Salam sayang semua. Kak Lang dan makanan memang tak dapat dipisahkan...kihkih. Nasi Lemak is my all time favorite food. Kak Lang paling suka nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Baunya fuhhh....isi nasi lemak pula, kak lang suka yang basic aje macam sambal ikan bilis, kacang goreng wajib ada for me hehehe, timun dan telur rebus. Owh kakak dan adik beradik perempuan kak lang in Nasi Lemak business kat Rembau. Jemputlah beramai2 datang beli..eh! Gerai mereka di pasar pekan Rembau, Negeri Sembilan. Promosi sikit. Diaorang ni take over my parents business. My parents ni meniaga kedai makan sejak 35 tahun yang lalu tau. Sekarang dah semakin tua so masa untuk mereka berehat. Last time masa balik Malaysia sempatlah kak lang belajar cara bungkus nasi lemak daun pisang. Hasilnya sila lihat sendiri dalam gambar ...hehe..tak lah cantik pun tapi lepas la rindu nak makan nasi lemak daun pisang. Disebabkan kak lang suka makan nasi lemak, meh nak share resepi kat blog kak lang untuk rujukan pembaca dan anak-anak kalau rindu masakan mama ni.
Cerita pasal mee kari pula...is not my favorite but my husband's favorite. Dulu masa duduk Malaysia macam2 kedai kami pergi cuba resepi mee kari mereka tapi semuanya biasa-biasa aje rasanya. Last time sempat cuba makan mee kari adik kak lang kak kedai dia. Resepi mee kari adik kak lang adalah yang terbaik setakat ini. Im proud of you adik!!! Bukan nak angkat bakul kata resepi adik sendiri sedap tapi sebagai pelanggan, kak lang puas hati makan mee kari dia. So kalau nak rasa sendiri sila pergi beli kat kedai mereka. Ingat tau kat belakang pasar pekan Rembau. promosi lagi...hehe. Owh ye last week kak lang ada cuba masak resepi mee kari adik kak lang ni...ternyata sedap walaupun tak 100% rasa macam masakan dia.
Sekian.
Salam penuh kasih sayang,
Kak Lang
Resepi Nasi Lemak
Sumber: Kak Lang
Resepi Nasi Lemak
Bahan-bahan
2 cawan beras
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 batang serai diketuk
sehelai daun pandan
secubit garam
Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan dan masak dalam periuk nasi elektrik. Bila dah masak gaul dulu sebelum hidang.
Resepi
Sambal Nasi Lemak
Bahan-bahan
½ cawan minyak masak
1 cawan ikan bilis yang
telah digoreng
2 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan cili kering
yang telah diblend
1 biji bawang besar
(dihiris)
¾ sudu teh perasa
1 sudu teh garam
½ sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula merah
1/2 cawan air suam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu.
2. Masukkan
cili blend dan goreng hingga kering.
3. Masukkan
asam jawa, perasa, garam, gula dan gula merah.
Masukkan air suam dan rasa. (Kalau tak cukup masin boleh tambah garam
ikut citarasa).
4. Masak
sambal sampai kering sedikit. Kemudian
masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul dan padamkan api.
5. Bolehlah
dihidang bersama nasi lemak, telur rebus, kacang goreng dan timun.
Pass tak bungkus??! ^_* |
Nasi Lemak untuk tetamu yang datang di pejabat tempoh hari |
Percubaan masak mee kari resepi adik..nyummeh |
sedapnya nampak kak lang.. am proud of u sista....
ReplyDeleterasa pun sedap..hehehe.tq anyway.
Deletelove, kak lang.
aaaa sedapnyer nasi lemak daun pisangggg...
ReplyDeleteche sue: khenn...terbaik nasi lemak daun pisang. miss ya girl.
Deletelove, kak lang
aik resipi mee kari xde ke Kak Lang? nk turun rembau ntah bila...luv frm ms nairobi yg xde blog eheee
ReplyDeleteDear Miss Nairobi..ehem ..ehem..nak ke resepi mee kari..jom wasup. Thank you for visiting my blog.
ReplyDeleteLove u a lot--kak lang