Pages

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, February 3, 2014

short update

Salam sayang semua.  Sorry...sebab JARANG sangat update.  Kak lang bz dengan kerja.  Owh last Januari 2014 balik Malaysia melawat bapak kak lang yang sedang sakit kuat dan sekarang kak lang telah kembali di Dakar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja.  Sedih sangat terpaksa tinggalkan bapak dalam keadaan begitu. Tapi kak lang bersyukur sebab sempat jumpa beliau dan jaga beliau sepanjang hampir 17 hari berada di tanah air.  Semoga bapak kak lang sembuh seperti sedia kala.  Kawan-kawan doakan kesihatan bapak kak lang ye.  Sekarang kak lang masih bz dengan kerja.  Kepada kawan-kawan yang ada apa2 nak tanya sila wasup or wechat ye.

Thanks and love ya a lot.

Love,
Kak Lang

Friday, July 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Adik No.6 ^_^

Salam sayang semua.  Sorrylah asyik tenggelam timbul je...kak lang busy dengan kerja.  A lots of things to settle before my recent boss leave Dakar.  I'll receive a new boss very soon.  Anyway..hari ni entri khas untuk adik kak lang yang nombor 6.  Hari ini 5 Julai 2013 bersamaan dengan hari Jumaat, adik kak lang telah menamatkan zaman bujangnya.  Tahniah kerana bergelar isteri..hehehe..Kak lang doakan agar rumah tangga mu sentiasa bahagia dan kekal sehingga akhir hayat.  Aminnnn.   Selamat Pengantin baru kepada Nur dan Suami.  Maaf kerana kak lang tak dapat pulang meraikan hari bahagia mu..hukhuk...Love you and all the family #lapanjutakalilapanjuta#


Jauh dari benua Afrika,
Kak Lang



You so cantik adik

Tuesday, June 4, 2013

Macam gitulah perangai kami masa kecil


Salam sayang semua. Lama tak update blogkan sampai dapat private message dari kawan2 suruh letak entri baru. Terima kasih kawan2. Love uolls. Penat je rasa hari2 banyak aktiviti sekarang. Alasan kan..kuikuikui. Entri kali ni jom kita mengimbas kenangan lampau.  Wah dah macam doraemon pulak ayat iolls.  "Balik ke zaman lampau" (pandai2 lah buat suara doraemon kan) Nak buat pendedahan secara ekslusif ni...cerita pasal tabiat nak tidur kami masa kecil2 dulu. Semua orang mesti ada tabiat masa kecil2 kan. Contoh tabiat masa kecil dulu..sebelum tidur nak cium ketiak ayah..eh! ada ke? kekeke...saja gurau..itu contoh je kan. Lately ni i miss my siblings so much.  Macam2 yang terjadi sepanjang kak lang berada di Dakar ini.  Keluarga BESAR kak lang semuanya ada 'keistimewaan' masing2 sebelum tidur.  Bayangkan lah 11 orang punya perangai. fuhh!! Kesian mak terpaksa berdepan dengan perangai kitaorang.  Tiba2 pula emosi bila terkenangkan kisah masa kami kecil2 dulu. Kak lang menaip sambil mengalir air mata okeh.Ntah kenapa lately asyik teringat ke all my siblings je. I love them all. Kecil2 Dulu selalu gaduh dengan adik2 konon kak lang ni jadi kakak yang garang.  Ni semua pengaruh dari my parents. I treat all my adik2 macam my parents treat me..huhu tapi kan dengan my eldest brother and eldest sister tak pernah gaduh sebab takut diaorang pun garang. hikhik.  I remember, both of them adalah anak yang baik..never complaint pun Kena tolong my parents kat kedai sampai lewat malam. Balik sekolah buat homework, mengaji, then tuisyen and tolong parents sampai pukul 12 malam. Not like me, I like to complaint here and there especially when I tired. My parents masa dulu sangat tegas dan garang.  Kalau kitaorang tolong my parents meniaga kami tidak dibenarkan sekali-kali melangkah kaki walau ke kedai sebelah tau.  Kalau berani2 jugak merayap ke kedai sebelah..haruslah kena halau balik rumah jalan kaki.  Tegas my parents semua bersebab.  Sekarang dah besar kita boleh fikir kenapa mereka said no. Kalau kami kena marah dengan parents my eldest brother and sister tak pernah menjawab tapi Kak Lang selalu jawab balik konon nak pertahankan diri tak ber salah.πŸ˜‰Entah kenapa Kak Lang suka menjawab bila kena marah masa kecil2 dulu. Degilnya kak lang dulu tuhan je yang tahu..ntah belajar dari mana..hukhuk. my bad! Ok simpan cerita bab kena marah for next2 entry. Sekarang nak cerita pasal tabiat. Kitaorang sebelas beradik masing2 dengan tabiat tersendiri.😜 Fuhh!!Dengar 11 orang anak pun pening kan. Haibatnya mak dengan bapak besarkan kitaorang.  Terima kasih mak and bapak.  Kak lang loves so much. Seingat kak lang, mak cerita dulu pasal abang long tabiat dia suka cium kain batik mak masa nak tidur, my kak ngah pula suka gentel (picit-picit kasi pecah) biji kekabu pada bantal.  Kalau habis biji kekabu semua dia picit, she will request my mom to make another pillow.  She also a sleep walker(jangan mare eh Ngah I bongkar rahsia u). Kadang2 dia berjalan sambil buka pintu nak keluar rumah.  Bahaya kan.  As for me..ehem...exclusive ni...tabiat kak lang suka goyang kaki kalau ngantuk dan masa tidur mesti kepit Bantal kat kaki πŸ˜‰πŸ™ˆπŸ™Š. Nyamannya tidur kepit bantal..^_*.  Si ayu @ ateh hisap ibu jari tangan kanan sampai besar ibu jari dia..haha. Adik Lelaki no.5 pula kuat mengigau..hari2 buat orang terkejut dengan aksi ngigau dia..haha. Yang no.6 suka korek telinga masa nak tidur,no.7 Dan no.8 hisap jari juga tapi jari tunjuk dengan middle finger sekali gus uolls, tamak kan...kekeke..no.9,10 Dan yang akhir no.11, masing2 suka cium selimut masa tidur.  Tabiat diaorang sempoi je sebab anak yang hujung2 lah katakan mak tak sempat nak fokus sangat hiks! (jangan mare eh no.9-11).  Diseretnya kehulu ke hilir selimut masing2 pastu tak boleh basuh pulak kalau basuh mengamuk kata itu bukan kain dia..ntah apa2 suka sangat bau bacin tu. hakhak.  Ha ko jenuh melayan perangai kami sebelas beradik. Itu dulu masa kami kecil tapi sekarang perangai dah molek2 dah.  Dah pandai jaga imej masing2. Kelas ko jah! Masing2 dah pegang title ayah dengan ibu jaga sikit perangai. kihkihkih.  😍😍😍

Very well. That's it. Until then. Bye.


Love,
Kak Lang

Wednesday, May 22, 2013

Sedih

Salam semua.  Kak lang masih bersedih sekarang.  Sudah dua orang kesayangan telah pergi menghadap Ilahi.  Baru-baru ini pada 15 May 2013 kak lang telah kehilangan seorang kakak ipar(isteri abang sulung kak lang).  Beliau meninggal kerana sesak nafas.  Baru berusia 37 tahun dan beliau meninggalkan tiga orang anak.  Yang sulung perempuan berusia 17 tahun, kedua baru masuk 2 tahun juga perempuan dan yang bongsu lelaki berusia 6 bulan.  Kak lang doakan semoga abang long dapat bertahan dan kuat kan semangat demi mendidik anak-anak seorang diri.  Kak lang dan family sentiasa menyokong along walau apa pun keadaanmu. Alfatihah buat arwah kak long.  Semoga kak long ditempatkan dikalangan orang-orang beriman di jannah.  Sedihnya bila mengenangkan nasib anak buah kak lang tapi hidup mesti diteruskan.  Tambahan pula kak lang jauh diperantauan..tak sempat balik ketika mereka semua memerlukan.  Insyaallah suatu hari nanti pasti kak lang pulang untuk melawat pusara ayah mertua dan juga kakak iparku.

Sekian.


Love,
Kak Lang

Thursday, May 2, 2013

Redha dengan pemergian beliau...

