Pages

Wednesday, June 15, 2011

Cerita Hantu khas untuk teman yang ku kenali...


Credit to this link

Salam sayang. Haa..hari ni Kak Lang nak cerita seram..cerita hantu mengikut pengalaman sendiri sepanjang hidup 33 tahun ni. Cewah giteww..Sebenarnya meremang gak bulu roma bila cerita pasal hantu ni..huhuhu..tapi tak pelah demi kawan, Kak Lang ceritakan jugak untuk dikongsi bersama.  Ada sorang kawan kak lang kat algeria nun minat sangat dengan cerita hantu ni ha.  Tak pe meh kita main baca cerita hantu.  Bayangkan lah sekarang malam dan gelap cuma ada unggun api je tengah-tengah dan kita duduk beramai-ramai dalam bulatan eh. ala macam kita pergi campfire tu.  Jeng..jeng..jeng!!

Kita mula dari zaman kanak-kanak dulu lah ek.  Masih segar diingatan ni masa umur kak lang lebih kurang 5 tahun, waktu tengahari masa main beskal besi yang ada 3 roda warna merah dekat dengan pokok manggis rumah lama mak.  Masa tengah main beskal tetiba dapat pulak idea nak main dekat dengan pokok kuinin tak jauh dari pokok manggis tu.  Berlari-larilah main dekat pokok kuinin macam kanak-kanak lain.  Tengah main mak panggil suruh masuk rumah untuk makan tengahari.  Kak Lang berlari nak masuk rumah sebab takut mak marah lambat datang bila dipanggil. Dalam perjalanan nak ke pintu belakang rumah mesti lalu pokok manggis tu dulu.  Tiba-tiba ternampak seorang lelaki dewasa tengah main batu seremban sambil pakai baju tidur belang-belang.  Terus kak lang pergi ke arah pokok manggis tu untuk memastikan siapa pulak lelaki yang pakai baju tidur tengahari buta ni kan.  Sampai kat pokok manggis tu kak lang nampak lelaki yang main batu seremban tu takde kepala.  Apa lagi terkejut dan lari tak jejak tanah dah pastu mengadu pada mak kata nampak abang takde kepala main batu seremban kat pokok manggis.  Mak jawab " tulah main lagi luar rumah tengahari buta ni".  Mak pergi pokok manggis tu dan tengok orang takde kepala seperti yang dilaporkan oleh anaknya.  Ternyata lelaki takde kepala itu sudah tiada.  Keesokkan harinya kak lang demam panas sampai kena mandi dengan air daun sireh.  Sekian itu je yang kak lang ingat kisah hantu zaman kanak-kanak.

Kisah hantu zaman kak lang usia 20an pulak.  Dulu masa zaman muda, suka pergi tengok wayang tengah malam 'midnight movie'.  Kalau masa tengah belajar dulu, si kawan ni sanggup tau datang dari JB ke Shah Alam semata-mata nak tengok wayang dengan kak lang okeh.  Tengah malam  pulak tu..giler kentang zaman muda mudi..Opss! selingan sekejap.  Kisahnya gini, masa cuti semester si kawan ajak tengok wayang 'midnight movie' kat Seremban. Apa ntah nama capital tu lupalah kat Terminal One Seremban.  Cerita wayang habis lebih kurang jam 11 dan dia hantar balik jam 12 lebih.  Yang si kawan ni pulak selalu elok je jalan tempat biasa tetiba malam tu dia takut lalu situ sebab ada kubur kiri kanan.hahaha  Fikir punya fikir, sebulat suara setuju untuk lalu ikut jalan alternatif,  simpang nak masuk rumah kak lang ada sebatang pokok manggis.  Elok je si kakak rambut mengurai duduk mencangkuk atas pokok tu sambil mata pandang ke arah kami. Kak Lang diam dan terus tutup mata tak cakap apa-apa sambil dalam hati baca ayat kursi.  Sampai destinasi yakni rumah kak lang, si kawan ni takmo balik pulak dah dia bagi alasan tiba-tiba pening kepala sangat-sangat tak boleh memandu. Aduss! apa nak cakap dengan mak bapak kak lang ni. Macam mana pun terpaksa minta izin. Akhirnya dapat lampu hijau dan tidur lah si kawan di ruang tamu..hehehe.  Keesokkan paginya kak lang cerita kat mak dan kawan tentang apa yang kak lang lihat malam tadi.  Mak kak lang kata "padan muka lain kali jangan keluar malam" ahaks kena sedas.  Memang lepas kejadian tu kami tak keluar malam dah.seram seh.  Owh pasal kawan tu kan, rupa-rupanya dia bukan sakit kepala tapi sebab diapun nampak kakak rambut panjang yang duduk atas pokok manggis tu lantas ketakutan dan demam pada keesokan paginya.  Hahaha padan muka terkejut sampai demam.  Eh baru perasan pasal semua citer hantu kak lang duk dekat pokok manggis. kebetulan weh.

