Pages

Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Resepi Jeruk Mangga


Resepi Jeruk Mangga
Sumber:Mdm Maya

Bahan-bahan
1. 3 biji mangga muda di hiris/dibelah
2. 4 sudu makan garam 
3. 1 cawan gula
4. 1/2 cawan air
5. Sedikit cili 

Cara-caranya
1. Buang kulit mangga Dan potong ikut saiz kegemaran masing2.Bersihkan Dan tos airnya. Campurkan garam Dan gaul sebati.Diamkan selama 2 jam setengah.
2. Sementara itu masak air gula.Sukatan satu cawan gula bersama 1/2 cawan air.setelah masak biarkan sejuk.
3. Setelah masa 2 jam setengah selesai,bilas mangga sehingga bersih Dan tos kan sehingga kering.
4. Kemudian gaulkan mangga dengan air gula dan sedikit cili.Biarkan dalam petis ais semalaman dan jeruk telah siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!

Love,
Kak lang

Resepi bebola daging


Hi, tetiba malam ni kak lang rajin bebeno update entry hehe.Ini kisah bulan mei juga. Kak lang menghadiri demo masakan bebola daging(untuk bakso).Sebelum lupa resepi nya baik kak lang abadi kan dalam entri. Jom belajar buat bebola daging.

RESEPI BEBOLA DAGING
Sumber: Mdm Norma

Bahan-bahan
1.1kg daging hancur yang telah dikisar
2. 1 sudu teh garam
3. 1/2 sudu teh gula pasir
4. 1 biji telur putih
5. 5 sudu makan tepung kanji
6. 3 ketul ais kiub
7. 10 ulas bawang Putih ditumbuk lumat
8.1/2 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1.Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. Sementara itu didih kan air di dalam periuk lebih kurang separuh sukatan periuk.
2. Proses mengaul mesti sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3. Gaul lebih kurang 10 minit ye. Kemudian bentuk kan bulat2 dengan tangan dan dimasukkan ke dalam air yang hampir mendidih (kelihatan buih-buih di dalam periuk)
4. Biar sehingga masak. (Bebola akan timbul bila ia sudah masak)
5. Setelah masak tapis dan biarkan ia sejuk.  Bebola boleh dihidangkan bersama kuah bakso.

Nota: bahan utama boleh diganti dengan ayam/Ikan. Prosesnya tetap sama. Sekian, selamat mencuba! 😉😉😉

Salam sayang,
Kak lang








Tuesday, December 31, 2013

Kak Lang's Story: Resepi Kerepek Pisang Ranggup

Salam penghujung tahun 2013 semua.  Hari ni kak lang nak share resepi kerepek pisang.  Walaupun kerepek pisang ni nampak je simple tapi cara goreng mesti kena betul ye.  Kak lang pernah cuba buat kerepek pisang sebelum ni tapi gagal.  Gagal sebab kerepek yang digoreng turns lemau bila masuk dalam botol.  Percubaan kali ini membuahkan hasil sebab kak lang berjaya buat kerepek pisang yang ranggup dan sedap macam yang dijual kat kedai. hehehe ..kepada yang pakar jangan ketawakan ai okeh.  Kak Lang ni baru belajar harap maklum.  Dah nak masuk 4 series baru pandai goreng kerepek pisang...hahaha.Ok jom share resepi.


Resepi Kerepek Pisang Ranggup
Sumber:  Kak Lang
Bahan-bahan:
1.  1 1/2 kilo pisang tanduk yang hijau *pisang hijau yang belum masak tetapi tidak kelat
     (dapatlah dalam 6-7 biji pisang)
2.  Minyak untuk menggoreng 
3.  Sedikit garam
4.  Sedikit kunyit serbuk


Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak di dalam kuali (minyak kena banyak untuk deep fry ok)
2.  Buang kulit pisang dan hiris menggunakan pemotong sayur etc mengikut bentuk yang digemari(bulat atau memanjang).  Potong nipis tau.
3.  Bila minyak dah panas, masukkan sedikit kunyit dan garam ke dalamnya supaya kerepek kelihatan berseri kekuningan.
4.  Masukkan pisang yang telah dihiris satu per satu supaya tidak melekat atau boleh hiris terus ke dalam kuali.  Kacau semasa menggoreng.
5.  Apabila pisang telah kelihatan kuning, angkat dan toskan di atas tisu supaya minyak diserap oleh tisu tersebut.  Sejukkan dan simpan di dalam botol kedap udara.
6.  Sekarang kerepek pisang anda telah siap sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.


