Pages

Thursday, January 26, 2012

Luahan perasaan kak lang

Hi there! Lately ni kak lang tiba-tiba teremosi pula bila orang cerita pasal anak. Selama 7 tahun kami melayari bahtera rumahtangga ini, 3 kali kak lang telah keguguran. Kali pertama adalah pada tahun 2005, kedua pada tahun 2009 dan kali ke 3 adalah tahun lepas yakni 2011. Berat sungguh dugaan hidup kak lang. Kadang-kadang rasa sunyi tanpa cahaya mata dalam keluarga kami. Setiap hari berdoa kepada Allah semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai. Allah masih ingin menduga Kak lang dan suami. Mungkin ada hikmah disebalik semua ujian Allah s.w.t ini. Oleh itu setiap saat, setiap detik, kami sabar menanti kehadiran cahaya mata kami. Kak lang tak peduli kata-kata atau sindiran orang seolah-olah kami tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.  Biarlah kami berdua sahaja yang tahu apa yang kami lakukan.  Kak Lang dah lali dengan semua pertanyaan dan sindiran itu.

Ya Allah, ya tuhan kami kurniakan lah cahaya mata buat kami berdua.  Kami bersyukur atas segala limpah kurnia yang telah engkau kurniakan buat kami berdua. Alhamdulillah. Sesungguhnya kebahagian sebuah rumah tangga itu adalah daripada cahaya mata yang engkau kurniakan buat kami.

Maaflah kak lang berhenti di sini dulu. Hati tak menahan untuk menangis.

Until then. Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang

2 comments:

  1. jgn sesedih kak lang..sama2lah kita doa at least dpt sorang pun jaaadi laa..amin~!

    ReplyDelete
  2. che sue: insyaallah..Allah sentiasa mendengar doa hambanya.amin

    ReplyDelete