Salam kepada pembaca.  Lama sangat kak lang tak update blog kan.  Semuanya berlaku dengan pantas, tanpa di duga.  Pada penghujung bulan Mac 2013, kak lang balik Malaysia secara mengejut kerana bapa mertua sakit tenat.  Beliau disahkan menghidapi kanser prostat final stage that time.  Pembedahan untuk membuang punca kanser telah pun dilakukan malangnya penyakit beliau semakin parah.  Keluar hospital setelah menjalani pembedahan doktor menganggarkan usia beliau tidak lebih dari 3 bulan so doktor tanya bapa mertua kak lang..rumah mana yang membuatkan beliau gembira untuk tinggal.  Alhamdulillah beliau gembira tinggal di rumah suami dan kak lang.  Setibanya kami di rumah beliau sedang nazak..mulutnya mengeluarkan buih putih...setelah kami membaca yassin beramai-ramai..matanya pun kembali terbuka dan beliau sedar akan kehadiran satu-satunya anak lelaki warisnya.  Sepanjang dua minggu kami berada di tanah air, kami tidak kemana-mana melainkan berhati-hati mejaga beliau.  Namun kerana tugas kak lang pulang ke Dakar diikuti oleh suami.  Kak Lang minta suami tinggal untuk menjaga ayahnya untuk saat2 terakhir namun beliau tetap nak ikut kak lang balik memandangkan kaki kak lang yang cedera membengkak ketika itu.  Setiap hari ayah mertua kak lang menghitung hari tarikh kami pulang.  Firasat beliau...dua hari sebelum berangkat ayah mertua kata masanya akan tiba enam hari lagi..namun kami anggap itu fikiran negatif seorang yang sedang sakit kronik.  Genap enam hari dari tarikh yang beliau   jangkakan, kami dapat panggilan dari adik suami waktu masa itu jam 5.30 pagi waktu tempatan iaitu jam 1.30petang waktu Malaysia mengatakan ayah mertua kak lang telah pergi menghadap Illahi.  Pada tarikh yang sama juga adalah hari jadi anak lelaki sulungnya iaitu 21 April.  Kak Lang serba salah, nak ucap selamat hari lahir atau tidak di kala suami ku sedang bersedih.  Terduduk diam suami ku seharian sambil membaca yassin dan tahlil. Bila ditanya nak pulang ke tanah air atau tidak..beliau menjawab tenang..."tak sempat" balik kemudian sahaja. Nasib baik anak sulung dan adik beradik belah suami menguruskan pengkebumiaannya.  Kami dari Dakar membuat panggilan ke saudara mara lain mengkhabarkan berita kematiannya ayah mertua.  Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan.  Kak Lang, suami dan keluarga redha dengan pemergian beliau.  Daripada beliau tersiksa menanggung sakit baiklah beliau dipulangkan kepada yang meminjamkan beliau kepada kami.  Kak Lang gembira kerana mendapat seorang ayah mertua yang baik hati dan alim di masa hayatnya.  Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di jannah.  

Al fatihah.




Love,
Kak Lang


Gambar ayah mertua dua hari sebelum kami berangkat ke Dakar

Tuesday, December 18, 2012

Ujian dariNYA

Salam sayang semua.  Semoga semua readers berada di dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.

