Mak, selamat hari mak.
Terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih kerana melahirkan kak lang di muka bumi ini.
Terima kasih kerana membesarkan kak lang tanpa mengeluh pun.
Terima kasih kerana mendidik kak lang dengan baik selama ini.
Terima kasih kerana memberi pendidikan yang tiada penghujungnya.
Terima kasih kerana menjadi teman baik kak lang sejak lahir ke muka bumi ini hingga ke hari ini.
Terima kasih kerana menjadi teman kak lang ketika kak lang berduka dan gembira.
Terima kasih kerana menjadi pendengar setia kepada setiap keluhan kak lang.
Terima kasih kerana sentiasa memberi nasihat dan sokongan dalam hidup kak lang.
Terima kasih kerana menemukan jodoh yang terbaik untuk hidup kak lang.
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan dan merestui hidup kak lang.
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kak lang.
Terima kasih kerana tanpa jemu mohon kepada Allah untuk sentiasa melindungi kak lang. Terima kasih mak.
Ketahuilah mak, bermula dari kak lang membuka kan mata dari tidur sehingga melelapkan mata, hati ini tidak pernah lupa mendoakan semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi mak dari bahaya, supaya memberi kesihatan yang baik kepada mak, supaya sentiasa membahagiakan mak, supaya mak tabah menghadapi kehidupan sehari-hari mu dan yang paling penting moga mak sentiasa bahagia disisi anak-anak yang telah mak lahirkan. Bertarung nyawa melahirkan kami. Terima kasih mak.
Mak,
Percayalah selama 35 tahun menjadi anakmu, kak lang bahagia dan bangga menjadi anakmu kerana mak membesarkan kami semua sebelas beradik tanpa mengenal erti penat lelah. Kak lang loves mak so much. Kak lang doakan semoga tahun ini mak akan terpilih menjadi jemaah haji Malaysia bersama bapak. Ya Allah, Ya Tuhan ku makbul kan lah doa hamba mu ini. Amin.
SELAMAT HARI MAK.
Allah...sayu hati kakbesah mmbacenye. mnitis air mate. sbb akak dh xde emak lg. rase blom puas brmanje dgnnye.. pengganti ade, tp tetap x same. moga mak Kak Long dipanjangkn umur insyaAllah...
ReplyDeleteDear kak besah- Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kak lang. Kak lang pun sampai sekarang kalau baca entri ni menitis air mata. Takut tak dapat membahagiakan mak macam mana mak bahagiakan kami.Semoga roh arwah mak kak besah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dijannah.Amin.
ReplyDelete