Pages

Thursday, October 24, 2013

Resepi Roll Sardin


Roll Sardin



Resepi Roll Sardin
Sumber:  Kak Lang


Inti Sardin
Bahan-bahan untuk inti :-
1.  1 tin sardin saiz sederhana
2.  1 biji bawang besar dipotong dadu
3.  1 sudu makan cili kisar (cili kering/cili merah)
4.  1 sudu makan air asam jawa
5.  2 ulas bawang putih yang telah diketuk
6.  2 sudu makan minyak masak untuk menumis
7.  1/2 sudu teh garam (ikut citarasa masing2)

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar (sehingga layu dan naik bau) seterusnya cili   kisar.  Biar sehingga cili masak kemudian masukkan asam jawa dan garam.
2.  Sekarang masukkan sardin yang telah dihancurkan kemudian gaul sehingga kering.
3.  Tuang sardin yang telah dimasak pada penapis supaya tidak berminyak. Biarkan sejuk


Kulit roll
Bahan-bahan
1.  2 cawan tepung gandum
2.  2 sudu makan majerin
3.  1 sudu teh garam dicampur dengan satu cawan air sejuk yang dicampur dengan air batu
4.  1 biji telur ayam diambil kuningnya sahaja dan dikacau bersama satu sudu makan fresh milk dan sedikit esen vanilla.
5.  sedikit bijan dan rempah mengikut citarasa masing2. (ni optional)
 
Cara-caranya:-
1.  Campur tepung gandum dan majerin.  Gaul rata.  Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan uli. (uli seperti menyediakan kulit karipap)
2.  Canai kan tepung yang telah diuli dan potong empat segi sama. boleh guna pisau biasa ataupun pisau yang ada corak seperti pisau potong agar-agar. Saiz kulit ikut lah kehendak masing-masing.  Kak lang buat dalam saiz 7cmx7cm. Ketebalan kulit lebih kurang macam kita buat karipap.
3.  Masukkan inti sardin dan gulung.  Hiris sedikit pada kulit atas roll dan sapu kuning telur dengan berus.  Tabur sedikit bijan dan rempah.  Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar roll sardin selama 20 minit/sehingga masak (bergantung kepada oven masing2) .


Sekian.  Selamat Mencuba.

Love,
Kak Lang


2 comments: