Pages

Wednesday, February 27, 2013

Cerita Rawak pasal makanan dan resepi kuih bakar

Salam sayang semua.  Makin lama makin malas kak lang mengupdate blog kan..sampai kena tegur dengan kawan-kawan.  Sorrylah adik-adik dan kakak2, kak lang sibuk dengan urusan harian gitew kekdahnya...kuikui.  Takde apa nak di update pun...paling banyak pasal makanan je.  Harap korang tak bosan baca.  Eh diet ke idak kak lang ni?kah(gelak panjang sikit)....diet main2 tapi Alhamdulillah ada penurunan jugak.  Masalah sekarang baju semua dah longgar.  Dah macam pakai baju pinjam.  Baju lama pulak banyak dah lusuh.  Kalaulah kat tanah air..haruslah berdesup kak lang pi shopping beli baju baru.  Mesti senyum sampai telinga pilih baju..hikhik...Ok cerita pasal makanan pulak.  Al kisah jiran kak lang ni rajin benar hantar makanan..dalam seminggu tu ada je makanan yang diberi.  Habis tak kan asyik balas pinggan kosong je kan..so adalah bila weekend time angin rajin tu kak lang balas dengan apa yang teragak je.  Last week kak lang try buat kuih bakar.  Encik suami suka pulak.  So untuk panduan masa akan datang, bila2 dia nak repeat makan boleh lah kak lang refer kat blog kan.  Sambil tu boleh juga kak lang share resepi ni dengan kawan-kawan.  Kaedahnya senang sangat...kak lang masukkan semua dalam blend dan bakar.  Jom kita belajar wat kuih bakar.  Kita bakor aje! Kita bakor! Kita bakor! eh!


Resepi Kuih Bakar
Sumber: IntanBerlian87 (tq for sharing the recipe)

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
5 helai daun pandan di mesin dengan 200ml (kemudian di tapis airnya)
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh butter/minyak sapi (pilih je yang mana suka)
3 biji telur ayam
250 ml santan
sedikit bijan
sedikit pewarna hijau
minyak untuk disapu pada loyang


Cara-caranya:-
1.  Blend daun pandan yang telah digunting dengan air suam dan tapis ambil jusnya.
2.  Masukkan semua bahan di dalam blend dan mesin.
3. Panaskan oven.  Kemudian masukkan loyang yang telah disapu dengan minyak selama 3 minit.  Keluarkan dari oven.
4.  Tuang bahan yang telah diblend ke dalam loyang dan bakar sehingga 50 minit dengan kepanasan oven 180 darjah sehingga permukaan atasnya ke perangan dan garing.

Sekian, selamat mencuba!


Love,
Kak Lang


Nah ambil gambar makanan ni.  *Silalapairliur* Bye!



Kuih Bakar


Pau Kacang Merah

Wednesday, February 20, 2013

Short vacation

Salam sayang semua.  Kak Lang nak update pasal short vacation on 8-10 Februari 2013.  Ia adalah percutian pendek yang menenangkan.  Pemandangan yang indah dan udara yang segar.  For readers information, Dakar ni actually covered by beach tau.  Kedudukan dia tengah-tengah laut, so ke mana pun kita pergi dalam Dakar ni akan bertemu dengan beach juga akhirnya. Hotel yang kak lang tinggal ni nama nya Le Terangga and its closed by the beach of course.  Ia adalah salah satu hotel yang tertua di Saly ini.  Lodge nye ala-ala rumah Afrika di kampung.  Banyak pokok-pokok hijau (pstt, kitaorang kat Dakar jarang tengok tumbuhan hijau sebab kebanyakan pokok di saluti dengan debu tu yang jakun sikit tengok tumbuhan hijau).  Ada burung merak juga.  Secara peribadi, kak lang dengan encik suami suka tempat ni.  Kami suka travel dan menikmati keindahan alam.  We loves green. GO GREEN! Eh tetiba pulak. kuikui.  Hotel tempat kami menginap ni banyak tourist dari Europe.  Diaorang datang sini purposely untuk berjemur kot.  Sebab kan sekarang Europe tengah snow. Sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap di Hotel ni, kak lang dan suami happy dengan meal dia.  Ok la jika dibandingkan dengan other hotel we've been before.  Nice meals and nice people. Heee...So many nice things for me.  Alhamdulillah.  Okaylah tak mo cakap banyak jom enjoy the scenery and of course my photo for viewing. ahaks!

Love and hugs,
Kak Lang




Gambar adalah tidak tersusun. Pandai-pandailah create jalan cerita nya. ^_^






 
 
 
 
 
 









Thursday, February 7, 2013

Lambatnya nak pukul 5 petang!!!


Hehehe...Yeah kak lang sekarang masih dipejabat.  Jam menunjukkan jam 4.14 petang dan iolss adalah tak sabar nak tunggu pukul 5 petang sebab nak balik. Bukan sebab tak de kerja nak buat tapi tak de mood nak buat.  Aci tak? Ala korang pun mesti pernah pengalaman macam ni juga kan? Start pukul 2 petang tadi internet kejap ada kejap tak de...main hide and seek pulak...patutlah refresh email tak ada yang baru masuk rupanya line takdop.  kihkihkih...Settlekan masalah internet sampai ada ...zass!zass!zass! Macam mother fairies tu (buat gaya pari2 pegang kayu sakti nak tukar Cinderella jadi cantik untuk pergi majlis tari)apa yang kak lang merepek ni? hahaha..layan jelah ..dah pukul 4.00petang. Teringat pulak nak update blog kejap. Hari ni dinner tak payah masak sebab pagi tadi ada orang order nasi bungkus kak lang saja buat lebih untuk encik suami lunch and dinner...kan sonang..eheeee

Owh ya tadi ada Malaysian mai pejabat...diaorang kasi serunding daging dengan coklat.  I loike! Terima kasih.

