Pages

Tuesday, July 16, 2013

Resepi kuih seri ayu

Salam Ramadhan semua.  Hari ni kak lang nak share resepi kuih seri ayu yang sedap. Kak Lang cuba sekali je terus jadi.  Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi.  Bulan puasa ni biasalah nafsu membuat kuih melebih2...tambahan pula kami berbuka puasa berempat tahun ni.  I loike okeh takde lah sunyi je.  Kalau dah ramai yang nak makan lagi semangat la kak lang memasak.  Kuih seri ayu ni kak lang buat pada hari Ahad lepas. Banyak juga hasilnya..dapatlah share dengan jiran dekat rumah.  Kak lang suka resepi ni sebab sukatan pakai cawan. Cubalah mesti success punya.

Oklay. Selamat berbuka. Bye.


Love,
Kak Lang



Resepi kuih seri ayu
Resepi asal:   Rohaya1710

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur 
1 cawan gula  
2 cawan tepung gandum 
1 cawan santan  
1 sk ovellete 
1 sk perisa pandan  
pewarna hijau  
kelapa parut (putih) + dgn sikit tepung gandum dan garam
*kak lang ganti tepung gandum kepada tepung ubi (maaf ye tuan punya resepi sebab derhaka sikit)

Cara-cara

  1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
  2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
  3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit  

Kuih Seri Ayu

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1434H/2013

Salam sayang pada semua readers. Di kesempatan ini, kak lang ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1434H/2013 kepada semua umat Islam diserata dunia.  Semoga Ramadhan kali ini memberikan keinsafan dan ketenangan kepada kita semua.  Kak lang juga memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran sama ada dari segi perbuatan mahupun perkataan ye. 0-0. ^__*

Nasihat kak lang kepada semua muslimin dan muslimat, bersederhanalah semasa berbuka puasa.  Jangan mengikut nafsu bila membeli makanan di pasar Ramadhan.  Membazir itu amalan Syaiton. 

p/s:  Jangan lupa baca niat puasa ye.:)


Source from Mr.Google. Thank you.


  
Love,
Kak Lang

Friday, July 5, 2013

Selamat Pengantin Baru Adik No.6 ^_^

Salam sayang semua.  Sorrylah asyik tenggelam timbul je...kak lang busy dengan kerja.  A lots of things to settle before my recent boss leave Dakar.  I'll receive a new boss very soon.  Anyway..hari ni entri khas untuk adik kak lang yang nombor 6.  Hari ini 5 Julai 2013 bersamaan dengan hari Jumaat, adik kak lang telah menamatkan zaman bujangnya.  Tahniah kerana bergelar isteri..hehehe..Kak lang doakan agar rumah tangga mu sentiasa bahagia dan kekal sehingga akhir hayat.  Aminnnn.   Selamat Pengantin baru kepada Nur dan Suami.  Maaf kerana kak lang tak dapat pulang meraikan hari bahagia mu..hukhuk...Love you and all the family #lapanjutakalilapanjuta#


Jauh dari benua Afrika,
Kak Lang



You so cantik adik