Pages

Thursday, September 6, 2012

Resepi Mee Hoon Sup

Salam sejahtera semua. Kak Lang ada hutang satu entri untuk anak dara En.Husni pasal resepi mee hoon sup. Last time masa bulan Ramadhan dia teringin nak makan mee hoon sup so dia try masak sendiri tapi katanya tak jadi..kesiannya. I wish i can cook for you that time. Suruh pergi beli kat kedai tak mahu pulak. Tapi bagus juga sebab dia ada inisiatif nak masak sendiri. Pandai bawak diri bila ayah dengan mama tak de kat Malaysia. Raya tahun ni pun dua beradik tu beraya tanpa ayah dan mama di sisi. sobs. Mama and ayah sorry ok sebab tak boleh balik beraya dengan adik and along. Insyaallah tahun depan kalau panjang umur kita mesti raya bersama. One whole family, together celebrate Eid Mubarak. To my dearest daughter,
"Adik, mama dedicate this entry for you". Nanti-nanti bila rindu masakan mama, boleh cuba buat sendiri.


RESEPI MEE HOON SUP
Sumber: Wan Rembau's style

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
1. Sekeping dada ayam di potong kecil
2. 6 ekor udang saiz sederhana (dibuang kulit)
3. 2 biji telur ayam
4. 1 ikat kecil sawi dipotong
5. 1/2 batang lobak dipotong ikut citarasa
6. 2 biji bawang putih *
7. 1/2 inci halia*
8. 1 sudu teh rempah sup
9. 1 1/2 sudu teh garam
10. 1 sudu teh gula
11. sedikit perasa (optional)
12. 4 sudu makan minyak masak
13. 3 mug air suam
14. 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu makan air suam
15. sedikit bunga kobis (opitonal)
16. 1/2 bungkus mee hoon packet kecil. (direndam selama 1/2 jam)

Cara-cara
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan ayam dan udang.
2. Kacau dalam 2 minit lepas tu masukkan bawang putih, halia yang telah ditumbuk/blend dan juga rempah sup.
3. Kemudian masukkan air. Biar hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian bancuhan tepung jagung.
4. Masukkan sayur dalam 2 minit. Pecah kan telur terus ke dalam air yang mendidih. (Jangan dikacau biarkan aje sehingga sayur layu)
5. Kemudian masukkan Mee hoon. Biar lebih kurang 5 minit dan siap untuk di hidang.

p/s: kalau nak makan lambat lagi asingkan mee hoon dengan kuah. Takut mee hoon kembang dan serap kuah dia.Untuk sayur pulak, optional adik boleh masuk sayur apa je yang adik suka contoh bunga kobis/cendawan/baby corn/kailan

Sekian selamat mencuba.


Love you both,
Mama

Mee Hoon Sup versi Wan Rembau

No comments:

Post a Comment