Salam sayang semua. Semoga semua readers berada di dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.
Lama betul kak lang nak ambil mood untuk menulis semula. Keluarga kami telah diuji oleh Allah s.w.t. Kakak ipar kak lang telah jatuh sakit pada 18 Disember 2012 yang lalu. Dia koma selepas 4 hari melahirkan anak ke tiga. Dia sesak nafas sebelum koma. Dia collapse pada hari penerbangan kami pulang ke Dakar. Masa tu hanya Allah s.w.t je yang tahu perasaan kak lang. Berbelah bahagi antara tugas dan kasih sayang. Dalam flight, bila dengar suara baby menangis kak lang pun nangis sebab teringat kan baby abang sulong. Dengan ibunya dalam ICU, dengan anaknya kena jaundiced and admitted. Dua-dua ibu dan anak tinggal di hospital yang berasingan. Nasib baik ada adik kak lang yang tolong jaga anak abang di hospital. Terima kasih Nurmarlina. Awak adik yang baik. Kak Lang love you. We love you. Paling merisaukan ialah keadaan my mom yang shock dengan berita ini. Beliau adalah seorang pesakit jantung dan asthma. Risau sangat keadaan my mom. Kak Lang depart to Dakar in a very sorrow situation. Tidak seperti biasa, kepulangan kami diiring dengan tawa dan gurau senda. Kali ini kepulangan kami dengan deraian air mata. Kak Lang tak henti baca yassin dan berdoa semasa dalam taxi dan juga dalam flight. Bila kami tiba di Dubai, kak lang call family di kampung tanya status terkini. Doktor kata harapan untuk beliau hidup adalah 30/70. Doktor pun telah panggil semua ahli keluarga terdekat untuk berjumpa dengan nya. Malam tu kami sekeluarga baca yassin dan doa tanpa henti akan keselamatan kakak ipar kami. Alhamdulillah, berkat doa kami sekeluarga, keajaiban telah berlaku...Allah s.w.t telah mendengar doa kami. Kakak ipar saya telah sedar dari koma, dia menunjukkan kemajuan positif. Dia boleh bukak mata bila orang panggil namanya. Dua minggu yang lalu dia telah dipindahkan dari wad ICU ke CCU dan beberapa hari selepas itu dia telah dihantar ke IJN untuk rawatan lanjut. Oleh kerana keadaannya sudah stabil kini dia telah pulang ke rumah. Terima kasih Allah kerana mendengar doa kami. Semoga kak long sentiasa dilindungi Allah dan sihat seperti sedia kala. I pray for your speed recovery. Bertabahlah demi anak-anak dan suamimu. Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Allah kan maha adil.

Love and hugs,
Kak Lang
No comments:
Post a Comment