Pages

Monday, January 9, 2012

Local Staf kawin sorang lagi

Hi there! Semalam bersamaan dengan hari Ahad 8hb Januari 2012, local staf kami kawin sorang lagi. Tanjat hakak..For you all information,  kat Senegal ni masa nak kawin kali pertama, dalam borang nikah depa kena buat pilihan  sama ada nak sign monogami(kahwin sorang aje seumur hidup) or poligami.(kahwin sampai cukup kuota yakni 4 orang)  so depan tok kadi dengan pengantin perempuan diaorang akan sign keputusan pilihan sang suami.  Ada yang bertekak masa nak akad nikah bila suami memilih untuk sign poligami. Gila ko tak bertekak bila baru je nak melayari rumah tangga suami dah pilih poligami.  Last friday,  bila local staff invite kak lang  ke majlis perkahwinannya untuk nak menikah sorang lagi, I was so suprise and he told me not to tell her first wife about his newly marriage.  Kalau korang nak pergi tak?keke..

Disebabkan kak lang nak sangat tengok local wedding ceremony so i decided to go with my officer and family to see how it works.  Bila kak lang tanya kenapa nak kawin lagi? Dia jawab "its a necessity" kalau sign monogami salah di sisi islam sebabnya kan islam membenarkan poligami untuk membantu kaum perempuan. Kalau difikir logik juga kata si local staff ni.  Kak Lang tak pandai nak komen pasal kes ni sebab tak berapa arif.  So, kak lang tanya local staff yang lain diaorang sign apa...majority of them sign poligami even si driver pun tau.  Padanlah ramai local staff kak lang yang kawin dua walaupun pekerjaan cuma jaga.  Tiap-tiap bulan manjang tak cukup duit..pinjam sana sini tapi masih nak kawin banyak.  Memang benar Islam membenarkan kaum adam kawin sampai empat orang tapi bagi mereka yang berkemampuan. Correct me if i am wrong.  Malam Sabtu tu before pergi ke majlis kawin local staff ni kak lang dah terbayang-bayang macam cerita madu tiga tu..buat-buatnya tengah-tengah rancak majlis tu datang pulak isteri pertama menyerang kan dah kecoh.  Bila ditanya lagi kenapa tak minta izin untuk kawin kedua, jawabnya biar saya nikahi isteri kedua dulu baru kasi tau.huhu. Takutnya bila tengok cara orang sini kan..Bila sorang local staff ni bersuara nak menikah sorang lagi ada pulak yang menyokong dan mengaku katanya dia pun nak menikah sorang lagi bila anak dah besar panjang.haish..

Majlis nikah mereka sangatlah berbeza dengan orang muslim di negara kita. Pelik tapi benar.  First step dia, both parents datang ke masjid untuk mengangkat bakul perangai anak masing-masing (pengantin perempuan dan pengantin lelaki) sampailah ada sorang pendamai kata dua-dua baik so marilah kita satukan mereka.  Bila kedua ibu bapa pihak pengantin setuju untuk menyatukan mereka kerana dua-dua anak mereka adalah orang yang baik, bermakna telah sah lah mereka menjadi suami isteri.  Takde "akad nikah" ye kawan-kawan.  Pastu pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan untuk mendengar ceremah kehidupan rumah tangga dari kedua belah pihak pengantin.  Siap ada nyanyi-nyanyi lagi cara diaorang memberi nasihat.  Pastu belah malam pulak, pengantin lelaki akan bawa lari isteri yang dinikahi ke rumah nya untuk hidup selama-lamanya. Owh ya ada satu nasihat masa kat masjid tu yang kak lang tak boleh terima, katanya tanggungjawab menjaga anak, makan minum pakai adalah diletak pada isteri. boleh? Tak adil betul.   Patutlah driver opis kak lang tu bila suruh beli bawang kata tak tahu.  Kononnya urusan ni semua perempuan yang buat.  Tugas lelaki cuma cari duit.  Begitulah lebih kurang adat mereka kat sini. 

Until then.Bubye

Love and Hugs,
Kak Lang

Pengantin Lelaki 

Pengantin Lelaki dan Perempuan

Our small families in Dakar

8 comments:

  1. best gak baca culture orang kan kak lang..kat sini pun ada cerita gak part kawen2 nih and amat pelik gak..
    lawak lak part kak lang kata pengantin lelaki bawak lari bini dia tu..dah mcm perangai org Lombok lak..kekekek!

    ReplyDelete
  2. Tingginya imajinasi kak lang hihihih... siap berangan macam citer madu 3 ek? hihih tapi betol gak kak lang.. buatnay bini pertama datang mengamuk.. apakah kesudahan episode kawin 2 tu kan? jeng jeng jeng...


    tatutt....... ^_^

    ReplyDelete
  3. su kelakar seram lah cerita ni wah tentu banyak yang bin or binte yg sama?nasib baik bukan kat sini klu tak kesian pompuan macam kita ni kan?

    ReplyDelete
  4. chesue: memang lawak kan...ingat nak tunggu sampai malam tapi cuaca adalah sejuk tak kose nak tunggu sampai dia kidnap pengantin pompuan tu..hehe

    ReplyDelete
  5. AHYR: sangatlah risau sebab first wife dia memang terkenal dengan lioness dia..kat opis every 5 minit call tanya husband dia kat mana..hahaha. sampai kena marah dengan receptionist kitaorang.

    ReplyDelete
  6. Cik Munah: memang seram seh...dan memang ramai pun nama mereka yang sama.sebabnya kat sini lahir je anak ada upacara kasi nama anak baru lahir oleh orang lebih tua macam datuk or nenek kepada baby tu.pastu nama pulak mesti letak orang-orang yang dah meninggal dalam keluarga depa. Example, nama lelaki Diallo (pronounce jalo)merata-rata nama orang diallo kat sini tau.hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik! Nasib lah kita ni duduk di Malaysia. Kalau tak mesti ai dah ada maduuuuu..waaaaaa

    ReplyDelete
  8. Cik sibuk.kannnn...huhuhu seram seyyy..

    ReplyDelete