakit gigi" kekeke
teenagers game-treasure hunt
aduhai treasure hunt dah tukar jadi "amazing race" hahaha siap kena habiskan makanan.not maklang idea okeh.
akhir sekali acara prize giving and lucky draw

asyik muka dia amik hadiah..ngeh ngeh ngeh

hai bilalah nombor kita nak kena panggil ni...harap2 dapat hadiah yang besar..hehe
ok sekarang acara sembang menyembang...hahaha
amboi besarnya kek!
 

happy birthday to you all ^_^
happy birthday nur and nurul. kak lang love you all

the night on bapak's birthday
tahun depan bapak hantar kad lagi..kekeke
another birthday bash!

biar adik tolong nyalakan lilin...kekeke