Pages

Monday, January 30, 2012

Berkampung di Rumah Malaysia

Hi there! Kak Lang dah start berkampung di Rumah Malaysia sejak Jumaat lepas.  Buat masa ini, tugas kak lang adalah menjadi makcik kantin uolls. Rasa macam tolong orang buat kenduri kahwin je hari-hari. Nasib baiklah ada juga isteri pegawai yang membantu, kot tak harus kak lang masak maggi tiap-tiap hari.huhuhu. Situasi di sekitar Rumah Malaysia dan pejabat adalah tenang.  Cuma ada beberapa tempat yang buat demostration sebab tak puas hati pemimpin parti depa direject dari masuk bertanding bagi calon President 2012. Dah tak cukup syarat kan, redha ajalah...tak payah demo demo sangat lah...menyusahkan aja.  Pada malam Jumaat lepas ada juga beberapa insiden yang berlaku especially kawasan pendalaman dan juga luar Dakar.  Kedengaran ada seorang Polis mati semasa cuba meredakan keadaan.  Pembantu rumah kak lang juga ada beritahu yang area rumah dia lagi teruk siap ada baling-baling batu, bom kecik ke apa ntah dan pemedih mata.  Ramai yang cedera katanya.  Kak lang nasihat dia jangan keluar rumah.  Nanti apa-apa jadi sapa nak tolong bersih rumah kak lang..hehehe.  Semalam adalah hari terakhir menghantar borang pencalonan dan juga hari dimana mereka mengumumkan calon yang layak bertanding untuk pilihanraya akan datang pada bulan Februari ini.  Seperti dijangka mereka buat pengumuman tepat jam 12 tengahmalam kerana kalau diaorang announce awal, rakyat mereka akan membuat demonstration sana sini.  Walaubagaimanapun, depa tetap nak buat tunjuk perasaan aka demonstration bermula dari malam Isnin hingga hari Rabu.  Buat masa ini kak lang masih berkampung di Rumah Malaysia.  Belum ada arahan boleh pulang ke rumah masing-masing.  Boringnyaa....dah la internet lambat nak mamps....Weekend adalah amat boring ye without online movies.hukhukhuk

Harap semua ini cepat berakhir. 

Until then. Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang

No comments:

Post a Comment