Pages

Friday, March 9, 2012

Baju Kurung

Hello everyone!!Selamat hari Sabtu!Tengah buat apa tu?hehe.Kak lang baru selesai bersilat kat Dapur prepare lunch.Pukul 3pm baru makan.Walhal masak sonang2 je pun.Sayur campur aka cap cai goreng dengan kentang campur ikan bilis goreng cili padi.eh lari Tajuk pulak.keke

Cerita pasal Baju kurung yang dah lama sangat Kak lang tak Pakai.Semalam sempena hari Jumaat,teringin sangat nak Pakai Baju kurung.Rindu nak Pakai.Sejak duduk dirantauan jarang sekali Kak lang Pakai pergi Pejabat kecuali Ada reception embassy lain je baru Pakai Baju batik.Bukan tak mau Pakai tapi keadaan yang tak berapa sesuai.Maklumlah Kak lang pergi kerja naik teksi Dan teksi kat sini semua buruk Dan uzur.Banyak Baju rosak terkena karat bahagian dalam teksi especially bila keluar Dari kereta depa.Mesti tersangkut pintu karat.So sayanglah nak Pakai Baju mahal2 kan.Jadi Kak lang pergi kerja Pakai kemeja dengan slack..tu pun alas dengan jacket sebab tak mau kotor.Tabah betul duduk Africa takde kereta kan?muahaha. Selalu tu kena sindir dengan local staff sebab takde kereta.who cares can?tak heran pun dengan sindiran tu semua janji kat Malaysia kehidupan Kak lang lengkap dah.Alhamdulillah dah Ada Rumah sendiri,kereta 3 biji Dan lain2.kau ado?(tuju pada local staff tu). Kat sini encik asben dah putus makrifat tak mau beli kereta memandangkan keganasan penggunaan jln raya penduduk disini dan juga cara penggunaan kereta orang2 sini.suka hati dia aje nak calar2 kereta orang pastu takmo tanggungjawab.

Kat embassy tu Kak lang sorang je takde kereta.; (

Ok sekian saja kemerepekan Kak lang.

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang



P/s: terimalah gambar tuan tanah Pakai Baju kurung.^__^


*





*





*






No comments:

Post a Comment