Pages

Thursday, June 20, 2013

Rindunya Kampung Halaman

Salam sayang semua!!Kak lang rindu nak balik kampung halaman. Nak jumpa anak2, anak buah, parents dan all the siblings.  Doakan lah agar permohonan cuti untuk balik raya tahun ini dipermudahkan dan diluluskan ye.Amin.



Love,
Kak Lang

rindu nak lalu jalan ini.  on the way to our house.permai je kan

sikit lagi nak sampai..huhuhu

Sunday, June 9, 2013

Is under construction

Salam sayang semua.Maaflah lately tak banyak up gambar makanan sebab tuan punya body is under construction. Hehehe.Kalau Rumah orang selalu nak besar kan..ni body nak di kecil kan pula, hmm macam tu lah lumrah alam kan.Jadi Kak lang tepek gambar makanan masa jalan2 cari makanan di Dakar sebelum tuan punya body dapat keinsafan Dulu.πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™Š

Makanan di bawah ni dari kedai turki,Lebanese,Korea Dan Moroccan.Actually banyak lagi tapi nanti2 lah Kak Lang up gambarnya.

Bye.

Love,
Kak Lang














Friday, June 7, 2013

Terbaik dari laut!

Salam hujung minggu semua.  Kat Dakar ni memang mewah dengan seafood.  Harganya pun murah jika dibandingkan dengan Malaysia.  Keadaan geografi Senegal ni dikelilingi laut.  Nelayan diaorang tak pakai bot besar pun untuk buat tangkapan.  Selalu kak lang perhatikan diaorang guna bot kecil je ..and tak pergi sampai laut dalam sangat, macam tu pun diaorang bawa balik ikan besar tau.  Itu yang kak lang nampaklah, tak tahu pula kalau diaorang ada guna bot besar pergi ke laut dalam.  Macam2 ikan diaorang ada kat sini.  Alhamdulillah puas hati kami makan seafood kat Dakar ni.  Kak lang bersyukur dapat posting kat Dakar ni jika dibandingkan ada setengah tempat yang cuma bergantung kepada ikan frozen je tau.  Kat sini ada Ikan merah, kerapu, siakap, kerisi, kembung, tongkol, tenggiri, udang, lobster dan banyak lagi.  Kak lang suspect kalau diaorang pergi jauh lagi mesti dapat hasil yang lagi haibat.  Tapi tulah kat sini ada masalah electricity.  Kalau diaorang pergi jauh bawak tangkapan yang banyak mana nak simpan kan...mungkin nelayan kat sini takde peti ais besar..kalau ada pun eletrik selalu putus so nanti hasil jualan semua rosak pula.  Bukan semua orang mampu beli generator kan. Masa tahun pertama datang sini bergasak2 kami duaorang makan lobster dengan ketam..hahaha...dasar tamak kan..tapi sekarang dah slow down sebab takut encik suami kena gaut dan kolestrol pun tinggi wo.  Kalau masak ketam suka buat tiga rasa atau black pepper. Lobster pula kak lang suka grill dengan lemon dan butter tapi encik suami suka lobster gulai.  Kalau dah dari Negeri Sembilan kan.

Oklah sampai sini dulu. Nanti sambung lagi.  Dah lama tak tengok movie together2 dengan encik suami sebab selalunya kalau buka movie je salah sorang mesti kecundang dulu..zzzzzzz. (pssstt..sebenarnya i yang selalu kecundang dulu...letih mata kot..heheh)

Love u all,
Kak lang

Nampak tak dakar yang tepi laut tu. Gambar ihsan google.
ni nelayan baru balik dari laut. gambar ihsan google 
macam nilah diaorang jual ikan kat tepi laut pakai pinggan je murah pulak tu. gambar ihsan google juga
inilah bot yang digunakan oleh nelayan Dakar. Gambar ihsan google
Dakar pandangan dari atas. Tepi laut. Gambar ihsan google
Pilih je yang mana berkenan. Gambar ihsan google.
Cari rezeki dari pagi.Petang nanti balik ye..hehehe.Gambar ihsan google

Grill Lobster

Sambal udang petai

Encik suami dan bakat terpendam. :)

Salam sayang semua.  Hari ni kak lang nak canang kepada satu dunia yang encik suami i adalah sangat berbakat dalam mengubah bunga, memasak dan juga baru2 ni bakat dia dalam mendekorasi kek sangat terserlah okeh.  Ada suatu hari tu kak lang teringin nak makan kek layer dengan butter cream...cuba tengok hasil yang encik suami buatkan.  Ni bukanlah kali pertama beliau mendekorasi kek..rasanya kali ketiga tau.  Haibatkan! Memanglah kek yang dihias oleh encik suami tidak sehebat kek yang dijual di kedai kek tapi di Dakar ni dia yang paling haibat! heee.  Untuk kek of course kak lang yang baking tapi part memotong kepada layer dan hiasan dia yang buat tau.  Bila ditanya mana dapat skill ni...dia akan jawab dah biasa menyimen rumah dulu..buat macam simen rumah je...hakhakhak..well done sayang!


