Pages

Monday, March 24, 2014

Kak Lang's Story - Resepi Laksam


Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.  Maaf ye kawan-kawan kak lang ni asyik tak update entri.  Busy sangat dengan 'life' kat Dakar ni. hehehe  Hari ni kak lang nak up entri pasal resepi laksam.  Yang ini penemuan baru kak lang.  Belajar dari kesilapan gitu.  Sebelum kak lang terlupa resepi ni baik kak lang tepek kat blog supaya boleh refer in future.  Jom kawan-kawan kita revise resepi laksam.

Salam sayang,
Kak Lang

*nota  hati - jangan panik nampak je panjang tapi sebenarnya enteng saja.😉

Resepi Laksam
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan untuk Laksam
1.  4 cawan tepung beras
2.  4 sudu santan
3.  6 cawan air suam (air panas campur air suhu bilik)
4.  1 sudu teh garam
5.   3/4 cawan minyak masak (untuk disapu ke atas acuan)
6.  Acuan laksam (kak lang guna tutup periuk)
7.  Periuk kukus

Caranya
1.  Panaskan periuk kukus.
2.  Sementara menunggu air periuk kukus mendidih.  Sediakan adunan untuk laksam.
3.  Masukkan tepung beras, santan, garam dan air.  Kemudian kacau menggunakan mesin/blender/sudu sehingga sebati.
4.  Sekarang masukkan tutup periuk ke dalam kukus lebih kurang 1 minit dan sapukan minyak dengan berus.  Kemudian tuang adunan laksam dengan menggunakan senduk.  Tuang adunan sehingga penuh tutup periuk tadi dan tutup pengukus anda.
5.  Kukus lebih kurang 5-10 minit dan angkat.  Dia akan menjadi seperti lempeng tetapi lembut.
6.  Sediakan dulang yang disapu sedikit minyak dan gulung laksam yang telah masak.  Susun
7.  Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.  (Kak lang akan cuci tutup periuk setiap kali laksam masak untuk mengelakkan dari adunan melekat)

Resepi Kuah Laksam
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan
1.  1 kg ikan kembung
2.  4 keping asam keping + 1/2 sudu teh garam (untuk rebus) dan 3 keping untuk kuah laksam
3.  1 sudu teh serbuk lada hitam
4.  2 batang bunga kantan
5.  1 ikat daun kesum
6.  5 biji bawang kecil/1 biji bawang besar*
7.  4 biji bawang putih*
8.  1/2 inci halia*
9.  1/2 inci lengkuas*
10.  Garam secukup rasa
11.  Sedikit gula
12.  400ml santan
13.  1.5 liter air

Caranya
1.  Rebus ikan kembung dengan asam keping dan juga sedikit garam.  (Jangan buang airnya setelah ikan kembung masak kerana air ini akan digunakan untuk blend isi ikan).
2.  Asingkan isi ikan dan tulang.  Kemudian blend isi ikan bersama air rebusan.
3.  Blend bahan bertanda *.
4.  Satukan semua bahan dan masak sehingga mendidih.  


Resepi Sambal Laksam
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan:
1.  6 batang cili merah (direbus sehingga masak)
2.  5 batang cili padi (direbus sehingga masak)
3.  1 sudu cuka makan
4.  1 inci belacan yang telah dibakar
5.   1/2 sudu teh garam
6.  1 sudu teh gula

Caranya
1.  Tumbuk/Blend semua bahan.  Dah siap.


Bahan-bahan lain untuk Laksam
1.  1 batang bunga kantan di racik halus
2.  3 kelopak kobis dihiris halus 
3. 1 batang timun dihiris halus
4.  6 batang kacang panjang dihiris halus 
5.  4 biji limau kasturi dibelah dua /1 biji limau nipis dibelah kecil2

Caranya
1.  Campur semua bahan kecuali limau.
2.  Tabur kan di atas laksam. Fuhhh Sekarang semuanya telah lengkap. Selamat mencuba.




Laksam

Close up sikit...hehehe

1 comment:

  1. bestnya laksamm...nk rasa boleh...hikhik

    ReplyDelete