Lama betul kak lang nak ambil mood untuk menulis semula.  Keluarga kami telah diuji oleh Allah s.w.t.  Kakak ipar kak lang telah jatuh sakit pada 18 Disember 2012 yang lalu.  Dia koma selepas 4 hari melahirkan anak ke tiga.  Dia sesak nafas sebelum koma.  Dia collapse pada hari penerbangan kami pulang ke Dakar.  Masa tu hanya Allah s.w.t je yang tahu perasaan kak lang.  Berbelah bahagi antara tugas dan kasih sayang.  Dalam flight, bila dengar suara baby menangis kak lang pun nangis sebab teringat kan baby abang sulong.  Dengan ibunya dalam ICU, dengan anaknya kena jaundiced and admitted.  Dua-dua ibu dan anak tinggal di hospital yang berasingan.  Nasib baik ada adik kak lang yang tolong jaga anak abang di hospital.  Terima kasih Nurmarlina.  Awak adik yang baik.  Kak Lang love you. We love you.  Paling merisaukan ialah keadaan my mom yang shock dengan berita ini.  Beliau adalah seorang pesakit jantung dan asthma.  Risau sangat keadaan my mom.  Kak Lang depart to Dakar in a very sorrow situation.  Tidak seperti biasa, kepulangan kami diiring dengan tawa dan gurau senda.  Kali ini kepulangan kami dengan deraian air mata.  Kak Lang tak henti baca yassin dan berdoa semasa dalam taxi dan juga dalam flight.  Bila kami tiba di Dubai, kak lang call family di kampung tanya status terkini.  Doktor kata harapan untuk beliau hidup adalah 30/70.  Doktor pun telah panggil semua ahli keluarga terdekat untuk berjumpa dengan nya. Malam tu kami sekeluarga baca yassin dan doa tanpa henti akan keselamatan kakak ipar kami.  Alhamdulillah, berkat doa kami sekeluarga, keajaiban telah berlaku...Allah s.w.t telah mendengar doa kami.  Kakak ipar saya telah sedar dari koma, dia menunjukkan kemajuan positif.  Dia boleh bukak mata bila orang panggil namanya.  Dua minggu yang lalu dia telah dipindahkan dari wad ICU ke CCU dan beberapa hari selepas itu dia telah dihantar ke IJN untuk rawatan lanjut.  Oleh kerana keadaannya sudah stabil kini dia telah pulang ke rumah.  Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami.  Semoga kak long sentiasa dilindungi Allah dan sihat seperti sedia kala.  I pray for your speed recovery.  Bertabahlah demi anak-anak dan suamimu.  Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.  Allah kan maha adil.

Love and hugs,
Kak Lang

Thursday, June 28, 2012

Dakar-Malaysia-Dakar

Hello semua!!Sorrylah kak lang ni kejap timbul kejap tenggelam.hehehe. Baru hari ni ada kesempatan untuk menulis. Meh sini kak lang nak bayar hutang...nak cerita apa yang telah berlaku sepanjang ketidakhadiran ku di sini..cewah..Firstly start hujung bulan april sehingga end of may, kak lang very the sibuk bekerja ya..kawan-kawan...kerja non stop 24/7...ha..jangan taktau siap ada yang tak balik tidur langsung hokeh...paling menjadi memori sekali sampai encik asben pun datang bantu buat kerja i..and kesian sampai tidur dipejabat..Sebenarnya sebelum kak lang kesibukan kerja haritu kami dah beli tiket kapal terbang nak balik cepat sebab my FIL sakit kuat.  Tetapi disebabkan ada keperluan kerja yang mendesak di pejabat, cuti kak lang dibekukan dan terpaksalah batalkan tiket penerbangan. As soon after i finished up my work, kak lang terus terbang ke tanah airku Malaysia.  Kitaorang cuti pendek dalam 2 minggu sahaja.  Semasa balik cuti hari tu memang kami asyik berulang alik ke hospital sahaja. It's not my FIL yang berada di hospital but our beloved son yang admitted. He admitted around 10days gitew. Jadinya percutian kali ini kami sangat tiada masa untuk berehat.  Nasiblah Malaysia tengah musim durian.  Walaupun Malaysia panas terik, terubat juga hati ini sebab dapat makan durian yang ditanam oleh encik suami and honestly i tell you guys...this year..i've experienced cari durian kat kebun and makan on the spot like makan cake fresh from the oven.  Pandai encik suami i tanam pokok durian, isinya semua sedap-sedap.  Boleh dikatakan puas sangat makan durian kali ni balik Malaysia.  Owh ya...my husband ada tanam pokok durian musang king before we left Malaysia.  Let's pray agar pokok durian tu membesar dengan jayanya.  Kak Lang dah berada di Dakar belum pun sampai seminggu lagi. Kami tinggalkan Malaysia haritu dengan hati yang tenang bila melihat my FIL beransur pulih and our children is ok.  Unfortunately, bila kak lang call mak untuk kasitau dah sampai Dakar...mak kata wancik meninggal dunia(adik beradik sebelah nenek kak lang).  Al fatihah buat wan cik..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di jannah.Amin.

Until then. Bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Tuesday, March 6, 2012

suara hati..