Love u lapanjutakalilapanjuta.:)

Kak Lang.

p/s:  psssttt rendang encik suami saya adalah yang terbaik juga selain dari rendang my mom and my mother inlaw.


Jom tengok gambar. *silalapairliur* ^__^



Mula2...tepek cream

Korang tengok bukan main cara dia..itu semua poyos..

tara!!dah siap..time ni tak sabar nak makan dah





amacam...haibat kan...

Wednesday, June 5, 2013

Musim Mangga pun ada cerita lawak

Salam sayang semua.  Di Dakar ni sekarang tengah musim mangga. Berlambak2 kat tepi jalan diaorang jual mangga.  Harga pun murah, sekilogram dalam 600fcfa lebih kurang 4 Ringgit Malaysia gitu lah.  Itu harga beli kat kedai lah kalau beli tepi jalan diaorang jual sebesen okeh.  Harga pula dalam 7 Ringgit Malaysia sebesen.  Murah kan.  Mangga Senegal ni wangi dan manis. I loike okeh.  Kat depan dan belakang pejabat ada pokok mangga,  buah dia pun rasa terbaik wok! hehehe melebih pulak promote buah mangga  Senegal ni kan.  Bukan ada orang bayar jadi duta buah mangga pun..hakhakhak..Honestly memang mangga Senegal ni yang terbaik kak lang pernah makan.  Buah dia takde sabut tau.  Senang je nak potong and ngap!!!Cerita pasal buah mangga ni pulak, kak lang ada kisah lawak setiap kali musim mangga tiba. Watak yang terlibat dalam cerita ini adalah budak pejabat kak lang yang terdiri daripada orang tempatan. Ngeh! Al kisah masa buah mangga ni masih muda, budak2 ni berebut tulis nama masing2 kat kulit  mangga tu. Konon nye bila dah masak nanti hok yang ada nama tu depa punya lah. Lawak tak? Baik gelak kalau tak kak lang majuk nanti. Ntah bila masa depa panjat pokok untuk cop buah tak taulah sebab waktu pejabat takde pula orang buat perangai gitu.  I suspect diaorang buat project ni after office hours. Kak lang memang tak pernah perasan sehingga lah masa encik suami nak ambil mangga muda di pejabat untuk buat ulam, dia tanya kak lang kenapa ada nama budak2 office kat mangga tu?Disebabkan masa dia tanya tu kak lang tak pernah nampak lagi tentang buah mangga yang ada nama so tak tau cerita jadi sonyap jolah kan.  Until one day my ex boss told me during manggo season the staff will write their name on it and claimed that the one with their name is belong to them. kihkihkih.  Macam2 hal tau budak2 ni.  Lagi satu kak lang perhatikan cara diaorang sini makan mangga.  Contoh kalau kak lang nak makan, akan kupas kulit and potong2 isi nya supaya mudah di makan tapi lain pula hal nya dengan budak2 kat sini.  Diaorang akan simpan mangga tu sampai betul2 lembik.  Tujuannya supaya senang diaorang nak makan tanpa potong buah tu guna pisau.  Cara diaorang makan pula, depa akan potong hujung buah dan sedut jusnya. Bijak..bijak..heeee.

Sekian.



Love,
Kak Lang

Gambar Ihsan dari Google
Gambar Ihsan dari Google
Gambar Ihsan dari Google
Gambar Ihsan dari Google
Gambar Ihsan dari Google



