Pages

Monday, September 3, 2012

Memang kecoh tapi akhirnya sambut juga Aidilfitri 2012

Selamat hari Isnin semua!!Mesti korang semua tengah kenyang sangat kan pergi open house memana. Kalau kat Malaysia, puasa sebulan, open house pun sebulan kan?kekeke...Kak Lang kat sini raya sehari je pun. Senegal raya pada hari Isnin tanggal 20 Ogos 2012. Ni kisah nak menentukan hari untuk beraya Aidilfitri 2012 kat Dakar ni punyalah kecoh dibuatnya. Dah la masa nak sambut Ramadhan pun takde announcement so we all decide sendiri untuk start puasa sama dengan Malaysia.Al kisah cerita nak sambut raya kat Senegal ni kan...kitaorang target samalah raya dengan Malaysia ataupun negara seangkatannya yakni hari Ahad sebab semua penduduk tempatan pun target macam tu tapi kan sampai ke pukul 12 malam Sabtu tu kami bukak tv tempatan nan ado announcement pun. Pada pagi Sabtu tu, kak lang dah call translator embassy suruh dia text me bila kerajaan Senegal buat pengumuman secara rasmi tarikh menyambut Syawal sebabnya kak lang nak buat rumah terbuka first day of Eid Mubarak. Kitaorang kat sini kawan-kawan yang rapat terdiri daripada rakan pejabat, dari kedutaan indonesia dan juga kedutaan thailand. So tunggu green light dari translator saja untuk kami send invitation kepada kawan-kawan dan nak merendang bagai. Pada hari Sabtu lebih kurang jam 9.30pm si translator hantar message berbunyi "tomorrow Senegal will celebrate Korite(Syawal), insyaallah". Lepas je terima text, kak lang pun tanpa berlengah send message kepada kawan-kawan dan terus rebus nasi impit dan merendang. Kawan-kawan pun dah reply kata nak datang. Tup tup jam 1.30 pagi member dari indonesia embassy send message ke encik suami untuk pengesahan betul ke Senegal raya hari Ahad sebab setakat ni masih belum ada pengumuman rasmi. What?! Kelam kabut kak lang call si penterjemah ni mintak kepastian...call dia tak angkat mungkin dah tidur sebab dah jam 1.45 pagi. Send text dia reply kata kawan dia bagi ucapan selamat hari raya pastu terus dia text kak lang esok Senegal raya sebab dia raya Ahad. Hawau betul translator kami ni...Makna nya no official announcement yet. Betapa kak lang malu kepada rakan-rakan yang telah diundang dan terpaksa hantar message postponed invitation to Monday. Kami puasa genap 30 hari dan pada hari Ahad tengahari pulak boleh si translator tu kata seelok2nya jangan puasa hari Ahad sebab ramai yang dah raya. Pehtu kata raya hari Ahad tapi sembahyang raya pulak hari Isnin. apa kisah lah kerajaan korang ni.aish..Kerajaan sebelum ni ada juga buat pengumuman..hok ni??aduyai pening kepala kami dibuatnya..ah tak kuasa aku nak layan...orang dah puasa dah...jadi Isnin je lah kami raya..ntah apa2. Sampai keluar dalam tv tempatan kata orang Senegal sambut syawal ikut tok guru masing-masing. Ada yang sambut Syawal hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. ah parah!! Malaysia juga terbaik sebab sentiasa ada kata sepakat untuk menentukan tarikh hari raya. I love my country. Malaysia, I miss you. *sambil lambai ratu*

Sekian saja rungutan kak lang untuk hari ini.

Gambar sambutan Syawal di rumah kak lang. Ini je yang sempat di capture yang datang hujung-hujung tuan rumah dah keletihan tak mampu nak ambil gambar.


Salam Syawal,

Kak Lang
first round guest~terima kasih semua, you really made our day
raya cookies and my kek lapis
rendang made by mr.hubby dapat sambutan
from thailand embassy~thank you for coming
cakap je nak ambil gambar automatik pose hikhik
from indonesian embassy..sempat ambil gambar tetamu terakhir saja huhu
satay all made by mr.hubby
perantin baru ^_*
the ladies

No comments:

Post a Comment