Pages

Showing posts with label life in africa. Show all posts
Showing posts with label life in africa. Show all posts

Monday, September 24, 2012

The Nanny season 1 to 7

Salam Isnin semua.  Hujung minggu lepas kak lang tak kemana-mana pun sebab hujan lebat.  Bosan betul rasanya habis segala jenis masakan kak lang buat.  Siap paksa encik suami lagi tanya rasa nak makan apa biar kak lang buat..kelas..hangin rajin datang..tapi bila hangin malas datang hari-hari makan megi.hahahaha! Selesai je masak kak lang dah gelisah tak tau apa nak buat...tengok tv cerita tak best, godek2 youtube kak lang jumpa cerita the nanny season 1 sampai 7.  Kak lang dari dulu suka tengok cerita ni sebab kelakar. Miss Fine sangat lucu. So tak bosan dah kak lang layan the nanny sampai lewat malam.  Pada readers yang tak pernah tengok cerita the nanny ni, tengoklah besat tau. Jom kita tengok macam mana Ms.Fine dapat keje jadi nanny kat rumah Mr. Shefield. Season 1 episod 1. hehehe

Sekian, layan je lah ...

Salam sayang,
Kak Lang


 



Wednesday, September 19, 2012

A story inside my handbag

Hola!This is what i carry inside my handbag besides mobile phone to the office. lol

Love and hugs,
Kak Lang
handbag of the week
my property

Monday, September 17, 2012

Yeayyy...yeayyyy!!!

Salam Isnin semua. Hatiku berlagu riang...Santa datang bawak hadiah awal tahun ni..hikhikhik...Nak tahu sebab apa??????

Sebabnya barang-barang yang kak lang kirim melalui kontena rakan setugas telah tiba.  So weekend kami tak keluar sebab unpack semua barang ini.

Thanks to my collegues yang sudi kasi tumpang kontena dia...Maka stock makanan kak lang telah di top up.

Salam sayang,
Kak Lang



Taraaaa!!!!!!!


***

***

***

the boxes
100 plus..plus..plus
Milo and the geng
Cincau drinks
Maggie...
Cakk!!!
     
Hehehe  

Wednesday, August 1, 2012

Eh?Baik pulak mood dia..

Bonjour!!Apa khabar. Kak Lang doakan agar semua pembaca sihat walafiat dan dibuka kan pintu rezeki yang luassss sangat. Amin. Wah excited sangat introduction kak lang kan....hehehe. Nak cerita ni semalam ajak mr.hubby pergi ORCA (dia ala-ala mini IKEA)..konon-konon nak cari lampu kelip-kelip dengan frame gambar ajork. Well..you know women always like this, she always bought more from the list. Sapa setuju angkat tangan. Ha, mesti ramai yang angkat tangan kan. Bangunan ORCA ni ada 7 tingkat. Tingkat 7, bahagian decoration rumah etc, langsir,cadar,bantal,bla,bla. Tingkat 6,5,4,3 (furniture), Tingkat 2 dan tingkat 1 adalah tempat periuk belangga, pinggan mangkuk semua..ala...kak lang lupa pulak nak ambil gambar semalam. Takpe kak lang ada aim satu benda lagi ni..nanti pergi lagi i promise tunjuk ke uolls eh gambar tempat tu. Kak lang beli frame kat tingkat 2. Niat nak beli frame aje tapi dah terbeli jam besar dan beberapa hiasan rumah. Sampai tingkat 1, mr.hubby nak beli teko kecik untuk dia buat tea o, tapi iolls dah terbeli senduk plastik untuk buat kek, sudip kayu, desserts glass, sikat dan yang paling best adalah waffle makers sekali dengan grill. hik..hik..Apa yang menjadi kemusykilan kak lang, di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini my mr.hubby sangatlah 'soft-hearted' ye. On the spot weh dia approve my application to buy the waffle makers. That moments, i felt like miracle..Macam tuhan makbulkan doa kak lang laju-laju. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kak Lang apa lagi, mana boleh sabar kan sebab dah lama nak makan waffle sepanjang Ramadhan ni. Balik rumah laju-laju masak lauk berbuka. Nasiblah mr.hubby request lauk simple je (sambal cili padi sardin) dan telur dadar. Selesai masak, kak lang terus google resepi waffle dan lihatlah hasilnya. Kak Lang suka makan waffle dengan nutela atau maple syrup campur butter. Owh aiskrim adalah bonus kalau makan waffle. Puas hati betul dapat buat sendiri. Minggu ni senyum sampai telinga and nampaknya kak lang kenalah masak sedap-sedap sangat for my hubby to show my appreciation during this Ramadhan no matter what he request. Insyaallah.

