Pages

Tuesday, February 28, 2012

Peti harta karun untuk hiasan rumah

Taraa!!!Hello everyone...Kak Lang kembali lagi dengan entri kedua untuk hari ini..hehe. Dah macam bunyi iklan dindang je kan..Minggu lepas kak lang dah terbeli peti ini daa..kejadian berlaku apabila ada saudagar Mauritania yang terdesak nak habiskan stok jualannya datang ke pejabat dan menyatakan hasratnya untuk menjual semua barang jualannya dengan harga yang paling minima. Dia nak balik negara asal agaknya. Saudagar ni jual semua jenis kotak harta karun dari saiz kecil hinggalah yang besar. Dalam banyak-banyak tu kak lang berkenan dengan model yang ini. So kak lang pun beli satu untuk di jadikan kenangan semasa bertugas di Dakar ini.

Sekian, terima kasih. ^__^

Love,
Kak Lang

Strawberry sorbet

Hi everyone!Salam sejahtera, salam Selasa..hehehe. Ni buat entri dengan penuh rasa bersalah..asyik-asyik up pasal resepi. Apa nak buat..that's my life sekarang...kerja, makan, tido, kerja, makan, tido..itulah my daily routine sekarang..apa?exercise?hehehe dah lama kak lang skip sejak awal tahun ni. See?gaya hidup yang tidak sihat sungguh kan kak lang sekarang..nantilah tunggu mood sampai baru start diet and senaman balik..matilah kalau pakar kesihatan baca blog kak lang nih. ^__^

Sekarang kat Dakar memang tengah musim strawberry..kak lang pulak memang jenis tak boleh lihat buah-buahan2 segar ni..sekali beli sampai sekilogram kalau nampak kat pasaraya..Walaupun kak lang memang seorang yang gila kan buah-buahan dan sayur-sayuran tapi banyak mana aje kita boleh makan sehari kan...mula masa beli dalam kepala dah ingat nak buat coklat cupcakes dengan toping strawberry tapi bila encik asben duk perli-perli kata asyik makan serbuk penaik..kak lang batalkan aje niat tu. Puas kak lang fikirkan cara nak habiskan stok strawberry ni sebab dah ada yang mula nak kecut.  Nasib teringat nak buat sorbet strawberry. Kak lang pun hentam sajalah blend strawberry yang telah dipotong-potong dengan perahan jus lemon dan air gula. Pastu masuk dalam freezer. Panas-panas (walaupun sekarang tengah musim sejuk) makan. Sodap weh!!

Jom kak lang nak kongsi resepi yang sangat senang ni dengan uolls.

Selamat mencuba.

Until then. Bye!

Love and hugs,
Kak Lang

 

Resepi strawberry sorbet
Sumber:  Kak Lang

300gm strawbery dipotong kecil
1 biji lemon (diperah jus nya)
1 gelas (mug) air suam
1/2 gelas (mug) air gula
3 cawan plastik tinggi (yang orang letak dadih tu)/ pilihan hati masing2

Cara-caranya
1. Blend semua bahan sehingga halus dan masukkan kedalam bekas yang digemari.
2. Masukkan ke dalam peti ais bahagian beku. Kemudian biarkan selama lebih kurang 2-3 jam.
3. Bolehlah dinikmati sambil menonton tv (eh?)hehe.

Wednesday, February 22, 2012

Penang Char Kueh Teow


Cakk!! ^__^

Lagi-lagi resepi kan...ini adalah untuk rujukan masa depan. Manalah tau nanti-nanti bila kak lang dah tak de anak cucu cicit boleh jugak merujuk kepada blog kak lang ni. kannn...I love you guys..eh?hehehe.
Konon-konon esok-esok bila semua orang ni dah wujud, dan bila mereka baca blog ni diaorang tahulah yang kak lang sayang kan diaorang semua kan. Ok cukup dengan ayat merepek kak lang ni. Moh ler kita tengok resepi Penang Char Kueh Teow. Kak lang suka resepi ni sebab dia hanya perlu buat paste pastu boleh simpan dalam peti ais. Bila-bila terigin cuma panaskan minyak, goreng cili boh, letak udang, kerang pastu mee pastu telur pastu NGAP!!!kekeke. Selalunya kak lang akan double kan resepi ni untuk disimpan dalam peti ais. Terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi yang sedap ni. I love you. Untuk resepi asal sila click sini resepi paste char kueh teow che'iza. (Kak lang copy paste aje resepi che'iza ni maaflah ye)

