Pages

Monday, March 24, 2014

Sally and Bandia Reserve Parc revisited

Salam semua. Selamat berhujung minggu. Harini Kak Lang buat lawatan ulangan di Bandia Reserve Parc dan juga Sally.  Tujuan utama lawatan adalah 1. Nak rasa masakan kat restaurant di Bandia Parc 2. Recce hotel terbaik di Sally 3. Jadi pemandu pelancong kepada boss baru ☺️

Hasil daripada kesemua lawatan telah membuahkan hasil.1. Masakan yang dihidangkan memang marvelous 2.hotel yang kami pergi tersangat lah cantik pemandangan Nya(harap dapat pergi before we leave Dakar).3. Harini binatang2 di safari banyak yang keluar menunjuk kan diri Nya.Macam nak bid farewell kat kami pulak kan.😁😁😁 Kami dah plan untuk next trip nak pi walking with lion pulak kat Fathala. Fathala ni jauh dari Dakar. It takes 3 hour plus to be there. Dia lebih kurang Bandia Parc tapi yg specialnya Kita boleh jalan2 dengan lion selama 40 minit tau.Eee ngeri kan tapi nak jugak experience jalan dengan lion.Ok sampai sini je dulu nak marathon movie malam ni. Kata malam minggu kan.  Owh saya Ada pesanan buat Kak ani yang tersayang yang berada jauh di Sudan nun please lah pick up your mobile phone coz I miss to chat with you. I miss you kak.😔😞😭

Love,
Kak Lang

Note:  Gambar di Bandia di entri akan datang...banyak sangat nak kena pilih dulu...hehehe


Muka mengantuk...zzzzz

Grill chicken and couscous


Daging buaya...eh...acah je...hehehe

chef yang sporting

chef tengah prepare pizza my husband...lupa nak snap gambar pizza

Restaurant in Sally

private boat

Good Bye Sally!




Kak Lang's Story - Resepi Laksam


Assalammualaikum dan Selamat sejahtera.  Maaf ye kawan-kawan kak lang ni asyik tak update entri.  Busy sangat dengan 'life' kat Dakar ni. hehehe  Hari ni kak lang nak up entri pasal resepi laksam.  Yang ini penemuan baru kak lang.  Belajar dari kesilapan gitu.  Sebelum kak lang terlupa resepi ni baik kak lang tepek kat blog supaya boleh refer in future.  Jom kawan-kawan kita revise resepi laksam.

Salam sayang,
Kak Lang

*nota  hati - jangan panik nampak je panjang tapi sebenarnya enteng saja.😉

Resepi Laksam
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan untuk Laksam
1.  4 cawan tepung beras
2.  4 sudu santan
3.  6 cawan air suam (air panas campur air suhu bilik)
4.  1 sudu teh garam
5.   3/4 cawan minyak masak (untuk disapu ke atas acuan)
6.  Acuan laksam (kak lang guna tutup periuk)
7.  Periuk kukus

Caranya
1.  Panaskan periuk kukus.
2.  Sementara menunggu air periuk kukus mendidih.  Sediakan adunan untuk laksam.
3.  Masukkan tepung beras, santan, garam dan air.  Kemudian kacau menggunakan mesin/blender/sudu sehingga sebati.
4.  Sekarang masukkan tutup periuk ke dalam kukus lebih kurang 1 minit dan sapukan minyak dengan berus.  Kemudian tuang adunan laksam dengan menggunakan senduk.  Tuang adunan sehingga penuh tutup periuk tadi dan tutup pengukus anda.
5.  Kukus lebih kurang 5-10 minit dan angkat.  Dia akan menjadi seperti lempeng tetapi lembut.
6.  Sediakan dulang yang disapu sedikit minyak dan gulung laksam yang telah masak.  Susun
7.  Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.  (Kak lang akan cuci tutup periuk setiap kali laksam masak untuk mengelakkan dari adunan melekat)

Resepi Kuah Laksam
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan
1.  1 kg ikan kembung
2.  4 keping asam keping + 1/2 sudu teh garam (untuk rebus) dan 3 keping untuk kuah laksam
3.  1 sudu teh serbuk lada hitam
4.  2 batang bunga kantan
5.  1 ikat daun kesum
6.  5 biji bawang kecil/1 biji bawang besar*
7.  4 biji bawang putih*
8.  1/2 inci halia*
9.  1/2 inci lengkuas*
10.  Garam secukup rasa
11.  Sedikit gula
12.  400ml santan
13.  1.5 liter air

Caranya
1.  Rebus ikan kembung dengan asam keping dan juga sedikit garam.  (Jangan buang airnya setelah ikan kembung masak kerana air ini akan digunakan untuk blend isi ikan).
2.  Asingkan isi ikan dan tulang.  Kemudian blend isi ikan bersama air rebusan.
3.  Blend bahan bertanda *.
4.  Satukan semua bahan dan masak sehingga mendidih.  


Resepi Sambal Laksam
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan:
1.  6 batang cili merah (direbus sehingga masak)
2.  5 batang cili padi (direbus sehingga masak)
3.  1 sudu cuka makan
4.  1 inci belacan yang telah dibakar
5.   1/2 sudu teh garam
6.  1 sudu teh gula

Caranya
1.  Tumbuk/Blend semua bahan.  Dah siap.


Bahan-bahan lain untuk Laksam
1.  1 batang bunga kantan di racik halus
2.  3 kelopak kobis dihiris halus 
3. 1 batang timun dihiris halus
4.  6 batang kacang panjang dihiris halus 
5.  4 biji limau kasturi dibelah dua /1 biji limau nipis dibelah kecil2

Caranya
1.  Campur semua bahan kecuali limau.
2.  Tabur kan di atas laksam. Fuhhh Sekarang semuanya telah lengkap. Selamat mencuba.




Laksam

Close up sikit...hehehe