Sekian, sampai jumpa lagi.

Love and hugs,
Kak Lang


Testing!Testing!

Wednesday, July 25, 2012

Bila mood masak ke laut..

Salam Ramadhan semua.  Alhamdulillah, hari ni dah masuk puasa yang ke 5 di Dakar.  Kak Lang tak de idea nak masak apa hari ni. Tapi tadi sempat juga berdiskusi dengan member-member di facebook tentang menu Ramadhan untuk hari ni.  Macam-macam menu ada cuma penyakit "M" tu pun ada..muahahaha.

Paling best hari ni kak lang terselamat dari tugas memasak. Tadi call mr.hubby dia tengah masak lauk untuk berbuka. Angin dia ada baik hari ni.  Dia bosan, so dia masak.  Kan best kalau hari-hari dia bosan tak tau nak buat apa.  Mesti hari-hari dia masakkan..*kelip-kelip mata kat mr.hubby duk sebelah ni*

Ok bye nak buat lawatan kat dapur jenguk masakan mr.hubby.

sekian.

Love and hugs,
Kak Lang

Friday, March 9, 2012

Baju Kurung

Hello everyone!!Selamat hari Sabtu!Tengah buat apa tu?hehe.Kak lang baru selesai bersilat kat Dapur prepare lunch.Pukul 3pm baru makan.Walhal masak sonang2 je pun.Sayur campur aka cap cai goreng dengan kentang campur ikan bilis goreng cili padi.eh lari Tajuk pulak.keke

Cerita pasal Baju kurung yang dah lama sangat Kak lang tak Pakai.Semalam sempena hari Jumaat,teringin sangat nak Pakai Baju kurung.Rindu nak Pakai.Sejak duduk dirantauan jarang sekali Kak lang Pakai pergi Pejabat kecuali Ada reception embassy lain je baru Pakai Baju batik.Bukan tak mau Pakai tapi keadaan yang tak berapa sesuai.Maklumlah Kak lang pergi kerja naik teksi Dan teksi kat sini semua buruk Dan uzur.Banyak Baju rosak terkena karat bahagian dalam teksi especially bila keluar Dari kereta depa.Mesti tersangkut pintu karat.So sayanglah nak Pakai Baju mahal2 kan.Jadi Kak lang pergi kerja Pakai kemeja dengan slack..tu pun alas dengan jacket sebab tak mau kotor.Tabah betul duduk Africa takde kereta kan?muahaha. Selalu tu kena sindir dengan local staff sebab takde kereta.who cares can?tak heran pun dengan sindiran tu semua janji kat Malaysia kehidupan Kak lang lengkap dah.Alhamdulillah dah Ada Rumah sendiri,kereta 3 biji Dan lain2.kau ado?(tuju pada local staff tu). Kat sini encik asben dah putus makrifat tak mau beli kereta memandangkan keganasan penggunaan jln raya penduduk disini dan juga cara penggunaan kereta orang2 sini.suka hati dia aje nak calar2 kereta orang pastu takmo tanggungjawab.

Kat embassy tu Kak lang sorang je takde kereta.; (

Ok sekian saja kemerepekan Kak lang.

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang



P/s: terimalah gambar tuan tanah Pakai Baju kurung.^__^


*





*





*






Tuesday, February 28, 2012

Peti harta karun untuk hiasan rumah

Taraa!!!Hello everyone...Kak Lang kembali lagi dengan entri kedua untuk hari ini..hehe. Dah macam bunyi iklan dindang je kan..Minggu lepas kak lang dah terbeli peti ini daa..kejadian berlaku apabila ada saudagar Mauritania yang terdesak nak habiskan stok jualannya datang ke pejabat dan menyatakan hasratnya untuk menjual semua barang jualannya dengan harga yang paling minima. Dia nak balik negara asal agaknya. Saudagar ni jual semua jenis kotak harta karun dari saiz kecil hinggalah yang besar. Dalam banyak-banyak tu kak lang berkenan dengan model yang ini. So kak lang pun beli satu untuk di jadikan kenangan semasa bertugas di Dakar ini.

