Pages

Monday, November 21, 2011

Cerita tentang makanan lagi Dan lagi..*wink*wink

Hi there!Dah rupa blog makanan kan entry Kak lang.Jangan mare ahh nanti kena jual.Kak Lang bukan apa takut lupa pulak resepi masakan suma tu.Duduk afrika kan semua kena masak sendiri..sok2 dah balik Malaysia for good boleh refer balik.Kalau kat Malaysia Kak lang memang jarang masak.Almaklumlah kedai kat Malaysia kan banyak Dan halal.Semalam Kak lang masak grill chicken ala Kenny Rogers tapi lupa pulak nak letak resepi.Ni Kak Lang nak letak resepi untuk diri sendiri Dan khas untuk kawan Kak lang yang chomels di Algeria nun.Selamat mencuba budak chomels.

Grilled chicken ala Kenny Rogers
Bahan-bahan
1. 1/2 ekor ayam
2. 2 ulas bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 2 sudu madu
6. 2 sudu lada hitam yang telah diblend atau tumbuk
7. 4 sudu sos tiram
8. 1 1/2 sudu teh garam
9. 2 sudu herba campuran (Kak lang letak basil kering)
10. 1 ketul kiub ayam
11.2 sudu makan butter

Cara-Caranya
1.Bersihkan ayam.
2. Blend semua bahan di atas dengan sedikit air kecuali butter.
3. Perap ayam dengan bahan yang telah diblend selama 5-10minit. Kalau bahan perap terlalu banyak jangan letak semua tau.Cuba blend dengan air paling minima.
4. Sapu butter di seluruh ayam dan bakar.
5. Panaskan oven semasa mengerjakan ayam dengan kepanasan 180 darjah selama 50-60 minit atau sehingga masak.
6. Semasa membakar,Lebih kurang 30 minit,Sapu ayam dengan minyak Dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering.
7. Setelah ayam kekuningan bolehlah tutup oven Dan hidangkan.

Sos lada hitam
Bahan-bahan
1.1/2 ulas bawang besar dipotong dadu
2. 2 sudu makan butter
3. 1 kiub ayam
4. 3/4 sudu teh garam
5. 2 cawan air masak
6. 4 sudu makan tepung gandum(dibancuh dengan setengah cawan air)
7. 2 sudu besar lada hitam
8. 1/2 sudu teh kicap hitam tanpa perasa(kalau takde kicap biasa pun boleh)

Cara-Caranya
1.Panaskan butter Dan tumis bawang.
2.masukkan air Dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung gandum.
3.biar air mendidih Dan tuang bancuhan tepung gandum sedikit Demi sedikit.sentiasa kacau sehingga pekat.
4. Tutup api Dan hidang bersama ayam panggang.

Selamat mencuba!

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang


2 comments:

  1. ahaks..maceh kak lang! owh nk kena carik herba basil..kat umah ado oregano je..

    ReplyDelete