Salam sayang semua. Sejak akhir2 ini, hati kak lang asyik sedih je...ini semua berpunca dari kehilangan orang-orang yang kak lang sayangi iaitu my father in law and also my sister in law. Selalunya kak lang mengurangkan tekanan perasaan dari makanan, tetapi disebabkan kak lang tengah diet..kami terpaksa lupakan method ini. huhu..Since kak lang disarankan oleh doktor untuk berenang bagi menguatkan otot di bahagian kaki dan tulang pelvis, kak lang pun cuba lah menghadiri kelas renang. Bukan kak lang tak pandai berenang tapi saja nak belajar cara yang betul untuk berenang. Setelah menghadiri 4 sesi kelas renang, kak lang rasa release sedikit. At least semasa berada dalam air segala kesedihan itu hilang. Cara lain untuk menghilangkan kesedihan ialah dengan mengaji selepas solat. Alhamdulillah tenang je rasa. Semoga di sebalik kesedihan ini muncul kegembiraan dalam hidup kami. Amin
Love and hugs,
Kak Lang