Resepi Penang Char Kueh Teow
Sumber: che'iza dalam my resepi

Bahan-bahan

* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula


* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

p/s : Korang ikut je tips dan cara-cara dari tuan punya resepi asal ni. Mesti jadilah. Yang penting air untuk kuah char kueh teow ni sila tambah lagi jangan biar dia kering. Pastu terus makan bila dah masak jangan tunggu lama-lama nanti kuah dia kering.


Love and hugs,
Kak Lang

Resepi Sotong Bakar

Hello everyone! Semalam Kak lang masak sotong bakar..gara-gara my friend dari Jakarta lah ni asyik tag Kak lang gambar cumi bakar dari tahun lepas lagi. Kak Lang memang suka sotong apa lagi kalau bakar garing-garing.  Memandangkan semalam kak lang di tag lagi dengan gambar cumi bakar yang sangat mengancam, balik keje tanpa berlengah kak lang pun cari sotong dalam peti ais. Jumpa pulak sotong belum potong 2 ekor. Saiz pun sedang elok je.  Google resepi sekejap dan terus bakar.  Encik suami kalau kak lang google resepi mesti cakap macam ni "apa lagi lah projek dia tu" kekeke. Macam tau-tau aje orang ada projek.  ^__^

So nak letak resepi ni for my future references. For me this resepi sedap. Resepi ni kak lang olah ikut barang yang ada saja dalam simpanan.  Kalau nak resepi yang asal boleh click link di bawah.

Until then.Bye!

Love and hugs,
Kak Lang




Resepi Sotong Bakar
Sumber: petit chef 
              (thank you for the super yummy recipe)

2 ekor sotong saiz sederhana
2 ulas bawang putih di tumbuk *
2 tangkai daun ketumbar di tumbuk *
3/4 sudu teh jintan manis di tumbuk *
1 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar cili boh
2 sudu teh majerin


Cara-caranya:

1. Potong sotong ikut kreativiti masing-masing. Basuh bersih, kemudian perah limau nipis pada sotong dan ratakan garam pada badan sotong. Biarkan dalam 5 minit dan buang air tersebut.
2.  Kemudian letakkan kunyit, kicap dan semua bahan yang bertanda *. Seterusnya sapukan cili boh dan majerin diseluruh badan sotong.
3.  Bakar sotong sehingga masak mengikut kegemaran masing-masing. Kak lang suka garing jadi bakar lebih kurang 25 minit.

