Pages

Tuesday, August 9, 2011

Selera Ramadhan

Sago gula melaka dengan mangga dan aiskrim vanilla

Hi there!Hari ni adalah hari ke 7 puasa di Senegal Dan Kak lang adalah pening memikirkan nak masak apa. Owh lupa pula nak kasi tahu,Senegal start berpuasa on 2nd august 2011. Lewat sehari dari Malaysia.  Dari hari pertama hingga hari ke 7, hari-hari nak kena fikir apa yang perlu dihidangkan untuk putera dan puteri dirumah ni.  Bila tanya semuanya kata tak tahu tapi bila kita masak kata suruh buat masakan lain pula. Banyak songeh betul.  Especially tuanku kat rumah ni. huhu.  Setelah di undi-undi,bulatlah sudah keputusan menu berbuka pada hari ini iaitu Mee hoon sup tomato dengan bergedil ayam dan sago gula Melaka sebagai pencuci mulut.

Bermula dalam bulan ramadhan ni kan kawan-kawan Kak lang yang berada di benua afrika lain suka suki main tag makanan untuk mendapatkan sumber inspirasi Dan mengasah mood memasak.kekeke

Oleh yang demikian,cewah ayat Skema dah Mai pulak.Moh ler kita share resepi dari Kak lang.


Mee hoon sup tomato

Mee hoon sup tomato

Bahan-bahan
6 ekor udang
1 ekor sotong dipotong bulat
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 ulas bawang merah ditumbuk
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar tomato purée
4 mug air
1/2 bungkus mee hoon direndam
Sawi/broccoli/tomato/carrot
4 sudu besar minyak masak
4 biji telor
3 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
2 sudu teh garam
4 sudu teh gula


Cara-cara
1.panaskan minyak Dan masukkan udang Dan sotong.kemudian masukkan bawang yang ditumbuk,cili boh dan tomato purée.
2.masukkan air.biarkan mendidih.masukkan gula Dan garam.
3.masukkan 3 sudu makan tepung jagung yang telah dibancuh Dan Macau.kemudian masukkan
4.pecahkan telor perlahan-lahan Dan biar dalam 5 minit tanpa dikacau.akhir sekali masukkan mee hoon dalam 3 genggam atau kurang.
5.biarkan dalam 2/3 minit.siap untuk dihidang.

Sekian.selamat mencuba

Until then.bubye!

Love and hugs,
Kak lang





2 comments:

  1. yeay..ada resepi! heehhee nk tunggu bulan tak pose aa try..biar terlentang2 makan ni..kekekek!

    ReplyDelete