Pages

Thursday, February 2, 2012

Resepi donut untuk frozen

Hi there! Kak lang saja nak update untuk diri sendiri resepi donut ni.  Setelah beberapa kali buat donut tak menjadi.  Mungkin sebab dah lama tak buat donut.  So, banyak kali dah kak lang buat experiment donut tapi gagal.  Malam tadi cuba lagi..menjadi pulak.  Tu yang upload kat blog..takut lupa lagi.hehehe.  Pada kak lang resepi ni lembut dan gebu jer..kalau uolls nak try dispersilak
an.  Resepi ni kak lang cuba sendiri pastu jadi pulak.  Oklah selamat mencuba. tak sabar nak makan donut nih. 

Bye. Until then.


Love and hugs,
Kak lang

Inilah hasilnya~~nasiblah ada lagi

Alamak dah tinggal seketui~~thank you hubby sebab tinggalkan jugak



Resepi Donut Kak Lang
Bahan-bahan
1.  3 cawan tepung
2.  5 sudu besar gula pasir
3.  4 sudu besar shortening
4.  3 sudu besar susu tepung
5.  3 sudu besar dry yeast
6.  3/4 sudu teh garam
7.  2 biji telur
8.  1 cawan susu segar
9.  gula halus untuk salutan secukupnya
10.  minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara
1.  Masukkan semua bahan kecuali gula halus dan minyak.  Uli sehingga doh menjadi licin.
2.  Perap doh dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3.  Bentuk doh menggunakan acuan donut.
4.  Panaskan oven dengan kepanasan 190 degree dan bakar donut selama 3 minit.
5.  Siap untuk disimpan atau digoreng.
6.  Taburkan gula halus.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment