Pages

Tuesday, December 31, 2013

Kak Lang's Story: Resepi Kerepek Pisang Ranggup

Salam penghujung tahun 2013 semua.  Hari ni kak lang nak share resepi kerepek pisang.  Walaupun kerepek pisang ni nampak je simple tapi cara goreng mesti kena betul ye.  Kak lang pernah cuba buat kerepek pisang sebelum ni tapi gagal.  Gagal sebab kerepek yang digoreng turns lemau bila masuk dalam botol.  Percubaan kali ini membuahkan hasil sebab kak lang berjaya buat kerepek pisang yang ranggup dan sedap macam yang dijual kat kedai. hehehe ..kepada yang pakar jangan ketawakan ai okeh.  Kak Lang ni baru belajar harap maklum.  Dah nak masuk 4 series baru pandai goreng kerepek pisang...hahaha.Ok jom share resepi.


Resepi Kerepek Pisang Ranggup
Sumber:  Kak Lang
Bahan-bahan:
1.  1 1/2 kilo pisang tanduk yang hijau *pisang hijau yang belum masak tetapi tidak kelat
     (dapatlah dalam 6-7 biji pisang)
2.  Minyak untuk menggoreng 
3.  Sedikit garam
4.  Sedikit kunyit serbuk


Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak di dalam kuali (minyak kena banyak untuk deep fry ok)
2.  Buang kulit pisang dan hiris menggunakan pemotong sayur etc mengikut bentuk yang digemari(bulat atau memanjang).  Potong nipis tau.
3.  Bila minyak dah panas, masukkan sedikit kunyit dan garam ke dalamnya supaya kerepek kelihatan berseri kekuningan.
4.  Masukkan pisang yang telah dihiris satu per satu supaya tidak melekat atau boleh hiris terus ke dalam kuali.  Kacau semasa menggoreng.
5.  Apabila pisang telah kelihatan kuning, angkat dan toskan di atas tisu supaya minyak diserap oleh tisu tersebut.  Sejukkan dan simpan di dalam botol kedap udara.
6.  Sekarang kerepek pisang anda telah siap sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.


Love,
Kak Lang


Kerepek pisang

Tos kan kerepek yang telah digoreng supaya minyak meresep ke dalam tisu

2 comments:

  1. sdpnya,,npe ltk dlm bekas...nk jgk dlm perot nie..hihii.tq sharing

    ReplyDelete
  2. As salam kak Lang..
    Boleh beritahu punca kerepek cepat lemau. Adakah kerana pisang 🍌 muda atau hirisan tebal..tksh.

    ReplyDelete