Love,
Kak Lang


Kerepek pisang

Tos kan kerepek yang telah digoreng supaya minyak meresep ke dalam tisu

Thursday, October 24, 2013

Resepi Roll Sardin


Roll Sardin



Resepi Roll Sardin
Sumber:  Kak Lang


Inti Sardin
Bahan-bahan untuk inti :-
1.  1 tin sardin saiz sederhana
2.  1 biji bawang besar dipotong dadu
3.  1 sudu makan cili kisar (cili kering/cili merah)
4.  1 sudu makan air asam jawa
5.  2 ulas bawang putih yang telah diketuk
6.  2 sudu makan minyak masak untuk menumis
7.  1/2 sudu teh garam (ikut citarasa masing2)

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar (sehingga layu dan naik bau) seterusnya cili   kisar.  Biar sehingga cili masak kemudian masukkan asam jawa dan garam.
2.  Sekarang masukkan sardin yang telah dihancurkan kemudian gaul sehingga kering.
3.  Tuang sardin yang telah dimasak pada penapis supaya tidak berminyak. Biarkan sejuk


Kulit roll
Bahan-bahan
1.  2 cawan tepung gandum
2.  2 sudu makan majerin
3.  1 sudu teh garam dicampur dengan satu cawan air sejuk yang dicampur dengan air batu
4.  1 biji telur ayam diambil kuningnya sahaja dan dikacau bersama satu sudu makan fresh milk dan sedikit esen vanilla.
5.  sedikit bijan dan rempah mengikut citarasa masing2. (ni optional)
 
Cara-caranya:-
1.  Campur tepung gandum dan majerin.  Gaul rata.  Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan uli. (uli seperti menyediakan kulit karipap)
2.  Canai kan tepung yang telah diuli dan potong empat segi sama. boleh guna pisau biasa ataupun pisau yang ada corak seperti pisau potong agar-agar. Saiz kulit ikut lah kehendak masing-masing.  Kak lang buat dalam saiz 7cmx7cm. Ketebalan kulit lebih kurang macam kita buat karipap.
3.  Masukkan inti sardin dan gulung.  Hiris sedikit pada kulit atas roll dan sapu kuning telur dengan berus.  Tabur sedikit bijan dan rempah.  Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar roll sardin selama 20 minit/sehingga masak (bergantung kepada oven masing2) .


Sekian.  Selamat Mencuba.

Love,
Kak Lang


Resepi Roti John daging

Salam sayang semua.  Maaf ye asyik tenggelam timbul je.  Walaupun dah janji dengan kawan2 nak update blog selalu tapi still tak update.  Sorry kawan, kak lang tak cukup kaki dengan tangan kat pejabat. Sibuk ya ampun. 16 September 2013 lepas, pejabat kak lang ada buat majlis sambutan hari Malaysia yang ke 50.  Tahniah MALAYSIA!!. Kak lang bangga menjadi anak watanmu. Cewah!! sempat pulak kan. ^_^

Watak makcik kantin di galas oleh kak lang pada tahun ini ye.  huhu.  Kak lang buat karipap pusing, Roti John, kuih keria, mee goreng dan teh tarik.  Ada pegawai cadang suruh kak lang buat roti john.  Kali pertama kasi orang Senegal makan roti john ni..tak sangka depa  suka..tambah2 makan weh...hehehe.  Mungkin lebih kurang dengan makanan rutin diaorang kot..diaorang makan baguette all the time. Kak lang ada post gambar ni kat instagram. Ada kawan minta resepi roti john versi kak lang ni jadi jom kita kongsi resepi.


Resepi Roti John
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan
1.  2 batang baguette
2.  300gram daging cincang (yang telah direbus)
3.  2 biji telur*
4.  1 biji bawang besar di potong dadu*
5.  1 sudu teh serbuk kari*
6.  1 sudu teh kiub ayam*
7.  2 batang daun bawang di hiris halus*
8.  3/4 sudu teh garam*
9.  4 helai Daun salad
10. 1 cawan Kobis yang telah dihiris halus
11. 1 biji tomato dipotong dadu
12. 1 sudu makan majerin
13.  2 sudu makan minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan yang bertanda * dan kacau hingga sebati.
2. Belah dua baguette (jangan sampai putus) dan sapukan dengan majerin.
3. Panaskan kuali leper dan bakar baguette sehingga kekuningan dan angkat.
4. Baguette yang telah sejuk di tampal telur dengan bahan bertanda*, taburkan daging cincang dan salut dengan telur semula dan bakar hingga kekuningan.
5. Baguette yang telah disalut telur kemudian disapu mayonis, cili sos, kobis, salad dan tomato.
6. Sekarang baguette anda siap siap untuk di makan.





Salam sayang,
Kak Lang

Roti John yang belum di potong

Pandangan sisi..hehe

Wednesday, May 8, 2013

Kisah Nasi Lemak dan Mee Kari

Salam sayang semua. Kak Lang dan makanan memang tak dapat dipisahkan...kihkih. Nasi Lemak is my all time favorite food.  Kak Lang paling suka nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang.  Baunya fuhhh....isi nasi lemak pula, kak lang suka yang basic aje macam sambal ikan bilis, kacang goreng wajib ada for me hehehe, timun dan telur rebus.  Owh kakak dan adik beradik perempuan kak lang in Nasi Lemak business kat Rembau.  Jemputlah beramai2 datang beli..eh! Gerai mereka di pasar pekan Rembau, Negeri Sembilan.  Promosi sikit.  Diaorang ni take over my parents business.  My parents ni meniaga kedai makan sejak 35 tahun yang lalu tau.  Sekarang dah semakin tua so masa untuk mereka berehat.  Last time masa balik Malaysia sempatlah kak lang belajar cara bungkus nasi lemak daun pisang.  Hasilnya sila lihat sendiri dalam gambar ...hehe..tak lah cantik pun tapi lepas la rindu nak makan nasi lemak daun pisang.  Disebabkan kak lang suka makan nasi lemak, meh nak share resepi kat blog kak lang untuk rujukan pembaca dan anak-anak kalau rindu masakan mama ni.  

Cerita pasal mee kari pula...is not my favorite but my husband's favorite. Dulu masa duduk Malaysia macam2 kedai kami pergi cuba resepi mee kari mereka tapi semuanya biasa-biasa aje rasanya. Last time sempat cuba makan mee kari adik kak lang kak kedai dia.  Resepi mee kari adik kak lang adalah yang terbaik setakat ini.  Im proud of you adik!!! Bukan nak angkat bakul kata resepi adik sendiri sedap tapi sebagai pelanggan, kak lang puas hati makan mee kari dia.  So kalau nak rasa sendiri sila pergi beli kat kedai mereka. Ingat tau kat belakang pasar pekan Rembau. promosi lagi...hehe.  Owh ye last week kak lang ada cuba masak resepi mee kari adik kak lang ni...ternyata sedap walaupun tak 100% rasa macam masakan dia.

Sekian.

Salam penuh kasih sayang,
Kak Lang  



Resepi Nasi Lemak
Sumber:  Kak Lang

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan
2 cawan beras
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 batang serai diketuk
sehelai daun pandan
secubit garam

Cara-caranya:
1.  Gaul semua bahan dan masak dalam periuk nasi elektrik.  Bila dah masak gaul dulu sebelum hidang.


