Hi there!23 Januari 2012. Alhamdulillah..perkahwinan kami telah mencapai tahun yang ke tujuh dan selama 7 tahun ini kami telah melalui pelbagai saat suka dan duka. Tahun ni kami cuma sambut hari yang penuh kenangan dan bahagia ini dengan sambutan yang sangat sederhana. Kak Lang masak laksa saja pada hari ni untuk lunch dan dinner. Sarapan pula kak lang masak roti jala sebab ada baki kari ayam semalam. Kak Lang juga buat cupcakes untuk kami berdua. Buat masa sekarang kami dinasihatkan agar tidak keluar rumah. Keadaan disini sedikit bahaya. Dengan demostrasinya dengan mogoknya dan macam-macam lah berikutan pilihanraya yang bakal menjelang. So kami tak kemana pun untuk menyambutkan anniversary pada tahun ini. Plannya tahun ini kami ingin menyambut ulangtahun perkahwinan ke 7 ini di salah satu negara Eropah tapi disebabkan keadaaan sekarang kami terpaksa menyimpan dahulu niat itu. Insyaallah setelah semua ini selesai kami akan bercuti ke sana juga. Sabtu ini kami akan berkampung di Rumah Malaysia. Persiapan untuk menghadapi hari pengumuman pencalonan President yang bakal bertanding untuk bulan Februari ini. Dijangka akan berlaku huru hara kerana ramai yang tidak puas hati dengan keputusan President mereka sekarang mahu masuk bertanding lagi. Pada mereka President sudah cukup tua dan telah memegang jawatan selama 3 penggal. Ok cukup cerita politik negara ini. Doakan kak lang dan penduduk Malaysia di sini selamat ye. Amin.
Kepada suami ku yang tercinta, I love you more than everything in this world.
Until then. Bubye!
Love and hugs,
Kak Lang
No comments:
Post a Comment