Tuesday, June 10, 2014
Resepi Jeruk Mangga
Resepi bebola daging
RESEPI BEBOLA DAGING
Sumber: Mdm Norma
Bahan-bahan
1.1kg daging hancur yang telah dikisar
2. 1 sudu teh garam
3. 1/2 sudu teh gula pasir
4. 1 biji telur putih
5. 5 sudu makan tepung kanji
6. 3 ketul ais kiub
7. 10 ulas bawang Putih ditumbuk lumat
8.1/2 sudu teh serbuk lada putih
Cara-caranya
1.Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Sementara itu didih kan air di dalam periuk lebih kurang separuh sukatan periuk.
2. Proses mengaul mesti sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3. Gaul lebih kurang 10 minit ye. Kemudian bentuk kan bulat2 dengan tangan dan dimasukkan ke dalam air yang hampir mendidih (kelihatan buih-buih di dalam periuk)
4. Biar sehingga masak. (Bebola akan timbul bila ia sudah masak)
5. Setelah masak tapis dan biarkan ia sejuk. Bebola boleh dihidangkan bersama kuah bakso.
Nota: bahan utama boleh diganti dengan ayam/Ikan. Prosesnya tetap sama. Sekian, selamat mencuba! 😉😉😉
Salam sayang,
Kak lang
Monument De La Renaissance Africaine, Dakar Republic of Senegal
Salam sayang readers. (Puh! Puh! Sambil sapu sawang).Apa khabar semua? Kak lang doakan semua sihat ye. Sedar-sedar sudah hampir 5 tahun kak lang di Dakar kan. Sepanjang tempoh itu sudah berapa puluh kali kak lang ke tempat ini tapi tak pernah sampai atas hehe.Dasar pemalas kan. Last month first time kak lang visit monument ini sampai ke muzium Dan tower nya. Nak melawat muzium kena bayar fcfa3000 untuk orang yang menetap di Dakar. Muzium ini mengandungi sejarah tentang penubuhan monument, sejarah negara2 afrika, sejarah pahlawan yang mempertahan kan hak asasi sebagai manusia terutama kisah penghapusan kehidupan sebagai hamba abdi. Terdapat juga hasil karya artis terkenal dari Senegal untuk dipertonton kan.Jadi disarankan kepada pembaca yang datang ke Dakar wajib melawat ke tempat i ini.hehehe
Sekian.
Salam sayang,
Kak lang
Monday, March 24, 2014
Sally and Bandia Reserve Parc revisited
Muka mengantuk...zzzzz |
Grill chicken and couscous |
Daging buaya...eh...acah je...hehehe |
chef yang sporting |
chef tengah prepare pizza my husband...lupa nak snap gambar pizza |
Restaurant in Sally |
private boat |
Good Bye Sally! |
Kak Lang's Story - Resepi Laksam
Salam sayang,
Kak Lang
*nota hati - jangan panik nampak je panjang tapi sebenarnya enteng saja.😉
Resepi Laksam
Sumber: Kak Lang
Bahan-bahan untuk Laksam
1. 4 cawan tepung beras
2. 4 sudu santan
3. 6 cawan air suam (air panas campur air suhu bilik)
4. 1 sudu teh garam
5. 3/4 cawan minyak masak (untuk disapu ke atas acuan)
6. Acuan laksam (kak lang guna tutup periuk)
7. Periuk kukus
Caranya
1. Panaskan periuk kukus.
2. Sementara menunggu air periuk kukus mendidih. Sediakan adunan untuk laksam.
3. Masukkan tepung beras, santan, garam dan air. Kemudian kacau menggunakan mesin/blender/sudu sehingga sebati.
4. Sekarang masukkan tutup periuk ke dalam kukus lebih kurang 1 minit dan sapukan minyak dengan berus. Kemudian tuang adunan laksam dengan menggunakan senduk. Tuang adunan sehingga penuh tutup periuk tadi dan tutup pengukus anda.
5. Kukus lebih kurang 5-10 minit dan angkat. Dia akan menjadi seperti lempeng tetapi lembut.
6. Sediakan dulang yang disapu sedikit minyak dan gulung laksam yang telah masak. Susun
7. Ulangi langkah ini sehingga adunan habis. (Kak lang akan cuci tutup periuk setiap kali laksam masak untuk mengelakkan dari adunan melekat)
Resepi Kuah Laksam
Sumber: Kak Lang
Bahan-bahan
1. 1 kg ikan kembung
2. 4 keping asam keping + 1/2 sudu teh garam (untuk rebus) dan 3 keping untuk kuah laksam
3. 1 sudu teh serbuk lada hitam
4. 2 batang bunga kantan
5. 1 ikat daun kesum
6. 5 biji bawang kecil/1 biji bawang besar*
7. 4 biji bawang putih*
8. 1/2 inci halia*
9. 1/2 inci lengkuas*
10. Garam secukup rasa
11. Sedikit gula
12. 400ml santan
13. 1.5 liter air
Caranya
1. Rebus ikan kembung dengan asam keping dan juga sedikit garam. (Jangan buang airnya setelah ikan kembung masak kerana air ini akan digunakan untuk blend isi ikan).
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Kemudian blend isi ikan bersama air rebusan.
3. Blend bahan bertanda *.
4. Satukan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
Resepi Sambal Laksam
Sumber: Kak Lang
Bahan-bahan:
1. 6 batang cili merah (direbus sehingga masak)
2. 5 batang cili padi (direbus sehingga masak)
3. 1 sudu cuka makan
4. 1 inci belacan yang telah dibakar
5. 1/2 sudu teh garam
6. 1 sudu teh gula
Caranya
1. Tumbuk/Blend semua bahan. Dah siap.
Bahan-bahan lain untuk Laksam
1. 1 batang bunga kantan di racik halus
Laksam |
Close up sikit...hehehe |