Resepi Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan
½ cawan minyak masak
1 cawan ikan bilis yang telah digoreng
2 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan cili kering yang telah diblend
1 biji bawang besar (dihiris)
¾ sudu teh perasa
1 sudu teh garam
½ sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula merah
1/2 cawan air suam

Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu.

2. Masukkan cili blend dan goreng hingga kering.

3. Masukkan asam jawa, perasa, garam, gula dan gula merah.  Masukkan air suam dan rasa. (Kalau tak cukup masin boleh tambah garam ikut citarasa).

4. Masak sambal sampai kering sedikit.  Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul dan padamkan api.
5.  Bolehlah dihidang bersama nasi lemak, telur rebus, kacang goreng dan timun.


Pass tak bungkus??! ^_*
Nasi Lemak untuk tetamu yang datang di pejabat tempoh hari
Percubaan masak mee kari resepi adik..nyummeh

Wednesday, February 27, 2013

Cerita Rawak pasal makanan dan resepi kuih bakar

Salam sayang semua.  Makin lama makin malas kak lang mengupdate blog kan..sampai kena tegur dengan kawan-kawan.  Sorrylah adik-adik dan kakak2, kak lang sibuk dengan urusan harian gitew kekdahnya...kuikui.  Takde apa nak di update pun...paling banyak pasal makanan je.  Harap korang tak bosan baca.  Eh diet ke idak kak lang ni?kah(gelak panjang sikit)....diet main2 tapi Alhamdulillah ada penurunan jugak.  Masalah sekarang baju semua dah longgar.  Dah macam pakai baju pinjam.  Baju lama pulak banyak dah lusuh.  Kalaulah kat tanah air..haruslah berdesup kak lang pi shopping beli baju baru.  Mesti senyum sampai telinga pilih baju..hikhik...Ok cerita pasal makanan pulak.  Al kisah jiran kak lang ni rajin benar hantar makanan..dalam seminggu tu ada je makanan yang diberi.  Habis tak kan asyik balas pinggan kosong je kan..so adalah bila weekend time angin rajin tu kak lang balas dengan apa yang teragak je.  Last week kak lang try buat kuih bakar.  Encik suami suka pulak.  So untuk panduan masa akan datang, bila2 dia nak repeat makan boleh lah kak lang refer kat blog kan.  Sambil tu boleh juga kak lang share resepi ni dengan kawan-kawan.  Kaedahnya senang sangat...kak lang masukkan semua dalam blend dan bakar.  Jom kita belajar wat kuih bakar.  Kita bakor aje! Kita bakor! Kita bakor! eh!


Resepi Kuih Bakar
Sumber: IntanBerlian87 (tq for sharing the recipe)

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
5 helai daun pandan di mesin dengan 200ml (kemudian di tapis airnya)
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh butter/minyak sapi (pilih je yang mana suka)
3 biji telur ayam
250 ml santan
sedikit bijan
sedikit pewarna hijau
minyak untuk disapu pada loyang


Cara-caranya:-
1.  Blend daun pandan yang telah digunting dengan air suam dan tapis ambil jusnya.
2.  Masukkan semua bahan di dalam blend dan mesin.
3. Panaskan oven.  Kemudian masukkan loyang yang telah disapu dengan minyak selama 3 minit.  Keluarkan dari oven.
4.  Tuang bahan yang telah diblend ke dalam loyang dan bakar sehingga 50 minit dengan kepanasan oven 180 darjah sehingga permukaan atasnya ke perangan dan garing.

Sekian, selamat mencuba!


Love,
Kak Lang


Nah ambil gambar makanan ni.  *Silalapairliur* Bye!



