Pages

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Entri khas buatmu


note: thanks google for the lovely picture
Entri ini saya abadikan untuk kenangan akan datang.  Hari ini genap lapan tahun usia perkahwinan kak lang dengan encik suami.  Pada tarikh ini lapan tahun lalu kak lang dipertemukan oleh kedua ibubapaku dan jodoh ini juga yang telah ditentukan oleh yang maha Esa.  Kak Lang disatukan tanpa perasaan cinta, tanpa mengenali siapa suami yang dinikahi, tanpa mengambil risiko yang bakal kak lang tempuhi pada masa akan datang.  Alhamdulillah...semua yang ditentukan oleh NYA adalah yang terbaik untuk kita. Terima kasih Allah.  Jodoh yang ditetapkan untuk hambamu ini adalah KEBAHAGIAAN buatku.  Karakternya berbeza jauh dari kak lang.  Bagaikan API(kak lang) dengan AIR(suami).  Terima kasih kerana menemukan kak lang dengan seorang suami yang sangat memahami dan sangat bersabar melayani kerenah kak lang.  Terima kasih kepada encik suami kerana telah melayan saya bagaikan seorang puteri.  Memenuhi kehendak dan keperluan saya.  Terima kasih abang.  Semoga Allah memberi ganjaran yang MAHA hebat untuk abang di akhirat kelak.  Semoga apa yang kita rancangkan berdua dipermudahkan dan diredhai oleh Allah s.w.t. 

Love,
Kak Lang

Thursday, July 19, 2012

34years and 1 day

Salam semua. Hari ni genap umur kak lang 34 tahun dan 1 hari. Tiada sambutan yang besar namun tetap sempurna di hati kak lang. Kami(kak lang dengan asben je pun) meraikan hari yang penuh bersejarah ini berdua sahaja di rumah. (kalau kat Malaysia for sure dah reward diri dengan macam2 kan..huhu) feeling-feeling makan kat restaurant Thailand gitew...Nak makan kat restoran di Dakar ni dah la mahal pehtu citarasa diaorang out betul.huhu

Malam sebelum hari jadi, kak lang ada buat kek untuk diberi kepada local staff. Alamak!gambar lupa nak snap. So semalam ramailah intercom kak lang buat ucapan and siap nyanyi lagu besday dalam bahasa french. so sweet. You all really make my day. ^__^

Semalam jugak, encik suami telah bertungkus lumus menyediakan sajian yang dirujuk melalui internet untuk dinner kami. Kak lang balik keje tinggal order makanan je. dah macam kat restoran konsepnya.hehehe. Tengs yang! I love you strong...hadiah postponed kan? *kelip-kelip mata pandang muka encik suami* Sekian dulu laporan kak lang untuk hari ini.

Bye.

Love and hugs,
Kak lang


Nak tengok sajian yang dihidangkan oleh encik suami?? Sila scroll bawah.....


*




*




*




*



tara!!!!


Thursday, January 26, 2012

Ulangtahun perkahwinan ke 7

Hi there!23 Januari 2012. Alhamdulillah..perkahwinan kami telah mencapai tahun yang ke tujuh dan selama 7 tahun ini kami telah melalui pelbagai saat suka dan duka. Tahun ni kami cuma sambut hari yang penuh kenangan dan bahagia ini dengan sambutan yang sangat sederhana. Kak Lang masak laksa saja pada hari ni untuk lunch dan dinner.  Sarapan pula kak lang masak roti jala sebab ada baki kari ayam semalam. Kak Lang juga buat cupcakes untuk kami berdua. Buat masa sekarang kami dinasihatkan agar tidak keluar rumah.  Keadaan disini sedikit bahaya. Dengan demostrasinya dengan mogoknya dan macam-macam lah berikutan pilihanraya yang bakal menjelang.  So kami tak kemana pun untuk menyambutkan anniversary pada tahun ini. Plannya tahun ini kami ingin menyambut ulangtahun perkahwinan ke 7 ini di salah satu negara Eropah tapi disebabkan keadaaan sekarang kami terpaksa menyimpan dahulu niat itu. Insyaallah setelah semua ini selesai kami akan bercuti ke sana juga. Sabtu ini kami akan berkampung di Rumah Malaysia.  Persiapan untuk menghadapi hari pengumuman pencalonan President yang bakal bertanding untuk bulan Februari ini. Dijangka akan berlaku huru hara kerana ramai yang tidak puas hati dengan keputusan President mereka sekarang mahu masuk bertanding lagi.  Pada mereka President sudah cukup tua dan telah memegang jawatan selama 3 penggal. Ok cukup cerita politik negara ini. Doakan kak lang dan penduduk Malaysia di sini selamat ye. Amin.


Kepada suami ku yang tercinta, I love you more than everything in this world.



Until then. Bubye!


Love and hugs,
Kak Lang