Salam sayang semua. Maaf ye asyik tenggelam timbul je. Walaupun dah janji dengan kawan2 nak update blog selalu tapi still tak update. Sorry kawan, kak lang tak cukup kaki dengan tangan kat pejabat. Sibuk ya ampun. 16 September 2013 lepas, pejabat kak lang ada buat majlis sambutan hari Malaysia yang ke 50. Tahniah MALAYSIA!!. Kak lang bangga menjadi anak watanmu. Cewah!! sempat pulak kan. ^_^
Watak makcik kantin di galas oleh kak lang pada tahun ini ye. huhu. Kak lang buat karipap pusing, Roti John, kuih keria, mee goreng dan teh tarik. Ada pegawai cadang suruh kak lang buat roti john. Kali pertama kasi orang Senegal makan roti john ni..tak sangka depa suka..tambah2 makan weh...hehehe. Mungkin lebih kurang dengan makanan rutin diaorang kot..diaorang makan baguette all the time. Kak lang ada post gambar ni kat instagram. Ada kawan minta resepi roti john versi kak lang ni jadi jom kita kongsi resepi.

Resepi Roti John
Sumber: Kak Lang
Sumber: Kak Lang
Bahan-bahan
1. 2 batang baguette
2. 300gram daging cincang (yang telah direbus)
3. 2 biji telur*
4. 1 biji bawang besar di potong dadu*
5. 1 sudu teh serbuk kari*
6. 1 sudu teh kiub ayam*
7. 2 batang daun bawang di hiris halus*
8. 3/4 sudu teh garam*
9. 4 helai Daun salad
10. 1 cawan Kobis yang telah dihiris halus
11. 1 biji tomato dipotong dadu
12. 1 sudu makan majerin
13. 2 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan yang bertanda * dan kacau hingga sebati.
2. Belah dua baguette (jangan sampai putus) dan sapukan dengan majerin.
3. Panaskan kuali leper dan bakar baguette sehingga kekuningan dan angkat.
4. Baguette yang telah sejuk di tampal telur dengan bahan bertanda*, taburkan daging cincang dan salut dengan telur semula dan bakar hingga kekuningan.
5. Baguette yang telah disalut telur kemudian disapu mayonis, cili sos, kobis, salad dan tomato.
6. Sekarang baguette anda siap siap untuk di makan.
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment