Pages

Wednesday, May 18, 2011

Kak Lang's Donut

Hi there! Me and recipe again. ahaks! Dah macam blog masakan pulak rasanya tapi takpelah sharing is caring right? Meh sini nak share recipe donut pulak harini.  Actually its a request from my friend and this is how we  facing a posting life.  Cooking and eating..hahaha.  Bila rindu makanan Malaysia je terus masak.  Sifu paling setia saya, siapa lagi kalau bukan my beloved mom or mr.google and i do referred to some blog sometimes but mostly i will adapt it following to my taste. Jangan mare. Oklah, ni dia resepi donut cara saya.



Alah tak nampak sangat gelas yang saya guna buat acuan kat sebelah marjerin tu ha!



Bahan-bahan untuk donut:

Doh

3 cawan tepung gandum
3 sudu minyak masak
1 biji telur (dikacau macam telur dadar)
2 ketul keju (apa2 jenis keju pun boleh)
1 paket yis kering
1 sudu baking powder aka serbuk penaik
2 cawan susu segar
3/4 garam
2 sudu besar gula
2 sudu makan susu pekat manis
gula castor secukupnya (kalau takde blend halus gula pasir)
Kacang tanah yang digoreng tanpa minyak (ditumbuk kasar)* me beli yang dah siap je.

Bahan untuk coklat

1 ketul coklat masakan
1 sudu makan butter
3 sudu makan whipping cream atau lebih bergantung kepada kepekatan coklat masakan masing-masing


Cara-Cara:

Doh

1.  Sediakan bekas yang ada penutup(kalau xde guna bekas apa2 pun boleh lepas tu tutup dengan pembalut plastik.  Masukkan tepung gandum 2 cawan dahulu, yis kering, telur, susu pekat manis, garam, gula, susu segar, minyak, dan keju. Gaul rata dan tutup bekas selama 10-15 minit.
2.  Kemudian campurkan baki tepung gandum itu dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.  Biarkan doh rehat selama 30-40 minit.
3.  Bentuklah ikut acuan donut atau guna cawan pun boleh.
4.  Panaskan minyak dan goreng.  Kalau sesiapa nak bakar dalam oven pun boleh.  Bakar dalam oven sehingga donut kekuningan lebih kurang 10 minit.
5.  Biarkan donut sejuk dan gaul dengan gula castor.

Cara menyediakan coklat cair

1.  Dengan menggunakan kaedah 'double boiler'* pada sesiapa yang tidak tahu kaedah ini, masak air dalam periuk dan letakkan bekas yang telah dimasukkan coklat masakan.  masukkan coklat masakan, butter dan whipping cream.  Kacau sehingga cair dan tutup api. pstt..paling senang masuk aje dalam microwave.(Note: kepekatan coklat ini seperti coklat dalam botol hershey)
2.  Celup permukaan depan donut ke atas coklat yang telah diletak kedalam mangkuk. Kemudian celup kepada kacang tumbuk tadi.

Sekian, selamat mencuba.

Me siap buat yang frozen lagi tu..sonang bila-bila nak makan tinggal goreng or bakar je.  

Abaikan kesemakan itu

Love and Hugs,
SU

2 comments:

  1. bila mood nak mai nak buat donut ni...eee sila pindah sebelah rumah chesue bley??

    ReplyDelete
  2. chesue: suke sangat tu ada jiran seperti kamo. mesti selalu tukar2 pinggan.ahaks.hakhakhak

    ReplyDelete