Ok cukup lah sampai sini dulu.  

Salam sayang,
Kak Lang


Gambar blurrr....orang lapar ambil kan..hahaha

Wednesday, February 6, 2013

Chinese New Year

Salam sayang semua. Weekend ni cuti panjang sikit kan. Sempena Chinese New Year. Kepada rakan- rakan yang meraikan, selamat tahun baru cina! semoga tahun ini ada lebih ong ma. Hihi..Kak lang cuti sampai Isnin. Tak sabar nak tunggu weekend. We plan to go somewhere for vacation.So lets count the day...Wednesday,Thursday and Friday. Yeayy!!!oppsss! Terlebih sudah.Actually lama kami tak pi bercuti. 2 Kali balik Malaysia tapi tak sempat nak bercuti as usuall. It's like our annual vacation. Rancang Nya bulan Februari nak pergi bercuti jauh sikit tapi Ada tugas yang perlu diselesaikan..terpaksa postponed tarikh pergi.Kita hanya merancang Allah yang menentukan.Mari berdoa semoga rancangan cuti pendek ini diredhai oleh NYA.Amin..

Love,
Kak Lang

Tuesday, February 5, 2013

Resepi buah rotan

Hello! Kepala pening tidur lambat malam tadi gara-gara menggentel kuih buah rotan ni.  Kak Lang buat 2 kali ganda daripada sukatan yang diberi.  Semalam lepas siap menggoreng terus instag dan post gambar kat fb.  Ada kawan-kawan pm minta resepi.  So meh le kita share resepi.  Resepi ni kak lang google dari myresepi.  Kebanyakan resepi kak lang semua dari internet je..hasil dari carian bijak pandai mr.google giteww...senkiu mr.google..tanpamu siapalah aku...cewah! Kalau teringat masakan mak, kak lang call mak je minta resepi hew hew....Before this kak lang pernah cuba buat buah rotan ni tapi gagal...hasilnya buah menjadi tidak ranggup dan besar...mungkin sebab tuan resepi tak guide betul-betul tentang cara pembikinannya.  Resepi yang kak lang google kali ni sangat membuahkan hasil...cumanya kena sabar sikit je...kak lang gentel sambil tengok tv je...sedar-sedar dah siap.  Pada kawan-kawan yang nak cuba resepi ni ikutlah tips orang yang bagi resepi ni mesti jadi.  Kak lang derhaka sikit je sebab tambah gula satu sudu makan...Oklah meh baca resepi..ambil mood untuk menggentel..hasilnya mesti puas hati...owh ye..buah rotan ni masa panas dia akan lembut bila digigit tapi bila dah sejuk baru ranggup tau...jangan ingat lembut tak jadi pulak.  Selamat mencuba kawan-kawan.

Love,
Kak Lang


Resepi Buah Rotan
Sumber  :  kak besah (tq for sharing the recipe..love it!)
(p.s: kak besah minta izin copy paste resepinya..kak lang malas nak taip balik..ngeh)

Bahan-bahan ( 1 tupperware 2.6 liter )

  • 3 biji telur grade B
  • 4 sudu makan gula halus(gula pasir yg dikisar)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur sireh
  • +- 200g tepung pulut
  • bijan secukukupnya utk salut
  • minyak utk menggoreng terendam.

Cara-cara

  1. kacau telur & gula dgn hand whisk hingga berbuih & gula larut. masukkan garam & air kapur, kacau rata.
  2. campurkan tepung pulut sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mnjadi doh yg boleh di gentel bulat.
  3. taburkan bijan dalam dulang. ambl secubit doh(secubit jer tau..) , bulat2 kan kecik2. sebesar telur cicak saja yer.(bila dh msk jd sbesar hujung ibu jari).. jgn lebih besar dri itu.sbb akk dh try, gentel sebesar biji buah mata kucing, kejadiannya bila dah msk sebesar buah mata kucing yg blom dikupas kulitnya.
  4. lepastu golek2kan biji2 buah rotan dengan bijan2. bila dh habis semua digentel, bleh la digoreng dgn api sederhana/perlahan saja supaya msk hingga kedlm nya yer.. P/s;ni perbandingn antara buah rotan yg dah msk ngn buah mata kucing. jenuh lah nk menunggu msk nyer.. sbb kalau guna api kuat dlmnya still lembut. sbb tu kne gentel cenonet2..hehe..senang kan..  
  5. p/s; tips supaya bijan x tertanggal semasa digoreng-bila semua biji2 buah rotan dah siap digentel & disalut bijan, semasa ia di dlm dulang, basahkn tangan yg bersih, lalu dikisar2 kan di atas buah rotan tu.(tekan sikit kuih tu sambil dipusing2kan sprti kita meratakan sesuatu) lps tu bleh lah digoreng..

Buah rotan yang belum digoreng

selesai goreng

close view..hew hew

Monday, February 4, 2013

Bagai mentimun dengan durian



Tolonglah



Bila cakap pandang-pandang.....MANUSIA....rambut sama hitam kecuali mat salleh tapi hati lain-lain.  Tak semua manusia boleh terima apa yang kita perkatakan.  MANUSIA...kadang-kadang mulut cakap lain tapi hati cakap lain...depan cakap baik belakang cakap busuk.huh!



Yang sangat sedih dengan manusia begini,
Kak Lang