Masih lagi dalam cerita zaman kak lang 20an.  Ni kisah hantu sepital pulak..hehehe.  Nak dijadikan cerita kak lang ni memang selalu ulang alik masuk sepital zaman muda belia dulu sebab kekurangan darah merah tau nama medical nya anemia.  Kira dah macam sepital "is my second homelah".  huhuhu.  Selalunya kak lang memang penghuni hospital tampin tapi ntah macam mana ada sekali tu diaorang pindahkan kak lang ke hospital Seremban.  Kisah ni terjadi waktu dekat nak maghrib kot sebab masa tu  boring sangat.  Keluarga pun dah pulang sebab waktu melawat dah habis. Katil kak lang dekat dengan tingkap jadinya duduklah si penghuni hospital menghadap tingkap untuk melihat keadaan diluar.  Sedang leka merenung nasib diluar tingkap..cewah...tiba-tiba ada seorang makcik tukang bersih (sambil mop lantai) tegur kak lang macam ni, "anak...sakit ke?" kak lang lalu mengangguk sambil melemparkan senyuman.  Keesokan tengahari sementara menunggu waktu melawat, kak lang jenguk bawah.  Baru perasan dan hati pun bertanya eh mana ada balkoni kat sini..abis semalam makcik yang sapu sampah sambil sidai kain tu siapa eh..ah sudah...rupanya makcik hantu tu adalah penunggu disitu.  Nasib dia tegur baik je kot dia tunjuk muka sebenar silap-silap boleh fengsan kak lang di situ.huhu

Habis dah cerita umur 20an.  Sekarang Kak Lang nak cerita pengalaman masa duduk kuarters kat Putrajaya, Presint 9.  Time ni dah ada pasangan hidup ataupun lebih dikenali suami..hahaha.  Setelah penat ulang alik memandu selama setahun dari Rembau ke Putrajaya, naik bas bangun pagi pukul 4.huhu kak lang buat keputusan untuk duduk kuarters.  Makanya en.suami adalah tinggal di Rembau sebab kerja dan kak lang duduk Putrajaya sendirian.  Kami bertemu seminggu sekali je.  Itu pun kalau en.suami tak sibuk.  Kebetulan ada teman kata nak tumpang duduk rumah kat Putrajaya.  Kak lang apa lagi suka je ada orang teman.  Kisah hantu ni terjadi bulan Ramadhan tau..pelikkan.  Orang kata bulan puasa hantu kena ikat..kenapa pulak hantu yang ni terlepas eh. huhu.  Pada hari kejadiaan, teman serumah tu keluar jumpa kawan dan tinggallah kak lang sendirian.  Masuk tidur awal.  Tiba-tiba terjaga sebab ada orang ketuk pintu bilik sampai nak tercabut dah pintu tu.  Bergegar satu rumah dibuatnya.  Ingatkan mimpi, tampar pipi kiri kanan, cubit lengan(punyalah nak bezakan mimpi atau kenyataan)..aduyai sakitnya...bermakna kejadian adalah realiti.  Kak Lang tidak lantas membuka pintu sebab dasar penakut kan. Fikir dulu baru boleh buka. Hah teringat pulak kawan serumah tu keluar tadi mungkin sudah pulang. Owh mungkin juga dia nak main-main kan kak lang..kak lang dial nombor dia dan mohon jangan main-main pintu nanti jirang komplen bising.  Dia jawab yang di masih diluar dan belum pulang ke rumah. Terus meremang bulu roma kak lang. Yang pintu ni diketuk semakin kuat pulak tu..kak lang baca surah apa yang teringat je masa tu pun tak pergi jugak.  Pilihan terakhir, terpaksa panggil kawan serumah tu balik.  Kawan tanya ada apa? Kak lang kata ada orang main ketuk pintu sampai bergegar.  Teman serumah pulang bersama seorang kawan...kawan dia bawa air zamzam lalu merenjis di serata rumah sambil membaca beberapa surah Al-Quran.  Katanya ada tetamu yang tumpang lalu dan duduk di dapur kak lang.  Mengadulah si isteri kepada sang suami tentang kejadian malam semalam.  Lantas di temani lah si isteri yang penakut sepanjang minggu.  Berkorban si suami berulang alik ke tempat kerja setiap hari.  Peliknya, sepanjang si suami di situ tiada pula sebarang kejadian pelik berlaku lagi. Alhamduillah.  Tapi kan sepanjang pengalaman kak lang dan suami menginap di kediaman itu, pernah juga berlaku perkara seperti ada budak bermain guli pada hari bekerja (walhal area kediaman tu waktu siang semua rumah kosong tau), kadang2 waktu malam sampai pukul 2 or 3 pagi masih main guli siapakah kan. Bunyi-bunyian seperti orang mengalihkan perabot jam 2 pagilah. Lagi satu selalu sangat bunyi seperti berlaku kemalangan yang dashyat tetapi bila tinjau kat luar sebenarnya takde apa pun berlaku.  Bunyi anjing yang menyalak (bilangan anjing yang banyak). Owh lupa nak bagitau kediaman kak lang masa tu dekat tepi jalan sangat dan ada  simpang 4 sebelum menuju ke terowong.  Alhamdulillah, sepanjang menghadapi pengalaman misteri ini 'mereka' tak pernah menunjukkan diri.   Tolonglah jangan berbuat demikian, takut kak lang kena heart attack nanti. huhu  

credit to this link
Tiba-tiba teringat kumpulan yang mendengar cerita hantu Kak Lang ni tadi.eh mana lagi sorang?dah kena kidnap hantu...huwaaaa. Cabut!!!

Sekian dulu. 


Love,
Kak Lang


pstt: semua cerita di dalam blog ini ditujukan khas kepada keluarga, kawan2 dan saudara mara.  Kalau ada orang lain nak baca silakan...kalau tak suka sila tekan tanda 'X'. sekian terima kasih.


3 comments:

  1. wahhh!! sukaaa..tengkiuu up entry gini..me loike!! terbaekk bila dapat bca pengalaman sendri...chesue tatau lagi bila nk up pengalaman sendri nih..tengs again kak lang kuu..i lap yu!

    ReplyDelete
  2. Che Sue: tocey tocey..nanti Kak Lang upload entry..pelik tapi benar eh..kisah benar berlaku masa kecik jugak.

    I lap you too. =D

    ReplyDelete
  3. seram tapi suka dengar walaupun takut best nye citer kak lang umur saya 10 tahun :D

    ReplyDelete