Pages

Thursday, May 2, 2013

Redha dengan pemergian beliau...

Salam kepada pembaca.  Lama sangat kak lang tak update blog kan.  Semuanya berlaku dengan pantas, tanpa di duga.  Pada penghujung bulan Mac 2013, kak lang balik Malaysia secara mengejut kerana bapa mertua sakit tenat.  Beliau disahkan menghidapi kanser prostat final stage that time.  Pembedahan untuk membuang punca kanser telah pun dilakukan malangnya penyakit beliau semakin parah.  Keluar hospital setelah menjalani pembedahan doktor menganggarkan usia beliau tidak lebih dari 3 bulan so doktor tanya bapa mertua kak lang..rumah mana yang membuatkan beliau gembira untuk tinggal.  Alhamdulillah beliau gembira tinggal di rumah suami dan kak lang.  Setibanya kami di rumah beliau sedang nazak..mulutnya mengeluarkan buih putih...setelah kami membaca yassin beramai-ramai..matanya pun kembali terbuka dan beliau sedar akan kehadiran satu-satunya anak lelaki warisnya.  Sepanjang dua minggu kami berada di tanah air, kami tidak kemana-mana melainkan berhati-hati mejaga beliau.  Namun kerana tugas kak lang pulang ke Dakar diikuti oleh suami.  Kak Lang minta suami tinggal untuk menjaga ayahnya untuk saat2 terakhir namun beliau tetap nak ikut kak lang balik memandangkan kaki kak lang yang cedera membengkak ketika itu.  Setiap hari ayah mertua kak lang menghitung hari tarikh kami pulang.  Firasat beliau...dua hari sebelum berangkat ayah mertua kata masanya akan tiba enam hari lagi..namun kami anggap itu fikiran negatif seorang yang sedang sakit kronik.  Genap enam hari dari tarikh yang beliau   jangkakan, kami dapat panggilan dari adik suami waktu masa itu jam 5.30 pagi waktu tempatan iaitu jam 1.30petang waktu Malaysia mengatakan ayah mertua kak lang telah pergi menghadap Illahi.  Pada tarikh yang sama juga adalah hari jadi anak lelaki sulungnya iaitu 21 April.  Kak Lang serba salah, nak ucap selamat hari lahir atau tidak di kala suami ku sedang bersedih.  Terduduk diam suami ku seharian sambil membaca yassin dan tahlil. Bila ditanya nak pulang ke tanah air atau tidak..beliau menjawab tenang..."tak sempat" balik kemudian sahaja. Nasib baik anak sulung dan adik beradik belah suami menguruskan pengkebumiaannya.  Kami dari Dakar membuat panggilan ke saudara mara lain mengkhabarkan berita kematiannya ayah mertua.  Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan.  Kak Lang, suami dan keluarga redha dengan pemergian beliau.  Daripada beliau tersiksa menanggung sakit baiklah beliau dipulangkan kepada yang meminjamkan beliau kepada kami.  Kak Lang gembira kerana mendapat seorang ayah mertua yang baik hati dan alim di masa hayatnya.  Semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di jannah.  

Al fatihah.




Love,
Kak Lang


Gambar ayah mertua dua hari sebelum kami berangkat ke Dakar

No comments:

Post a Comment