Ni lah pokok mangga bahagian depan pejabat kak lang

Tuesday, June 4, 2013

Macam gitulah perangai kami masa kecil


Salam sayang semua. Lama tak update blogkan sampai dapat private message dari kawan2 suruh letak entri baru. Terima kasih kawan2. Love uolls. Penat je rasa hari2 banyak aktiviti sekarang. Alasan kan..kuikuikui. Entri kali ni jom kita mengimbas kenangan lampau.  Wah dah macam doraemon pulak ayat iolls.  "Balik ke zaman lampau" (pandai2 lah buat suara doraemon kan) Nak buat pendedahan secara ekslusif ni...cerita pasal tabiat nak tidur kami masa kecil2 dulu. Semua orang mesti ada tabiat masa kecil2 kan. Contoh tabiat masa kecil dulu..sebelum tidur nak cium ketiak ayah..eh! ada ke? kekeke...saja gurau..itu contoh je kan. Lately ni i miss my siblings so much.  Macam2 yang terjadi sepanjang kak lang berada di Dakar ini.  Keluarga BESAR kak lang semuanya ada 'keistimewaan' masing2 sebelum tidur.  Bayangkan lah 11 orang punya perangai. fuhh!! Kesian mak terpaksa berdepan dengan perangai kitaorang.  Tiba2 pula emosi bila terkenangkan kisah masa kami kecil2 dulu. Kak lang menaip sambil mengalir air mata okeh.Ntah kenapa lately asyik teringat ke all my siblings je. I love them all. Kecil2 Dulu selalu gaduh dengan adik2 konon kak lang ni jadi kakak yang garang.  Ni semua pengaruh dari my parents. I treat all my adik2 macam my parents treat me..huhu tapi kan dengan my eldest brother and eldest sister tak pernah gaduh sebab takut diaorang pun garang. hikhik.  I remember, both of them adalah anak yang baik..never complaint pun Kena tolong my parents kat kedai sampai lewat malam. Balik sekolah buat homework, mengaji, then tuisyen and tolong parents sampai pukul 12 malam. Not like me, I like to complaint here and there especially when I tired. My parents masa dulu sangat tegas dan garang.  Kalau kitaorang tolong my parents meniaga kami tidak dibenarkan sekali-kali melangkah kaki walau ke kedai sebelah tau.  Kalau berani2 jugak merayap ke kedai sebelah..haruslah kena halau balik rumah jalan kaki.  Tegas my parents semua bersebab.  Sekarang dah besar kita boleh fikir kenapa mereka said no. Kalau kami kena marah dengan parents my eldest brother and sister tak pernah menjawab tapi Kak Lang selalu jawab balik konon nak pertahankan diri tak ber salah.πŸ˜‰Entah kenapa Kak Lang suka menjawab bila kena marah masa kecil2 dulu. Degilnya kak lang dulu tuhan je yang tahu..ntah belajar dari mana..hukhuk. my bad! Ok simpan cerita bab kena marah for next2 entry. Sekarang nak cerita pasal tabiat. Kitaorang sebelas beradik masing2 dengan tabiat tersendiri.😜 Fuhh!!Dengar 11 orang anak pun pening kan. Haibatnya mak dengan bapak besarkan kitaorang.  Terima kasih mak and bapak.  Kak lang loves so much. Seingat kak lang, mak cerita dulu pasal abang long tabiat dia suka cium kain batik mak masa nak tidur, my kak ngah pula suka gentel (picit-picit kasi pecah) biji kekabu pada bantal.  Kalau habis biji kekabu semua dia picit, she will request my mom to make another pillow.  She also a sleep walker(jangan mare eh Ngah I bongkar rahsia u). Kadang2 dia berjalan sambil buka pintu nak keluar rumah.  Bahaya kan.  As for me..ehem...exclusive ni...tabiat kak lang suka goyang kaki kalau ngantuk dan masa tidur mesti kepit Bantal kat kaki πŸ˜‰πŸ™ˆπŸ™Š. Nyamannya tidur kepit bantal..^_*.  Si ayu @ ateh hisap ibu jari tangan kanan sampai besar ibu jari dia..haha. Adik Lelaki no.5 pula kuat mengigau..hari2 buat orang terkejut dengan aksi ngigau dia..haha. Yang no.6 suka korek telinga masa nak tidur,no.7 Dan no.8 hisap jari juga tapi jari tunjuk dengan middle finger sekali gus uolls, tamak kan...kekeke..no.9,10 Dan yang akhir no.11, masing2 suka cium selimut masa tidur.  Tabiat diaorang sempoi je sebab anak yang hujung2 lah katakan mak tak sempat nak fokus sangat hiks! (jangan mare eh no.9-11).  Diseretnya kehulu ke hilir selimut masing2 pastu tak boleh basuh pulak kalau basuh mengamuk kata itu bukan kain dia..ntah apa2 suka sangat bau bacin tu. hakhak.  Ha ko jenuh melayan perangai kami sebelas beradik. Itu dulu masa kami kecil tapi sekarang perangai dah molek2 dah.  Dah pandai jaga imej masing2. Kelas ko jah! Masing2 dah pegang title ayah dengan ibu jaga sikit perangai. kihkihkih.  😍😍😍

Very well. That's it. Until then. Bye.


Love,
Kak Lang