note: thanks google for the lovely picture |
Entri ini saya abadikan untuk kenangan akan datang. Hari ini genap lapan tahun usia perkahwinan kak lang dengan encik suami. Pada tarikh ini lapan tahun lalu kak lang dipertemukan oleh kedua ibubapaku dan jodoh ini juga yang telah ditentukan oleh yang maha Esa. Kak Lang disatukan tanpa perasaan cinta, tanpa mengenali siapa suami yang dinikahi, tanpa mengambil risiko yang bakal kak lang tempuhi pada masa akan datang. Alhamdulillah...semua yang ditentukan oleh NYA adalah yang terbaik untuk kita. Terima kasih Allah. Jodoh yang ditetapkan untuk hambamu ini adalah KEBAHAGIAAN buatku. Karakternya berbeza jauh dari kak lang. Bagaikan API(kak lang) dengan AIR(suami). Terima kasih kerana menemukan kak lang dengan seorang suami yang sangat memahami dan sangat bersabar melayani kerenah kak lang. Terima kasih kepada encik suami kerana telah melayan saya bagaikan seorang puteri. Memenuhi kehendak dan keperluan saya. Terima kasih abang. Semoga Allah memberi ganjaran yang MAHA hebat untuk abang di akhirat kelak. Semoga apa yang kita rancangkan berdua dipermudahkan dan diredhai oleh Allah s.w.t.
Love,
Kak Lang
Dearie Kakak Cayang..
ReplyDeleteHappy Anniversary, semoga jodoh kalian berdua berkekalan hendaknya. Adik disini sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan dan diberi keberkatan dalam hidup kalian.
Luv Adik Sayang si Sakura 79
Sakura 79: .AMIN kepada doamu.thank you adik sayang.
DeleteLove ya: Kak Lang
Happy Anniversary kak lang... May Allah bless both of you. Kekal dan berbahagia hingga hujung nyawa. In Sha Allah...
ReplyDeleteFrom Rome with Love.
Pss: kata nak mai sini jadi kah? tertunggu-tunggu gak news terbaru ^_^
AHYR: Thank you for the wish.
Delete