Pages

Tuesday, September 25, 2012

Resepi Asam Pedas

Wah!!Blog kak lang dah macam blog masakan pula..hehehe...bukannya apa, duduk di sini tak banyak aktiviti. Selain dari pergi kerja, pergi pasar, bayar bill...kerja kak lang adalah mencuba pelbagai masakan. That's my life here in aprika. Jogging? most of the time jogging depan tv tak pun kak rumah je...kak luar jarang sekali sebab suasana kurang bersih. Kak lang kan alergi to dusk.*facepalm* Kalau kat Malaysia weekend kalau boring boleh juga lari pergi rumah parents kan, tak pun pergi tengok wayang, tak pun pergi shopping, tak pun pergi jalan-jalan cari makan. Tapi bila kat sini...panggung wayang pun nan hado...shopping kompleks adalah satu yang paling haibat tapi tak mampu kak lang nak beli baju-baju yang dijual...mahal yakmat. Buat rugi je beli...baik simpan dulu nafsu shopping pastu bila balik Malaysia shopping sakan sepanjang cuti...harga pun berpatutan. Masa kak lang baru menikah dulu sehingga lah datang di Dakar ni, honestly i tell u kak lang memang tak pandai masak..tapi sekarang Alhamdulillah im improved from time to time. One of my husband's favorite is asam pedas. First time kak lang masak untuk dia asam pedas memang kena reject begitulah sehingga kali ke sepuluh pun...my hubby suka asam pedas yang pekat. Mula-mula kak lang tak tahu apa yang menyebabkan kuah dia pekat...so lepas banyak kali experiment know i found the key. Its the tamarinds yang buatkan kuah dia pekat...betul ke eh...entahlah kak lang bukan expert pasal masakan. Yang penting my hubby sekarang dah kasi markah A++ untuk masakan asam pedas kak lang..im proud that i can fulfilled his taste.

Kak lang nak share resepi ni kepada semua pembaca dan juga rujukan kepada anak dara i, of course.

p/s: adik, nanti bila mama dah tua, adik masak pulak untuk ayah guna resepi ni ok?

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Sumber: Kak Lang

Bahan-bahannya
1. 2 ekor ikan kembung saiz besar dipotong dua
2. 1 biji bawang besar*
3. 4 biji bawang kecil*
4. 3 biji bawang putih*
5. 1 inchi halia*
6. 1 inchi kunyit hidup/1 sudu makan kunyit serbuk*
7. 2 batang serai diketuk
8. 1 senduk minyak masak
9. 1 senduk cili kering yang telah diblend
10. 1 sudu teh lada hitam
11.10 batang bendi
12.1 biji tomato
13. 1 sudu makan asam jawa (dijadikan jus dalam 1 cawan)
14. 11/2 sudu teh garam
15.1 sudu teh gula
16. sedikit perasa
17. 2 mug air suam (ikut suka kalau nak pekat boleh kurang kan jumlah air atau sebaliknya)
18. 1 ketul bunga kantan (dibelah dua)

Cara-caranya
1. Panaskan minyak ke dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan yang telah di blend.
2. Masukkan serai dan cili yang telah diblend. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan air suam.
3. Masukkan ikan kembung yang telah dipotong. Biarkan dalam 5 minit.
4. Masukkan bendi, bunga kantan, lada hitam dan tomato.
5. Biar sehingga mendidih dan masukkan perasa,garam dan gula.(ikut citarasa masing-masing sama ada nak kurang atau lebih)
6. Bila bendi telah lembut, tutup api dan boleh lah dihidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba.

Salam sayang,
Kak Lang

Kak Lang
Asam Pedas Ikan Kembung

Monday, September 24, 2012

The Nanny season 1 to 7

Salam Isnin semua.  Hujung minggu lepas kak lang tak kemana-mana pun sebab hujan lebat.  Bosan betul rasanya habis segala jenis masakan kak lang buat.  Siap paksa encik suami lagi tanya rasa nak makan apa biar kak lang buat..kelas..hangin rajin datang..tapi bila hangin malas datang hari-hari makan megi.hahahaha! Selesai je masak kak lang dah gelisah tak tau apa nak buat...tengok tv cerita tak best, godek2 youtube kak lang jumpa cerita the nanny season 1 sampai 7.  Kak lang dari dulu suka tengok cerita ni sebab kelakar. Miss Fine sangat lucu. So tak bosan dah kak lang layan the nanny sampai lewat malam.  Pada readers yang tak pernah tengok cerita the nanny ni, tengoklah besat tau. Jom kita tengok macam mana Ms.Fine dapat keje jadi nanny kat rumah Mr. Shefield. Season 1 episod 1. hehehe

Sekian, layan je lah ...

