Pages

Wednesday, January 11, 2012

Sayuran tanaman en.suami

Hi there!Seronok kan makan sayuran hasil tanaman sendiri. cewah macam pulak kak lang yang tanam. Sebenarnya semua sayur adalah ditanam oleh encik suami. Minggu lepas kak lang petik semua sawi yang encik suami tanam sebab dah besar dan boleh dimakan dah. Sepanjang ketiadaan encik suami di sini, kak lang memang kurang rajin masak. Tiap-tiap malam makan megi atau buah sahaja tapi malam ni Kak lang rajin sikit sebab esok adalah cuti. Masa tu banyak sikit. Puas fikir nak masak apa. Akhirnya mee goreng basah jadi pilihan. hehe..poyo je kan. Kebetulan nak habiskan sawi yang kak lang petik tu dah nak kuning.


Walaupun kami tinggal di apartment,kami ada tanam sedikit sayuran Malaysia yang takde dijual kat sini.Tanam dalam pasu je pun.Tapi semuanya encik Suami yang tanam,Kak lang tak pandailah.Pernah juga tanam kat Kebun belakang Rumah parents masa bujang Dulu tapi hasilnya jarang-jarang keluar.Kak lang pernah tanam pokok jambu air madu.Tapi tulah tengok nasib..kadang-kadang Ada buah kadang-kadang tidak.huhu. Daun pandan, daun limau purut dan daun kari ada di tanam kat belakang pejabat. Local people kat sini ada jual serai tapi daun dia aje..batangnya mereka tak jual sebab tak reti makan. Daun serai dijual untuk di buat air. Mula-mula sampai sini puas kami mencari serai, akhirnya jumpalah kat kedai jual bunga tapi dijualnya sebatang rm7.00. Cekik darah seyyy!!

Dulu masa duduk rumah bawah, encik suami tanam banyak sangat sayuran tomato, pucuk ubi, terung, bendi, betik semua. Tapi sejak kami pindah duduk apartment ni kami tanam yang penting saja macam lengkuas,serai,kunyit,cili padi nan sawi.Taugeh pun kami tanam sendiri kadang-kadang. Kak lang paling suka bila part petik-petik hasil dia aje..hehe. Part menjaga tanam semua kelaut. Sekarang ni tuan punya tanaman takde jadi banyak pokok-pokok nye macam nak mati. Puas kak lang siram banyak-banyak tapi still macam nak mati. Encik suami cepatlah pulang selamatkan tanaman-tanaman ini sayanglah. Semuanya dah besar.


Tadi kak lang siram pokok tu semua dalam pukul 7pm. Cuaca pun dah gelap jadi gambar-gambar adalah gelap. Esok nanti kak lang upload lagi gambar waktu siang ye.

Sekian Dulu.until then.bubye!

Love and hugs,
Kak lang

sawi
Mee Goreng Basah dengan sawi dan cili padi tanaman en.suami

Lengkuas

serai
cili api yang meletop kebabomm!!
kunyit encik suami yang hampir dipupuskan oleh kak lang..owh my ^_*

5 comments:

  1. alamak kak lang..menawannyerrrr~!

    ReplyDelete
  2. Che sue:yang mana satu menawan kalbu?hehe

    ReplyDelete
  3. wah, saya ter-inspired baca entry ni..huhuu
    tapi tu la, saya ni rajin kejap je. arini rajin jirus, nanti lupa (ie malas).
    so pokok yang saya berjaya maintain hanyalah pokok kaktus :(

    teringin nak tanam pokok kunyit. camne eh nak bagi jadi anak pokok kalau dari kunyit?

    sian la kitorang time nak masak rendang terpaksa pakai daun lima purut aje..sebab susah benau nak jumpa daun kunyit.

    ReplyDelete
  4. Cik sibuk.awak Ada di rantauan juga ke.kalau susah jumpa kena usaha tanam sendiri tu.kami bawa benih Dari Malaysia.gigih tanam tu.chaiyok!

    ReplyDelete
  5. mee goreng basa yummyyyy.... sayur nampak tumbuh dengan galak. seperti rumah ni bertingkat?

    ReplyDelete