Pages

Thursday, October 24, 2013

Resepi Roll Sardin


Roll Sardin



Resepi Roll Sardin
Sumber:  Kak Lang


Inti Sardin
Bahan-bahan untuk inti :-
1.  1 tin sardin saiz sederhana
2.  1 biji bawang besar dipotong dadu
3.  1 sudu makan cili kisar (cili kering/cili merah)
4.  1 sudu makan air asam jawa
5.  2 ulas bawang putih yang telah diketuk
6.  2 sudu makan minyak masak untuk menumis
7.  1/2 sudu teh garam (ikut citarasa masing2)

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar (sehingga layu dan naik bau) seterusnya cili   kisar.  Biar sehingga cili masak kemudian masukkan asam jawa dan garam.
2.  Sekarang masukkan sardin yang telah dihancurkan kemudian gaul sehingga kering.
3.  Tuang sardin yang telah dimasak pada penapis supaya tidak berminyak. Biarkan sejuk


Kulit roll
Bahan-bahan
1.  2 cawan tepung gandum
2.  2 sudu makan majerin
3.  1 sudu teh garam dicampur dengan satu cawan air sejuk yang dicampur dengan air batu
4.  1 biji telur ayam diambil kuningnya sahaja dan dikacau bersama satu sudu makan fresh milk dan sedikit esen vanilla.
5.  sedikit bijan dan rempah mengikut citarasa masing2. (ni optional)
 
Cara-caranya:-
1.  Campur tepung gandum dan majerin.  Gaul rata.  Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan dan uli. (uli seperti menyediakan kulit karipap)
2.  Canai kan tepung yang telah diuli dan potong empat segi sama. boleh guna pisau biasa ataupun pisau yang ada corak seperti pisau potong agar-agar. Saiz kulit ikut lah kehendak masing-masing.  Kak lang buat dalam saiz 7cmx7cm. Ketebalan kulit lebih kurang macam kita buat karipap.
3.  Masukkan inti sardin dan gulung.  Hiris sedikit pada kulit atas roll dan sapu kuning telur dengan berus.  Tabur sedikit bijan dan rempah.  Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius dan bakar roll sardin selama 20 minit/sehingga masak (bergantung kepada oven masing2) .


Sekian.  Selamat Mencuba.

Love,
Kak Lang


Resepi Roti John daging

Salam sayang semua.  Maaf ye asyik tenggelam timbul je.  Walaupun dah janji dengan kawan2 nak update blog selalu tapi still tak update.  Sorry kawan, kak lang tak cukup kaki dengan tangan kat pejabat. Sibuk ya ampun. 16 September 2013 lepas, pejabat kak lang ada buat majlis sambutan hari Malaysia yang ke 50.  Tahniah MALAYSIA!!. Kak lang bangga menjadi anak watanmu. Cewah!! sempat pulak kan. ^_^

Watak makcik kantin di galas oleh kak lang pada tahun ini ye.  huhu.  Kak lang buat karipap pusing, Roti John, kuih keria, mee goreng dan teh tarik.  Ada pegawai cadang suruh kak lang buat roti john.  Kali pertama kasi orang Senegal makan roti john ni..tak sangka depa  suka..tambah2 makan weh...hehehe.  Mungkin lebih kurang dengan makanan rutin diaorang kot..diaorang makan baguette all the time. Kak lang ada post gambar ni kat instagram. Ada kawan minta resepi roti john versi kak lang ni jadi jom kita kongsi resepi.


Resepi Roti John
Sumber:  Kak Lang

Bahan-bahan
1.  2 batang baguette
2.  300gram daging cincang (yang telah direbus)
3.  2 biji telur*
4.  1 biji bawang besar di potong dadu*
5.  1 sudu teh serbuk kari*
6.  1 sudu teh kiub ayam*
7.  2 batang daun bawang di hiris halus*
8.  3/4 sudu teh garam*
9.  4 helai Daun salad
10. 1 cawan Kobis yang telah dihiris halus
11. 1 biji tomato dipotong dadu
12. 1 sudu makan majerin
13.  2 sudu makan minyak masak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan yang bertanda * dan kacau hingga sebati.
2. Belah dua baguette (jangan sampai putus) dan sapukan dengan majerin.
3. Panaskan kuali leper dan bakar baguette sehingga kekuningan dan angkat.
4. Baguette yang telah sejuk di tampal telur dengan bahan bertanda*, taburkan daging cincang dan salut dengan telur semula dan bakar hingga kekuningan.
5. Baguette yang telah disalut telur kemudian disapu mayonis, cili sos, kobis, salad dan tomato.
6. Sekarang baguette anda siap siap untuk di makan.





Salam sayang,
Kak Lang

Roti John yang belum di potong

Pandangan sisi..hehe