Pages

Monday, March 18, 2013

Pengangkutan awam yang unik di Dakar

Dakar!!!Bila sebut je Dakar...trade mark dia selain dari pokok Baobab..adalah pasal pengangkutan awamnya yang unik. Pengangkutan awam paling lama dan murah adalah Car Rapide atau pun kereta laju gitew.  Car Rapide ini warna nya colorful okeh.  Menurut penduduk tempatan di sini, usia car rapide ini ada yang menjangkau usia 30 tahun dan ke atas...walaupun pada masa kini pengangkutan awam mereka telah di upgrade kepada bas tata...macam bas express tu la....namun car rapide paling mendapat tempat di hati penduduk..hehehe..ada gaya pengacara dokumentari tak. ^_^. Kalau di Dakar ni kita cuma boleh lihat orang naik car rapide tetapi kalau di kawasan pendalaman sikit car rapide digunakan untuk membawa pelbagai objek termasuk haiwan seperti ayam dan kambing.mihmihmih. Menceritakan pengalaman kak lang semasa perjalanan ke Saint-Louis yakni 5 jam dari Dakar...pernah la lihat kambing beberapa ekor jatuh dari car rapide tanpa pengetahuan pemandu dan tuan punya kambing..sehingga orang luar menjerit kata.."kambing jatuh!" baru mereka berhenti dan kutip kambing tu..kesian nasib kambing tu..dah la duk atas atap, kena ikat pastu jatuh berdebik. can u imagine!

Public transport kedua paling digemari adalah Diaganjai (ejaan tak pasti tapi sebut dia jaganjai).  Ia menyerupai car rapide tetapi bewarna putih sahaja.  Usia kenderaan ini juga ada yang menjangkau 30 tahun ke atas ye tuan-tuan dan puan-puan.  Kalau di bandar Dakar ini, semua pemandu amat takut dengan Car Rapide mahupun Diaganjai ini..kerana cara pemanduan mereka yang merbahaya.  Dia cilok sana sini tanpa mengira risiko penumpang dan pemandu lain di jalan raya..janji dapat kejar competitor lain.  Maksudnya pemandu berebut untuk sampai dahulu sebab nak rebut penumpang. Setakat hari ini, kak lang masih belum berpeluang menaiki kedua kenderaan ini...takut wooo...Setiap hari kita akan nampak diaganjai terbalik masa buat pusingan di round a bout.  Begitu juga dengan car rapide.  Tadi pun masa on the way balik fisioterapi kak lang terserempak dengan car rapide yang terbabas semasa membuat pusingan di round about. Nasib lah langgar longgokan pasir dan tanpa penumpang...kot tak mesti kak lang lihat orang berteraburan tercampak...huhuhu.

Selain daripada bas, Dakar juga mempunyai kemudahan teksi.  Paling haibat adalah teksi baru yang datang dari Iran kot...paling buruk adalah teksi yang hampir tercabut tayarnya dan telah mempunyai lubang di tempat letak kaki..Teksi kat sini kalau setakat cermin retak, pecah ganti dengan plastik adalah normal ye.  hahahaha..Namun begitu kak lang masih tetap bertabah menaiki teksi. mihmihmih...Cerita pengalaman taxi ini, paling haibat kak lang tempuhi adalah syiling teksi runtuh di kepala ku..mihmihmih...Owh..kenapa tak beli kereta? sebab encik suami suruh kak lang belajar hidup susah kot...mihmihmih..Btw kesemua pengangkutan di atas...tambangnya kena bargain(tawar menawar macam beli ikan kat pasar malam tu) ye tuan2 dan puan2.  Kalau pandai cakap wolof(bahasa tempatan orang Senegal) atau french boleh la dapat murah sikit. fuhh!

Sekian, pelajaran kita mengenai kemudahan awam di Dakar pada hari ini.  So adik-adik dan anak-anak bersyukur lah jika kita dapat menaiki kenderaan yang jauh lebih selesa dari mereka. Peace no war!


Kak Lang

Car Rapide in Dakar(photo by google)
(Photo by google)
Car Rapide di kawasan pedalaman (Photo by google)
Diaganjai (photo by google)
Bas tata (photo by google)
apa pandang2..ko ada ke teksi camni..(photo by google)
(photo by google)
kak lang biasa dapat taksi jenis gini (Photo by google)
teksi paling cantik kat Dakar..tapi jaranggggg sangat dapat naik (photo by google)

Ni gambar car rapide yang terbabas tadi...(photo by kak lang)

1 comment:

  1. interesting story kak lang! lepas ni buat lebih real gua Keek!!

    ReplyDelete