Sekian, terima kasih. ^__^

Love,
Kak Lang

Wednesday, February 15, 2012

Hati manyak sinang...lalala~~~

Cakkk!!!Jumpa lagi untuk entri pada hari yang sama..hehe..Hari ini mood terlebih rajin nak update blog.  Sajalah nak cerita pasal aktiviti last weekend.  Sabtu lepas, kak lang pergi pasar untuk refill stok sayur dan buah-buahan kami. Ini adalah persiapan sebelum menjelang pilihanraya hujung bulan ini.  Macam biasa kami ke pasar Keremel lebih kurang jam 10 pagi. Kami dah siap-siap tulis senarai sayur dan buah yang hendak di beli. Wah!!!tiba je di pasar bahagianya kami lihat susunan sayur-sayuran yang banyak tersusun. Luar biasa sungguh. Terutama nya pengeluaran sayur-sayur hijau.  Macam-macam sawi ada, baby sawi, teens sawi, and mama sawi semua ada. Sawi cina, sawi jepun (eh mandai-mandai aje kak lang sebut) entah tak tau nama sebenar sayur ni tapi kami berdua suka. Semua ni takde dalam list tapi disebabkan sayur ni semua amat jarang dilihat. Kami, tanpa membuang masa membeli dengan rakusnya. muahahaha..Kali ni kami pergi pasar ada manyak luck owhh..hehehe macam gayat kami berdua suami isteri tengok sayur-sayur hijau uolls. For uolls information, di negara ini sangat susah ye nak jumpa sayuran hijau melainkan salad. So kami borong semua 4 macam sawi, taugeh, daun kucai, tauhu dan paling best kami jumpa cendawan macam kat Malaysia yang depa wat goreng tepung hok jual kat pasar malam tu.yeayy!!!Berdua kami suami isteri tak sabar-sabar nak sampai rumah makan sayur hijau.hehe

Bermula dari hari Sabtu sampai hari ini kami makan sawi dan cendawan sampai muak.hiks! Mesti uolls kata kan..apalah kak lang ni jumpa sayur hijau macam dapat beli baju baru je excitednya..hiks!Kami memang lemau kalau tak jumpa sayur hijau dan mata kami boleh juling kalau jumpa sayur-sayuran dan buah especially sayur hijau. Dalam peti ais kami selain sayur-sayuran, stok buah adalah benda yang wajid mesti ada dalam peti ais. ^__^

Sekian, love you all.  Jap lagi nak balik masak sawi goreng dengan sos tiram.

Hugs you tight,
Kak Lang




Thursday, February 9, 2012

Minum petang yang bertukar menjadi makan malam..

Hi there!Hari ini Kak lang Cuba restoran baru di Sea Plaza.Restoran berkonsepkan makanan cina Dan jepun. Nama pun 'Little Buddha'.Kebetulan hari ini Kak lang Dan encik Suami beli barang Dapur,sekali minum petang tapi disebabkan diaorang serve "tea" and "fresh orange" yang memakan masa 1 jam, perut kak lang pun dah kebuluran, kak lang order light dinner terus.Cantik restoran ni.Pemandangan pun lawa.Cumanya menu nya tak berapa best.Harga pun mahai.Senegal apa barang pun mahai.

Kak lang order udang tempura tapi katanya Tukang masak datang jam 8 malam.Boleh macam tu??Restoran punya grand Tukang masak Mai lambat.operating hours dari pagi sampai malam.hmmm. So disebabkan perut yang kelaparan dari office tak makan lunch, kak lang orderlah apa yang ada. Udang dan Sotong goreng plus nasi putih.(ini pun amik masa 40 minit ye uolls)huh!

Erkk!!Nasi putih semangkuk kecil rm21.00 pastu letak susu.sampai Rumah terus muntah.

Sekian. Kita minum Dulu!!!!