Selamat mencuba ^__^

 
sotong bakar ~yummy  ^__^

Thursday, February 16, 2012

Kasih seorang isteri

Assalammualaikum...dan salam sejahtera. Wah tajuk dia kelasss gitew..walhal ini entry angkat bakul.ahaks! Kadang-kadang kak lang fikir diri ini hebat (sila muntah hijo kekeke). Mana tak nya..sebagai seorang isteri dan bekerja pula. Banyak pengorbanan kita kepada suami kan...For uolls information, jarak antara rumah dengan opis kak lang lebih kurang 10 minit. Semalamnya kalau kak lang tak masak nasi, keesokkan harinya mesti encik suami suruh balik rumah prepare lunch. Bayangkan lah...dikesibukan bekerja kita boleh lari sekejap balik, masak lunch, hidang lunch, solat pastu pergi kerja balik.hebat kan?Tak dapat nak dibayangkan macam mana pula dengan isteri yang bekerja dan mempunyai anak kecil. Kalau lauk semalam ada lagi kak lang tak payah balik masak lunch but still balik keje petang tu kena masak jugak. Sampai je rumah salin baju terus je masak. Selesai masak solat pastu hidang makan malam.Begitulah kasih seorang isteri terhadap suami. Satu lagi kalau bab sakit...kalau suami sakit, isteri jaga macam duduk dalam wad kelas satu..makan pun in bed. MANJA terlebih. Cuba isteri pula yang sakit tetap gagahkan diri masak untuk suami.kan?(Bukan nyer suami kak lang tak peduli masa i sakit cumanya bab masak tetap kena masak ^__* )Orang lain kak lang tak tahu tapi inilah perjalanan hidup kami berdua. Walau apa pun, encik suami banyak juga membantu. Contohnya, macam kak lang balik masak tengahari tu, kak lang balik tinggal masak je..encik suami dah siap basuh semua bahan mentah untuk dimasak. Pastu dah masak dia tolong basuh pinggan. Oklah kan. Owh ya teringat juga masa di Malaysia..masa kak lang keje di home town kami. Tengahari tetap kena balik masak hari-hari ye uolls. Bolehlah dia jemput kak lang suruh masak walaupun kak lang pi keje drive kereta sendiri. Sanggup tu! Walhal dia memang hari-hari bungkuskan makanan untuk pekerja nya di tapak bina. Apa salah dia bungkus untuknya sekali kan? Nak jugak suruh isteri dia masak. Nak juga pekena masakan air tangan isteri. Tapi apa pun kak lang enjoy dan ikhlas buat semua ini sebab at least suami suka makan masakan saya. Bila berjauhan kita tahu dia akan rindu dengan masakan kita. ^__^

Kejadian hari ini buat kak lang senyum seorang diri memikirkan kehebatan kasih sayang seorang isteri terhadap suami. Terus terang hari ini memang sibuk di pejabat..tetapi disebabkan encik suami call suruh balik masak makan tengah hari, i ikut kan aje. Walaupun encik suami saya boleh masak sendiri pun. Yelah small matter je pun balik masak pastu pi kija balik kan? (ayat penyedap hati sendiri).hehehe

Ini adalah kronologi tengahari tadi :-

12.30H - balik rumah naik teksi
12.45H - sampai rumah terus skype dengan mak
1.05H - start masak
1.16H - selesai masak, hidang dan terus makan
1.35H - mandi, solat dan bersiap untuk ke tempat kerja
1.50H - tunggu teksi tepi jalan
2.00H - dah start bukak fail keje

See?hebatkan kasih seorang isteri. Semangat ini semua datang dari suami.

I love you strong mr.husband ^__^

Bye nak sambung keje.

Until then.

Love and hugs,
kak lang


Ini lah juadah yang kak lang sempat masak tengahari tadi. Selalunya kak lang masak 2 jenis lauk sahaja. Satu haiwan satu lagi sayuran. kekeke. Menu ada lah requested by Mr.husband ^__^




Wednesday, February 15, 2012

Hati manyak sinang...lalala~~~

Cakkk!!!Jumpa lagi untuk entri pada hari yang sama..hehe..Hari ini mood terlebih rajin nak update blog.  Sajalah nak cerita pasal aktiviti last weekend.  Sabtu lepas, kak lang pergi pasar untuk refill stok sayur dan buah-buahan kami. Ini adalah persiapan sebelum menjelang pilihanraya hujung bulan ini.  Macam biasa kami ke pasar Keremel lebih kurang jam 10 pagi. Kami dah siap-siap tulis senarai sayur dan buah yang hendak di beli. Wah!!!tiba je di pasar bahagianya kami lihat susunan sayur-sayuran yang banyak tersusun. Luar biasa sungguh. Terutama nya pengeluaran sayur-sayur hijau.  Macam-macam sawi ada, baby sawi, teens sawi, and mama sawi semua ada. Sawi cina, sawi jepun (eh mandai-mandai aje kak lang sebut) entah tak tau nama sebenar sayur ni tapi kami berdua suka. Semua ni takde dalam list tapi disebabkan sayur ni semua amat jarang dilihat. Kami, tanpa membuang masa membeli dengan rakusnya. muahahaha..Kali ni kami pergi pasar ada manyak luck owhh..hehehe macam gayat kami berdua suami isteri tengok sayur-sayur hijau uolls. For uolls information, di negara ini sangat susah ye nak jumpa sayuran hijau melainkan salad. So kami borong semua 4 macam sawi, taugeh, daun kucai, tauhu dan paling best kami jumpa cendawan macam kat Malaysia yang depa wat goreng tepung hok jual kat pasar malam tu.yeayy!!!Berdua kami suami isteri tak sabar-sabar nak sampai rumah makan sayur hijau.hehe

