Salam semua. Kak lang masih bersedih sekarang. Sudah dua orang kesayangan telah pergi menghadap Ilahi. Baru-baru ini pada 15 May 2013 kak lang telah kehilangan seorang kakak ipar(isteri abang sulung kak lang). Beliau meninggal kerana sesak nafas. Baru berusia 37 tahun dan beliau meninggalkan tiga orang anak. Yang sulung perempuan berusia 17 tahun, kedua baru masuk 2 tahun juga perempuan dan yang bongsu lelaki berusia 6 bulan. Kak lang doakan semoga abang long dapat bertahan dan kuat kan semangat demi mendidik anak-anak seorang diri. Kak lang dan family sentiasa menyokong along walau apa pun keadaanmu. Alfatihah buat arwah kak long. Semoga kak long ditempatkan dikalangan orang-orang beriman di jannah. Sedihnya bila mengenangkan nasib anak buah kak lang tapi hidup mesti diteruskan. Tambahan pula kak lang jauh diperantauan..tak sempat balik ketika mereka semua memerlukan. Insyaallah suatu hari nanti pasti kak lang pulang untuk melawat pusara ayah mertua dan juga kakak iparku.
Sekian.
Love,
Kak Lang
takziah kak su. semoga kak su dan keluarga kuat hadapai ujian Allah.
ReplyDeleteSri, Thank you for your support.
DeleteLove-Kak Lang
kakbesah turut mndoakan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman n dikasihi Allah. Ameen.
ReplyDeleteDear Kak besah,
ReplyDeleteTerima kasih.Amin.love-kak lang