Love and hugs,
Kak lang

p/s: janji tak mo pergi lagi restoran ni. Blacklist terus.

view from our seat
setting meja suma "A"
our bill~riz vapeur adalah nasi
ini view dari first seat kami
snack
snack lagi
first seat kami masa minum petang
menu

Tuesday, February 7, 2012

Bernafas dalam debu lagi

Hai there!Dakar sekarang tengah musim sejuk tapi tahun ni cuaca adalah diluar jangkaan sebab sejuk ini datang bersama debu.Tak menahan Kak lang,baru sehari tunggu teksi dah kena asthma.Dusty is everywhere.Even duduk dalam Pejabat sahaja pun bernafas dalam debu.I need a break!I need to breath in fresh air!Plan nak pi vacation tapi apakan daya keadaan di sini tak mengizinkan kami keluar.Tunggulah bila semua ini berakhir.Paling cepat boleh keluar bulan march, paling lewat bulan April baru boleh keluar dari tempat ni.ishk!ishk!

Tiba-tiba pula nak makan karipap.hehe.

Ok bye!Kak lang nak masuk Dapur buat karipap. ^__^

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang
view from my office room ~ aiseyy.. tak nampak sangatlah debunya dalam gambar

Friday, February 3, 2012

Testing 1,2,3!

Hola everybody! Yess!! I am so happy today because my husband bought me a new brand Bread Maker. Thanks yang!That's mean, i enable to make my homemade bread again.  owh what a passion!! over okeh kak lang. hehehe. Kasi chance lah eh uolls.  Tanpa melengahkan masa, malam semalam kak lang pun telah mencuba BM ini dengan jaya nya. Owh FYI, di negara ini kan...kalau kita beli barangan eletrik, depa ENGGAN test ye..sebab katanya semua elok belaka. Boleh gitu?.. Walhal nan ado nya barang depa ni.  Kebanyakan dari china tu sebab kak lang selalu nak test dulu.  Tapi penjual kat sini tak hormat betul pada 'customer rights' kan. Huh! Ok dipendekkan cerita kak lang telah mencuba resepi bun burger semalam memandangkan tekak ni dah beberapa hari nak makan burger. Nak keluar pergi kedai beli roti burger tokleh kan dengan suasana yang sedang huru hara begini.  Ni pun pergi dengan body guard aka si driver office.  Keadaan di Dakar adalah sedikit membimbangkan sekarang apabila mereka sedang berusaha menghalang President diaorang untuk masuk bertanding.  BM ni pun kami berani mati je pergi kedai kat town nun masa husband nak ambil gambar untuk memperbaharui passport beliau hari Isnin nanti.  Kak lang cuba resepi dari blog ini jintanmanis (thanks ya for sharing the recipe). Memang menjadi tau..puas hati.  Encik husband tersenyum lebar je tengok roti kak lang menjadi.hehehe 

Nak tengok hasilnya??

Ok guys, until then.Bubye!


Love and hugs,
Kak Lang

Taraaa!!!

Jenama ini sahaja yang ada di sini
Untuk 1 kg aje
bun burger yang sedap
fresh from the oven