Bermula dari hari Sabtu sampai hari ini kami makan sawi dan cendawan sampai muak.hiks! Mesti uolls kata kan..apalah kak lang ni jumpa sayur hijau macam dapat beli baju baru je excitednya..hiks!Kami memang lemau kalau tak jumpa sayur hijau dan mata kami boleh juling kalau jumpa sayur-sayuran dan buah especially sayur hijau. Dalam peti ais kami selain sayur-sayuran, stok buah adalah benda yang wajid mesti ada dalam peti ais. ^__^

Sekian, love you all.  Jap lagi nak balik masak sawi goreng dengan sos tiram.

Hugs you tight,
Kak Lang




Loya...

Salam buat pembaca...entri kali ni kan kak lang nak mengadu pasal loya bila baca berita jenayah yang semakin menular di Malaysia. Lately, kak lang baca news online ini..suka baca sebab ada gambar sekali tapi semalam masa tengah baca berita apa yang berlaku di Malaysia especially bab jenayah, tekak kak lang loya tak semena-mena (betul ke ayat ni?tiba-tiba teringat ayat dalam salah satu cerita p.ramlee) sampai air liur bertakung dalam mulut.oppss!!sorry mesti geli kan. Tapi ini perkara serius..baru baca berita dah loya..ishh!!semua ni pasal manusia yang semakin lupa kepada diri sendiri. Nak tahu kak lang loya pasal apa? Semua nya pasal cerita-cerita seperti ini...

*

*

*

kisah pelajar kolej buang bayi~all pictures from Harian Metro online

*

*

*

pasal berzina dalam hutan-pictures taken from harian metro online

*

*

*

yang ni berita luar negara, kesian bayi ni kena sembelih ~pictures from harian metro online

*

*

*

pemain bola dari negara luar telan dadah dalam kondom~pictures from harian metro online

*

*

*

berita luar negara, wanita pelik makan ayam mentah tanpa sembelih dengan bulu sekali~pictures from harian metro online

*

*

*

mayat wanita~pictures from harian metro online





Semua berita ini meloyakan kak lang.  Apa nak jadi dunia sekarang.

Sekian, nak pi muntah sekejap.

p/s: Buat readers semua..walau di mana anda berada..take care tau..dunia semakin dipenuhi dengan penjahat.

Love and hugs,
Kak lang

Friday, February 10, 2012

Gurau punya pasal ^__^

Salam Jumaat semua!Ni kisah malam tadi...(eh lain macam pulak bunyi nye ekkkk) ^__^ Gurau kasar punya.huhu. Kejadian berlaku semasa nak sembahyang Isyak. Masing-masing punyalah liat nak ambil air sembahyang musim sejuk ni. Hampir jam 9 malam baru nak ambil wuduk. ^__^. Kak lang tolak encik suami dulu untuk ambil wuduk sebab kasi dia rasa air sejuk ke tak walaupun pakai air panas pun. Sanggup kak lang kacau dia yang tengah layan tab baca surat khabar online suh ambil wuduk. Selesai encik suami amik wuduk kak lang pun acah-acah lah nak batalkan air sembahyang dia..punyalah dia mengelak sebab takmo pergi bilik air lagi..sojuk!!kato eh..hiks. Kak lang kalau orang lari-lari ni lagi lah suka menyakat.muahahaha. Sekali, on the way pergi bilik air kak lang dengan selamba nyer tepuk perut encik husband(yang ni sumpah takde niat nak gurau tapi terlupa sudah).Apa lagi..mengamuklah dia sebab kena ambil wuduk sekali lagi..huhu ampun encik suami. Kami kemudian ambil wuduk seiring dan terus solat tanpa bicara.  Habis solat, lepas doa terus ambil tangan suami mintak ampun.

ehsan google


Kihkihkih..inilah padahnya kalau gurau tak bertempat. Pengajarannya jangan bergurau jika hendak menunaikan solat lebih-lebih lagi musim sejuk. #__#


Sekian.