Kuih Bakar


Pau Kacang Merah

Tuesday, February 5, 2013

Resepi buah rotan

Hello! Kepala pening tidur lambat malam tadi gara-gara menggentel kuih buah rotan ni.  Kak Lang buat 2 kali ganda daripada sukatan yang diberi.  Semalam lepas siap menggoreng terus instag dan post gambar kat fb.  Ada kawan-kawan pm minta resepi.  So meh le kita share resepi.  Resepi ni kak lang google dari myresepi.  Kebanyakan resepi kak lang semua dari internet je..hasil dari carian bijak pandai mr.google giteww...senkiu mr.google..tanpamu siapalah aku...cewah! Kalau teringat masakan mak, kak lang call mak je minta resepi hew hew....Before this kak lang pernah cuba buat buah rotan ni tapi gagal...hasilnya buah menjadi tidak ranggup dan besar...mungkin sebab tuan resepi tak guide betul-betul tentang cara pembikinannya.  Resepi yang kak lang google kali ni sangat membuahkan hasil...cumanya kena sabar sikit je...kak lang gentel sambil tengok tv je...sedar-sedar dah siap.  Pada kawan-kawan yang nak cuba resepi ni ikutlah tips orang yang bagi resepi ni mesti jadi.  Kak lang derhaka sikit je sebab tambah gula satu sudu makan...Oklah meh baca resepi..ambil mood untuk menggentel..hasilnya mesti puas hati...owh ye..buah rotan ni masa panas dia akan lembut bila digigit tapi bila dah sejuk baru ranggup tau...jangan ingat lembut tak jadi pulak.  Selamat mencuba kawan-kawan.

Love,
Kak Lang


Resepi Buah Rotan
Sumber  :  kak besah (tq for sharing the recipe..love it!)
(p.s: kak besah minta izin copy paste resepinya..kak lang malas nak taip balik..ngeh)

Bahan-bahan ( 1 tupperware 2.6 liter )

  • 3 biji telur grade B
  • 4 sudu makan gula halus(gula pasir yg dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur sireh
  • +- 200g tepung pulut
  • bijan secukukupnya utk salut
  • minyak utk menggoreng terendam.

Cara-cara

  1. kacau telur & gula dgn hand whisk hingga berbuih & gula larut. masukkan garam & air kapur, kacau rata.
  2. campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mnjadi doh yg boleh di gentel bulat.
  3. taburkan bijan dalam dulang. ambl secubit doh(secubit jer tau..) , bulat2 kan kecik2. sebesar telur cicak saja yer.(bila dh msk jd sbesar hujung ibu jari).. jgn lebih besar dri itu.sbb akk dh try, gentel sebesar biji buah mata kucing, kejadiannya bila dah msk sebesar buah mata kucing yg blom dikupas kulitnya.
  4. lepastu golek2kan biji2 buah rotan dengan bijan2. bila dh habis semua digentel, bleh la digoreng dgn api sederhana/perlahan saja supaya msk hingga kedlm nya yer.. P/s;ni perbandingn antara buah rotan yg dah msk ngn buah mata kucing. jenuh lah nk menunggu msk nyer.. sbb kalau guna api kuat dlmnya still lembut. sbb tu kne gentel cenonet2..hehe..senang kan..  
  5. p/s; tips supaya bijan x tertanggal semasa digoreng-bila semua biji2 buah rotan dah siap digentel & disalut bijan, semasa ia di dlm dulang, basahkn tangan yg bersih, lalu dikisar2 kan di atas buah rotan tu.(tekan sikit kuih tu sambil dipusing2kan sprti kita meratakan sesuatu) lps tu bleh lah digoreng..

Buah rotan yang belum digoreng

selesai goreng

close view..hew hew

Thursday, December 20, 2012

Resepi Mee Kuning

Resepi mee kuning ni kak lang google je. Sumber dari my resepi, idea oleh tuntung15 tapi derhaka sikit je. sorry jangan marah. Thank you for sharing the recipe ye. It's really help. Selalu diperantaun ni kak lang masak guna spaghetti aje tapi hari ni teringin sangat nak makan mee kuning asli. So, pada readers yang berada diperantaun uolls pun boleh cuba. The recipe is so simple.