dapatlah 7 ketul bun
burger simple je malam ni
Nom..nom

tak kemas langsung burger kak lang
 

Monday, January 30, 2012

Berkampung di Rumah Malaysia

Hi there! Kak Lang dah start berkampung di Rumah Malaysia sejak Jumaat lepas.  Buat masa ini, tugas kak lang adalah menjadi makcik kantin uolls. Rasa macam tolong orang buat kenduri kahwin je hari-hari. Nasib baiklah ada juga isteri pegawai yang membantu, kot tak harus kak lang masak maggi tiap-tiap hari.huhuhu. Situasi di sekitar Rumah Malaysia dan pejabat adalah tenang.  Cuma ada beberapa tempat yang buat demostration sebab tak puas hati pemimpin parti depa direject dari masuk bertanding bagi calon President 2012. Dah tak cukup syarat kan, redha ajalah...tak payah demo demo sangat lah...menyusahkan aja.  Pada malam Jumaat lepas ada juga beberapa insiden yang berlaku especially kawasan pendalaman dan juga luar Dakar.  Kedengaran ada seorang Polis mati semasa cuba meredakan keadaan.  Pembantu rumah kak lang juga ada beritahu yang area rumah dia lagi teruk siap ada baling-baling batu, bom kecik ke apa ntah dan pemedih mata.  Ramai yang cedera katanya.  Kak lang nasihat dia jangan keluar rumah.  Nanti apa-apa jadi sapa nak tolong bersih rumah kak lang..hehehe.  Semalam adalah hari terakhir menghantar borang pencalonan dan juga hari dimana mereka mengumumkan calon yang layak bertanding untuk pilihanraya akan datang pada bulan Februari ini.  Seperti dijangka mereka buat pengumuman tepat jam 12 tengahmalam kerana kalau diaorang announce awal, rakyat mereka akan membuat demonstration sana sini.  Walaubagaimanapun, depa tetap nak buat tunjuk perasaan aka demonstration bermula dari malam Isnin hingga hari Rabu.  Buat masa ini kak lang masih berkampung di Rumah Malaysia.  Belum ada arahan boleh pulang ke rumah masing-masing.  Boringnyaa....dah la internet lambat nak mamps....Weekend adalah amat boring ye without online movies.hukhukhuk

Harap semua ini cepat berakhir. 

Until then. Bubye!

Love and hugs,
Kak Lang

Friday, January 27, 2012

Jumaat yang mendebarkan...

Salam Jumaat semua. Hari ni pagi-pagi lagi boss dah masuk bilik tanya, 

Conversation between kak lang dengan boss pagi ini

Boss: "kau dah siap packing belum?. Aku decide kita pindah residence malam ni jugak!" 
          (kak lang dengan boss memang cenggini boss bahasa diri aku kau , tapi kak lang tetap
          bahasa kan diri dia boss, dan saya bagi kak lang).

Kak lang: satu apa pun tak pack lagi boss.

Boss: kau call husband suruh dia siap pack. situasi di luar dakar sudah start riot.

Kak lang: boss, encik suami saya memang tak pandai langsung kemas bag. boleh saya balik sekejap pack barang.

Boss: pergilah.

Kak lang pun terus balik pack barang. Dalam hati bertanya-tanya apakah yang sedang dan bakal berlaku petang ini.  Sebenarnya hari ni adalah hari pengumuman keputusan senarai calon yang bakal bertanding untuk jawatan Presiden. Beberapa kawasan telah dilanda riot aka huru hara. Malam ini bermulalah episod berkampung di Residen. Tak sukanya..tapi demi keselamatan semua rakyat Malaysia, kak lang redha.  Kak lang ni bukan boleh sangat cemas-cemas. Hati cepat risau. Doakan keselamatan kami ye. Kak lang akan cuba update keadaan semasa di Residence nanti.Insyaallah.

Until then.Bubye.

Love and Hugs,
Kak Lang

Tuesday, January 24, 2012

Ladies night out!

Hi there! Last friday was our ladies night out. We went to food festival at Le Meridien President Hotel organized by Dakar's Women Group. This is a women association that helps african poor children and people by organization a lots of activities while collecting money for the poor people.  It's an annual festival actually. Last year we went there and found that it is fun activity. Besides, we met new friends in this festival. Changing phone numbers and promising to hang out each other.  This is the day for ladies went out and have fun! Men in the house take care of the kids.hehe except my dear hubby because he is my big baby ^_^.  We arrive home late, around 12 am ya..hehehe. We bought Tambola ticket for donating and lucky draw. Unfortunately, only one of my friends who is lucky that night. This festival serves foods from around the globe. International food i mean. We eat till the end.hiks!Starting from europe food, north america, asia and africa. Dancing and laughing. Capturing the moment here and there. I'm having fun and i love it. Gosh!The next day, i'm working at the Residence for Chinese New Year Celebration and i did not prepare any food yet.

Until then.Bubye!

Happy Chinese New Year to all Chinese friends and reader.

Love and hugs,
Kak Lang




Kak Lang and friends







North america


europe's

European food

Kak Lang's choice

asian food

african food

desserts

desserts

desserts

pecan butterscotch is nyummeh

one of the best desserts

europe's

friends from singapore and new zealand


choices from asia and africa

tambola tickets

Last but not least

*

*



Ehem..ehem..