Love and hugs,
Kak lang 

Thursday, February 9, 2012

Minum petang yang bertukar menjadi makan malam..

Hi there!Hari ini Kak lang Cuba restoran baru di Sea Plaza.Restoran berkonsepkan makanan cina Dan jepun. Nama pun 'Little Buddha'.Kebetulan hari ini Kak lang Dan encik Suami beli barang Dapur,sekali minum petang tapi disebabkan diaorang serve "tea" and "fresh orange" yang memakan masa 1 jam, perut kak lang pun dah kebuluran, kak lang order light dinner terus.Cantik restoran ni.Pemandangan pun lawa.Cumanya menu nya tak berapa best.Harga pun mahai.Senegal apa barang pun mahai.

Kak lang order udang tempura tapi katanya Tukang masak datang jam 8 malam.Boleh macam tu??Restoran punya grand Tukang masak Mai lambat.operating hours dari pagi sampai malam.hmmm. So disebabkan perut yang kelaparan dari office tak makan lunch, kak lang orderlah apa yang ada. Udang dan Sotong goreng plus nasi putih.(ini pun amik masa 40 minit ye uolls)huh!

Erkk!!Nasi putih semangkuk kecil rm21.00 pastu letak susu.sampai Rumah terus muntah.

Sekian. Kita minum Dulu!!!!

Love and hugs,
Kak lang

p/s: janji tak mo pergi lagi restoran ni. Blacklist terus.

view from our seat
setting meja suma "A"
our bill~riz vapeur adalah nasi
ini view dari first seat kami
snack
snack lagi
first seat kami masa minum petang
menu

Wednesday, February 8, 2012

Mereka comel sangat kan?

Hola!Hari ni adik kak lang si atam tag gambar parents kak lang sedang main dam buat mengisi masa lapang. Kiut amatlah kak lang tengok mereka ni and lepaslah sedikit rindu kak lang kepada my parents. Lately ni kak lang tak dapat skype dengan my parents sebab moksu punya netbook ada masalah video ke apa ntah. Satu lagi netbook pun rosak dah hantar repair sampai sekarang masih tak baik lagi. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan rindu kak lang kepada mereka. (ok serius sedih ni...air mata nak menitis tapi ku tahan jebat..tambah pulak sambil dengar sinar fm lagu winter sonata tengah berkumandang..eh apa kena mengena lagu cinta dengan rindu kan..hakhakhak)

Sejak my parents pencen dari berniaga kedai makan ni, aktiviti harian mereka selain dari berkebun, melawat rumah anak-anak, shopping, pergi kursus haji atau jaga cucu, ini lah aktiviti baru mereka. Puas dah kak lang pujuk mereka ajak datang bercuti ke negara ni tapi tetap tak mahu. Katanya tunggu kak lang posting tempat dekat sikit senang diaorang nak ulang alik.uhukuhuk..i wish i could choose the country i adore most for posting . ^__^ Harapan kak lang for the next posting, janganlah letak kami ditempat hardship country lagi..pheww!!!

Kak lang nak tepek gambar my beloved parents untuk tatapan bila kerinduan pada mereka.

p/s: kak lang doakan agar mak dengan bapak akan sentiasa sihat serta terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2012 ini. Insyaallah. Amin.

Love and hugs,
Kak lang


Kredit to atam..tengs adik!!!