Hi there!Akhir-akhir ini banyak sangat dugaan yang kak lang dan keluarga terima dari Allah s.w.t.  Alhamdulillah semuanya semakin pulih walaupun masih belum berakhir. Last 2 nights, i cannot sleep well and the next morning when i call my mom, my eldest brother accident masa pergi meeting.  Kereta adalah dipandu oleh rakannya. Lucky him, cuma cedera sedikit saja.  During the incident, he sat just besides the driver and the broken glass hits his head. Nothing serious injured and the doctor already did what he suppose to do.He's doing ok now.Alhamdulillah again.

Kak lang sentiasa doakan keselamatan ahli keluarga kami, tak kiralah sebelah pihak in laws, anak-anak dan sanak saudara.  Kak lang juga bermimpi jumpa arwah kepada tok ngah yang tak pernah kami jumpa in person sebab masa kak lang lahir pun beliau telah pergi mengadap illahi. Kak lang kenal muka beliau pun sebab dah pernah nampak gambarnya di rumah nenek ngah.  Kata orang tua-tua, kalau kita bermimpi kan arwah seseorang kita hendaklah sedekahkan alfatihah buatnya.  Sejurus kak lang terjaga dari tidur terus bacakan alfatihah. 

Selain itu, emosi kak lang juga sangat melebih-lebih bulan ini. Entah kenapalah agaknya.  Sikit-sikit hati rasa tersentuh, sikit-sikit sedih, sikit-sikit rasa rindu teramat terhadap keluarga especially towards my parents.  Setiap kali mendengar suara anak buah kak lang, kak lang rasa gembira sangat.  Setiap hari juga si kenit itu berebut telefon dengan neneknya untuk berbual dengan mak lang. Walaupun masih tidak pandai bercakap, sekurang-kurangnya dia faham apa sahaja yang kak lang cuba katakan.  Contohnya, kalau kak lang kata lepas mamam, bobok okeh...lalu sikenit pas telefon ke nenek ambil botol susu dan tidur..see?comelkan dia... Kak lang ni jenis hari-hari mesti mendengar suara mak sebagai pendorong semangat kak lang hidup setiap hari gitu. Kalau sehari tak dapat dengar suara mak macam tak lengkap je hidup kak lang...Mak...kak lang doakan mak dan bapak panjang umur ye..diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu.

nama saya nur qaleesya dayana~~~comei kan..^_^
Cukuplah kak lang merepek untuk hari ini.  Secara kesimpulannya kak lang rindu sangat nak jumpa family sebenarnya...i wish cepatlah bulan May supaya kak lang boleh balik bercuti. I LOVE YOU ALL.

Until then. Bye!

Love and hugs,
kak lang

Friday, February 10, 2012

Gurau punya pasal ^__^

Salam Jumaat semua!Ni kisah malam tadi...(eh lain macam pulak bunyi nye ekkkk) ^__^ Gurau kasar punya.huhu. Kejadian berlaku semasa nak sembahyang Isyak. Masing-masing punyalah liat nak ambil air sembahyang musim sejuk ni. Hampir jam 9 malam baru nak ambil wuduk. ^__^. Kak lang tolak encik suami dulu untuk ambil wuduk sebab kasi dia rasa air sejuk ke tak walaupun pakai air panas pun. Sanggup kak lang kacau dia yang tengah layan tab baca surat khabar online suh ambil wuduk. Selesai encik suami amik wuduk kak lang pun acah-acah lah nak batalkan air sembahyang dia..punyalah dia mengelak sebab takmo pergi bilik air lagi..sojuk!!kato eh..hiks. Kak lang kalau orang lari-lari ni lagi lah suka menyakat.muahahaha. Sekali, on the way pergi bilik air kak lang dengan selamba nyer tepuk perut encik husband(yang ni sumpah takde niat nak gurau tapi terlupa sudah).Apa lagi..mengamuklah dia sebab kena ambil wuduk sekali lagi..huhu ampun encik suami. Kami kemudian ambil wuduk seiring dan terus solat tanpa bicara.  Habis solat, lepas doa terus ambil tangan suami mintak ampun.

ehsan google


Kihkihkih..inilah padahnya kalau gurau tak bertempat. Pengajarannya jangan bergurau jika hendak menunaikan solat lebih-lebih lagi musim sejuk. #__#


Sekian.