Salam sayang,
Kak Lang


 



Friday, September 21, 2012

Lapar baby

picture-credit to mr. google
 
Salam Jumaat semua. Nak mengadu...kak lang lapar baby....eh..bukan nak makan baby tau...nak ada baby sendiri.  Dah puas dah pinjam baby orang main-main dengan diaorang.  Sekarang nak ada anak sendiri pulak.  Sebenarnya kak lang fobia nak preggy lagi selepas beberapa kali keguguran.  Bila kak lang betul-betul dah bersedia untuk pregnant lagi, nasib tak menyebelahi kami.  Tolong doakan untuk kak lang supaya dikurniakan cahaya mata ye. Nak ada orang baru untuk menambahkan kebahagian antara kami. Tak sanggup teruskan penulisan lagi sebab air mata dah mengalir dengan lebatnya.....sobs!

Sekian.

Salam sayang, 
Kak Lang

Wednesday, September 19, 2012

A story inside my handbag

Hola!This is what i carry inside my handbag besides mobile phone to the office. lol

Love and hugs,
Kak Lang
handbag of the week
my property

Tuesday, September 18, 2012

Tanda-tanda awal meningkat usia..

Jom minum susu kawan-kawan. Setiap kali kak lang minum susu rasa macam popeye makan spinach nak jadi kuat tau..ngehngehngeh. Kak Lang start minum susu anlene secara serius sejak 3 tahun lepas. Al maklumlah, kalau kita dah berusia 30 tahun ke atas, proses tulang merosot semakin banyak, tulang semakin tipis. Kata pakar, orang yang seusia kak lang ni mengalami kemerosotan kalsium setiap hari. Encik suami pun kak lang paksa minum. Alhamdulillah dia ok. Suka je minum susu ni setiap hari. Kak Lang minum susu ni sekurang-kurangnya sehari sekali sebab takut cepat habis. Kat sini takde jual susu yang baik macam anlene ni. Yang ada cuma fresh milk yang tawar. Setiap kali balik Malaysia je kitaorang boleh top up susu ni.

Salam sayang,
Kak Lang

susu tepung (credit to mr.google)
susu perisa coklat

Monday, September 17, 2012

Biskut Lutut

Hehehe...Korang tau ke biskut lutut tu biskut apa? Ni kak lang nak introduce biskut lutut jenama azan ni..memang my all time favorite. My mom panggil biskut keras...orang lain, kak lang tak tau panggil apa...Kak Lang panggil biskut ni biskut lutut sebab rupa dia macam lutut.ngehngeh...Dulu masa kecil-kecil my dad selalu sangat beli biskut ni cicah dengan air tea oo waktu minum petang. Kak Lang dah lama sangat tak makan biskut ni..so kirim dengan family suruh belikan biskut lutut ni. Mula-mula bukak kotak pelik ingatkan adik lelaki kak lang salah beli...sebab bungkusan dia macam kerepek kentang jenama wise tu...bila baca eh tajuk bungkusan..memang benar ini biskut lutut....syarikat ni dah upgrade bungkusan dia. Bagus juga sebab ia boleh tahan lama bila bungkus macam ni....Cumanya kak lang sedih sikit biskut ni saiznya semakin kecil dan tidak ranggup seperti dulu...bila kita rendam dalam air..makan masa yang lama baru nak lembut... Apa-apa pun terlepas jugak rindu nak makan biskut lutut ni. Oklah uolls, kak lang nak pi bancuh milo cicah biskut lutut ni.

Bye!

Salam sayang,
Kak Lang
Actually its real name is wholemeal- round rusks

Yeayyy...yeayyyy!!!

Salam Isnin semua. Hatiku berlagu riang...Santa datang bawak hadiah awal tahun ni..hikhikhik...Nak tahu sebab apa??????

Sebabnya barang-barang yang kak lang kirim melalui kontena rakan setugas telah tiba.  So weekend kami tak keluar sebab unpack semua barang ini.

Thanks to my collegues yang sudi kasi tumpang kontena dia...Maka stock makanan kak lang telah di top up.

Salam sayang,
Kak Lang



Taraaaa!!!!!!!


***

***

***

the boxes
100 plus..plus..plus
Milo and the geng
Cincau drinks
Maggie...
Cakk!!!
     
Hehehe