Wordless Wednesday


Tuesday, February 7, 2012

Bernafas dalam debu lagi

Hai there!Dakar sekarang tengah musim sejuk tapi tahun ni cuaca adalah diluar jangkaan sebab sejuk ini datang bersama debu.Tak menahan Kak lang,baru sehari tunggu teksi dah kena asthma.Dusty is everywhere.Even duduk dalam Pejabat sahaja pun bernafas dalam debu.I need a break!I need to breath in fresh air!Plan nak pi vacation tapi apakan daya keadaan di sini tak mengizinkan kami keluar.Tunggulah bila semua ini berakhir.Paling cepat boleh keluar bulan march, paling lewat bulan April baru boleh keluar dari tempat ni.ishk!ishk!

Tiba-tiba pula nak makan karipap.hehe.

Ok bye!Kak lang nak masuk Dapur buat karipap. ^__^

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang
view from my office room ~ aiseyy.. tak nampak sangatlah debunya dalam gambar

Saturday, February 4, 2012

Nasi goreng cili api paling mahal di seantero dunia

Hola!Ha..dah baca Tajuk post ni kan..hehe. Memang benar ni kami makan nasi goreng cili api paling mahal di seantero dunia. Lega betul dapat makan. Hari ini Kak lang masak Nasi goreng cili api as requested by mr.husni.Siap je masak nasi goreng ni tiba-tiba Kak lang teringat kos nak dapatkan bahan yang dicampur dalam nasi goreng ni.Mahal wooo..bahan ni di import khas dari Malaysia.I have to pay rm9000+- to get all those things.My other half bawa dari Malaysia masa datang sini bulan lepas.Kos tiket untuk terbang dari Malaysia ke Dakar (one way) baru dapat makan fish ball dengan sosej halal ni tau..hehe.Orang malas katakan..selalu nak mudah aje.Tinggal keluarkan bahan dari peti beku pastu masak.Jadi bila dapat benda-benda frozen macam ni,perasaan adalah seperti Suami belikan set barang kemas gitu.Tu lah pasal Kak lang kata Nasi goreng hari ni mahal.

Sekian.Bye!

Love and hugs,
Kak Lang


Owh ye sebelum korang Tanya baik Kak lang Share resepi ni.Selamat mencuba!!

Resepi Nasi goreng cili api
Sumber:Kak Lang

Bahan-bahan
1.3 biji bebola ikan di potong kecil
2.2 batang sosej di potong kecil
3.3 ulas bawang putih ditumbuk
4.1 ulas bawang kecil ditumbuk
5.4 batang kacang buncis di hiris halus
6.10 biji cili api ditumbuk
7.1 sudu teh garam
8.3/4 sudu teh gula
9. 1 biji telor
10. 4 cawan Nasi putih
11. 1 senduk minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-
1.Panaskan minyak.Goreng bebola Dan sosej dahulu Dan angkat.
2. Tumis bawang putih Dan bawang kecil.masukkan cili padi Dan goreng sehingga masak.
3.pecahkan telur Dan Gaul.Masukkan garam Dan gula.biar telur garing.
4.Masukkan Nasi Dan Gaul rata.Kemudian masukkan bebola ikan,sosej Dan kacang buncis.Gaul sehingga garing.
5.Dah siap boleh lah di makan bersama secawan teh o.memang sedap dimakan pada musim sejuk.Bertambah2.muahaha


Friday, February 3, 2012

Testing 1,2,3!

Hola everybody! Yess!! I am so happy today because my husband bought me a new brand Bread Maker. Thanks yang!That's mean, i enable to make my homemade bread again.  owh what a passion!! over okeh kak lang. hehehe. Kasi chance lah eh uolls.  Tanpa melengahkan masa, malam semalam kak lang pun telah mencuba BM ini dengan jaya nya. Owh FYI, di negara ini kan...kalau kita beli barangan eletrik, depa ENGGAN test ye..sebab katanya semua elok belaka. Boleh gitu?.. Walhal nan ado nya barang depa ni.  Kebanyakan dari china tu sebab kak lang selalu nak test dulu.  Tapi penjual kat sini tak hormat betul pada 'customer rights' kan. Huh! Ok dipendekkan cerita kak lang telah mencuba resepi bun burger semalam memandangkan tekak ni dah beberapa hari nak makan burger. Nak keluar pergi kedai beli roti burger tokleh kan dengan suasana yang sedang huru hara begini.  Ni pun pergi dengan body guard aka si driver office.  Keadaan di Dakar adalah sedikit membimbangkan sekarang apabila mereka sedang berusaha menghalang President diaorang untuk masuk bertanding.  BM ni pun kami berani mati je pergi kedai kat town nun masa husband nak ambil gambar untuk memperbaharui passport beliau hari Isnin nanti.  Kak lang cuba resepi dari blog ini jintanmanis (thanks ya for sharing the recipe). Memang menjadi tau..puas hati.  Encik husband tersenyum lebar je tengok roti kak lang menjadi.hehehe 