Love and hugs,
Kak lang 

Wednesday, February 8, 2012

Mereka comel sangat kan?

Hola!Hari ni adik kak lang si atam tag gambar parents kak lang sedang main dam buat mengisi masa lapang. Kiut amatlah kak lang tengok mereka ni and lepaslah sedikit rindu kak lang kepada my parents. Lately ni kak lang tak dapat skype dengan my parents sebab moksu punya netbook ada masalah video ke apa ntah. Satu lagi netbook pun rosak dah hantar repair sampai sekarang masih tak baik lagi. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan rindu kak lang kepada mereka. (ok serius sedih ni...air mata nak menitis tapi ku tahan jebat..tambah pulak sambil dengar sinar fm lagu winter sonata tengah berkumandang..eh apa kena mengena lagu cinta dengan rindu kan..hakhakhak)

Sejak my parents pencen dari berniaga kedai makan ni, aktiviti harian mereka selain dari berkebun, melawat rumah anak-anak, shopping, pergi kursus haji atau jaga cucu, ini lah aktiviti baru mereka. Puas dah kak lang pujuk mereka ajak datang bercuti ke negara ni tapi tetap tak mahu. Katanya tunggu kak lang posting tempat dekat sikit senang diaorang nak ulang alik.uhukuhuk..i wish i could choose the country i adore most for posting . ^__^ Harapan kak lang for the next posting, janganlah letak kami ditempat hardship country lagi..pheww!!!

Kak lang nak tepek gambar my beloved parents untuk tatapan bila kerinduan pada mereka.

p/s: kak lang doakan agar mak dengan bapak akan sentiasa sihat serta terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2012 ini. Insyaallah. Amin.

Love and hugs,
Kak lang


Kredit to atam..tengs adik!!!

Wednesday, December 21, 2011

Wayang~~Ombak Rindu

Ombak Rindu~~credit to Mr.Google.Thanks ya

Hi there! Last time while in Malaysia, kak lang sempat menonton wayang bertajuk Ombak Rindu dengan mak, adik-adik, adik ipar dan anak buah.  Masing-masing pakat bawak tisu ni stanby sebabnya dengar cerita dari orang yang dah menonton cerita ni sedih.  Apa yang kak lang tak puas hati pasal tahap tontonan cerita ini ialah...sebelum ke cinema kak lang dah suruh my sister call tanya cerita ni sesuai tak untuk kanak-kanak depa habaq sesuai.  Tup..tup first part cerita ni sangat tidak sesuai untuk tontonan umum.  From my point of view, cerita ni tak sesuai ye untuk kanak-kanak sebab ada adengan yang dilakukan di atas ranjang tu.  Walaupun tak ketara tetapi tetap tidak sesuai. Kak Lang sampai suruh anak buah tutup mata bila part ranjang tu tau. ish..tak sehsuai. Kenapalah tak kata cerita ni untuk 18SX saja kan senang.  Masa menonton cerita ni kak lang asyiklah meleleh air mata okeh. hehe. Especially bila sampai part tengah-tengah cerita ni memang sedih. Dari riuh gelak ketawa penonton jadi senyap je. Dah tau mesti suma tengah touching.hiks.  Puas kak lang cover suara menagis..hahaha. Termasuklah my mom. My mom memang fokus macam kitaorang kalau tengok cerita touching-touching ni.  Nak nak cerita bollywood.  Tangkap leleh. Seronok bila dapat tonton dengan ladies in my family. I will keep this sweet memories in my diary of life.  Kak Lang pernah baca dah novel Ombak Rindu ni masa tengah tunggu result SPM dulu.  Kira-kira tahun 1995.  Novel dia lagi sedih.  Dalam novel sebenar watak si Hariz lagi kejam.  Bayangkan lah setiap chapter novel tu kak lang menangis...betul-betul menghayati seh...Izzah pun watak dia sangat kahsian dalam novel ye.  Over all, conclusion dia i enjoy the movies. Love it very much.

Petikan dalam cerita ombak rindu yang kak lang suka, "cinta tak kejam, cuma manusia yang tidak tahu menghargai cinta".

Until then. Bubye.

Love and Hugs,
Kak Lang