Resepi Mee Kuning
sumber: myresepi
idea oleh:tuntung15

Bahan-bahan
1.500gram tepung gandum
2.1 biji telor
3.220ml air suam
4. 1 sudu teh garam
5. beberapa titik pewarna kuning *(kak lang tukar...tuntung15 guna serbuk kunyit)
6. 1 sudu teh air kapur* (kak lang tambah)
7. air secukupnya untuk merebus
8. sedikit minyak untuk digaul pada mee setelah direbus

Cara-caranya
1.Campur semua bahan dan gaul.
2.Kemudian uli sehingga lembut. (Kak lang lebur semua dalam mesin..hehe)
3.Kak lang gunakan mesin pasta manual,mesin doh dari no.1-4.Akhir sekali ke bahagian noodles.Jangan lupa tabur tepung semasa mee itu keluar dari mesin.
4.Sementara itu rebus air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee tadi.
5.Rebus mee antara 2 hingga 3 minit. Kemudian tos menggunakan tapis.
6.Cuci dengan air sejuk dan gaulkan dengan sedikit minyak.

Selamat mencuba!


Love and hugs,
Kak Lang



Mee Kuning yang telah di goreng :)
Mee Kuning yang baru siap direbus

Tuesday, September 25, 2012

Resepi Asam Pedas

Wah!!Blog kak lang dah macam blog masakan pula..hehehe...bukannya apa, duduk di sini tak banyak aktiviti. Selain dari pergi kerja, pergi pasar, bayar bill...kerja kak lang adalah mencuba pelbagai masakan. That's my life here in aprika. Jogging? most of the time jogging depan tv tak pun kak rumah je...kak luar jarang sekali sebab suasana kurang bersih. Kak lang kan alergi to dusk.*facepalm* Kalau kat Malaysia weekend kalau boring boleh juga lari pergi rumah parents kan, tak pun pergi tengok wayang, tak pun pergi shopping, tak pun pergi jalan-jalan cari makan. Tapi bila kat sini...panggung wayang pun nan hado...shopping kompleks adalah satu yang paling haibat tapi tak mampu kak lang nak beli baju-baju yang dijual...mahal yakmat. Buat rugi je beli...baik simpan dulu nafsu shopping pastu bila balik Malaysia shopping sakan sepanjang cuti...harga pun berpatutan. Masa kak lang baru menikah dulu sehingga lah datang di Dakar ni, honestly i tell u kak lang memang tak pandai masak..tapi sekarang Alhamdulillah im improved from time to time. One of my husband's favorite is asam pedas. First time kak lang masak untuk dia asam pedas memang kena reject begitulah sehingga kali ke sepuluh pun...my hubby suka asam pedas yang pekat. Mula-mula kak lang tak tahu apa yang menyebabkan kuah dia pekat...so lepas banyak kali experiment know i found the key. Its the tamarinds yang buatkan kuah dia pekat...betul ke eh...entahlah kak lang bukan expert pasal masakan. Yang penting my hubby sekarang dah kasi markah A++ untuk masakan asam pedas kak lang..im proud that i can fulfilled his taste.

Kak lang nak share resepi ni kepada semua pembaca dan juga rujukan kepada anak dara i, of course.

p/s: adik, nanti bila mama dah tua, adik masak pulak untuk ayah guna resepi ni ok?

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Sumber: Kak Lang

Bahan-bahannya
1. 2 ekor ikan kembung saiz besar dipotong dua
2. 1 biji bawang besar*
3. 4 biji bawang kecil*
4. 3 biji bawang putih*
5. 1 inchi halia*
6. 1 inchi kunyit hidup/1 sudu makan kunyit serbuk*
7. 2 batang serai diketuk
8. 1 senduk minyak masak
9. 1 senduk cili kering yang telah diblend
10. 1 sudu teh lada hitam
11.10 batang bendi
12.1 biji tomato
13. 1 sudu makan asam jawa (dijadikan jus dalam 1 cawan)
14. 11/2 sudu teh garam
15.1 sudu teh gula
16. sedikit perasa
17. 2 mug air suam (ikut suka kalau nak pekat boleh kurang kan jumlah air atau sebaliknya)
18. 1 ketul bunga kantan (dibelah dua)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak ke dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan yang telah di blend.
2. Masukkan serai dan cili yang telah diblend. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan air suam.
3. Masukkan ikan kembung yang telah dipotong. Biarkan dalam 5 minit.
4. Masukkan bendi, bunga kantan, lada hitam dan tomato.
5. Biar sehingga mendidih dan masukkan perasa,garam dan gula.(ikut citarasa masing-masing sama ada nak kurang atau lebih)
6. Bila bendi telah lembut, tutup api dan boleh lah dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
Kak Lang