Nak tengok hasilnya??

Ok guys, until then.Bubye!


Love and hugs,
Kak Lang

Taraaa!!!

Jenama ini sahaja yang ada di sini
Untuk 1 kg aje
bun burger yang sedap
fresh from the oven

dapatlah 7 ketul bun
burger simple je malam ni
Nom..nom

tak kemas langsung burger kak lang
 

Thursday, February 2, 2012

Broery Marantika

Hi there! Hari ni nak cerita pasal salah seorang penyanyi yang kak lang minat. Salah satu penyanyi yang kak lang minat ialah Broery Marantika. Kak Lang kan old fashion sikit...hehehe.  Kak lang mula menyukai lagu-lagu Broery Marantika sejak kerja swasta dulu.  Selalu entertain customer, diaorang ajak pergi karaoke. Pastu faham-faham jelah selalunya di kalangan boss-boss ni banyak yang dah berumur. Asal pergi karaoke je depa nyanyi lagu Broery Marantika.  Sekali kak lang pun terjebak jugak.  Sebabnya lagu-lagu beliau amat sedap di dengar dan juga memberi maksud yang mendalam. Cewah terjiwang pulak. Dikalangan family kak lang, ai lah paling tak pandai nyanyi tapi tetap nak nyanyi jugak hehehe.  Bila karaoke kat rumah parents kan, sampai je turn kak lang suma orang dah ketawa sebab mak kak lang kata "macam orang tua" suka nyanyi lagu Broery Marantika. Lantaklah janji kak lang bahagia kan mak..muahahaha. 

Layankan ajelah kak lang ko ni...

Antara lagu favourite kak lang...sila lah dengar sama-sama ^__^

Until then.  Bubye.

Love and hugs,
Kak Lang




Resepi donut untuk frozen

Hi there! Kak lang saja nak update untuk diri sendiri resepi donut ni.  Setelah beberapa kali buat donut tak menjadi.  Mungkin sebab dah lama tak buat donut.  So, banyak kali dah kak lang buat experiment donut tapi gagal.  Malam tadi cuba lagi..menjadi pulak.  Tu yang upload kat blog..takut lupa lagi.hehehe.  Pada kak lang resepi ni lembut dan gebu jer..kalau uolls nak try dispersilak
an.  Resepi ni kak lang cuba sendiri pastu jadi pulak.  Oklah selamat mencuba. tak sabar nak makan donut nih. 

Bye. Until then.


Love and hugs,
Kak lang

Inilah hasilnya~~nasiblah ada lagi

Alamak dah tinggal seketui~~thank you hubby sebab tinggalkan jugak



Resepi Donut Kak Lang
Bahan-bahan
1.  3 cawan tepung
2.  5 sudu besar gula pasir
3.  4 sudu besar shortening
4.  3 sudu besar susu tepung
5.  3 sudu besar dry yeast
6.  3/4 sudu teh garam
7.  2 biji telur
8.  1 cawan susu segar
9.  gula halus untuk salutan secukupnya
10.  minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara
1.  Masukkan semua bahan kecuali gula halus dan minyak.  Uli sehingga doh menjadi licin.
2.  Perap doh dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3.  Bentuk doh menggunakan acuan donut.
4.  Panaskan oven dengan kepanasan 190 degree dan bakar donut selama 3 minit.
5.  Siap untuk disimpan atau digoreng.
6.  Taburkan gula halus.