Kak Lang
Asam Pedas Ikan Kembung

Wednesday, September 12, 2012

Mee Kolok..im loving it!


First time masak mee ni...kak lang suka. Resepi cari kat wikipedia bahasa melayu ye uolls. Entah mana kak lang tau nama mee kolok ni..mimpi ke apa eh, asyik terngiang-ngiang dalam my mind so i google what is that mee kolok look like and wallah...im trying hard to prepare this meal and im loving it. Dia ala-ala mee sup simple tapi mee dia ganti dengan yee mee or mi maggie. Ni lah resepi mi kolok. Terima kasihlah kepada dunia siber..tanpa mu siapalah kak lang..ngeh..ngeh..

Salam sayang,
Kak Lang

Mee Kolok Sarawak

Thursday, September 6, 2012

Resepi Mee Hoon Sup

Salam sejahtera semua. Kak Lang ada hutang satu entri untuk anak dara En.Husni pasal resepi mee hoon sup. Last time masa bulan Ramadhan dia teringin nak makan mee hoon sup so dia try masak sendiri tapi katanya tak jadi..kesiannya. I wish i can cook for you that time. Suruh pergi beli kat kedai tak mahu pulak. Tapi bagus juga sebab dia ada inisiatif nak masak sendiri. Pandai bawak diri bila ayah dengan mama tak de kat Malaysia. Raya tahun ni pun dua beradik tu beraya tanpa ayah dan mama di sisi. sobs. Mama and ayah sorry ok sebab tak boleh balik beraya dengan adik and along. Insyaallah tahun depan kalau panjang umur kita mesti raya bersama. One whole family, together celebrate Eid Mubarak. To my dearest daughter,
"Adik, mama dedicate this entry for you". Nanti-nanti bila rindu masakan mama, boleh cuba buat sendiri.


RESEPI MEE HOON SUP
Sumber: Wan Rembau's style

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
1. Sekeping dada ayam di potong kecil
2. 6 ekor udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3. 2 biji telur ayam
4. 1 ikat kecil sawi dipotong
5. 1/2 batang lobak dipotong ikut citarasa
6. 2 biji bawang putih *
7. 1/2 inci halia*
8. 1 sudu teh rempah sup
9. 1 1/2 sudu teh garam
10. 1 sudu teh gula
11. sedikit perasa (optional)
12. 4 sudu makan minyak masak
13. 3 mug air suam
14. 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu makan air suam
15. sedikit bunga kobis (opitonal)
16. 1/2 bungkus mee hoon packet kecil. (direndam selama 1/2 jam)

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan ayam dan udang.
2. Kacau dalam 2 minit lepas tu masukkan bawang putih, halia yang telah ditumbuk/blend dan juga rempah sup.
3. Kemudian masukkan air. Biar hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian bancuhan tepung jagung.
4. Masukkan sayur dalam 2 minit. Pecah kan telur terus ke dalam air yang mendidih. (Jangan dikacau biarkan aje sehingga sayur layu)
5. Kemudian masukkan Mee hoon. Biar lebih kurang 5 minit dan siap untuk di hidang.

p/s: kalau nak makan lambat lagi asingkan mee hoon dengan kuah. Takut mee hoon kembang dan serap kuah dia.Untuk sayur pulak, optional adik boleh masuk sayur apa je yang adik suka contoh bunga kobis/cendawan/baby corn/kailan

Sekian selamat mencuba.


Love you both,
Mama

Mee Hoon Sup versi Wan Rembau