Pages

Friday, March 30, 2012

Report Duty

Hello everyone!! Tajuk boleh tahan. Kalau my family baca ingat kak lang dah kena hantar negara mana pulak kali ni ye. Yelah kena report duti kan. Sebenarnya hari ini, secara rasminya Kak lang report duti sebagai Tukang masak kepada encik Suami. Seminggu MC.. Sebab tak berapa sihat.^__^

Tugas pertama Kak lang first day masuk kerja hari ini adalah...ikan bilis goreng tempoyak dengan petai. Secara jujurnya Kak lang tak pernah rasa lagi masakan ini.Jadinya tak tahulah macam mana rasa sebenar masakan ini. Tadi masa lunch, pertama Kali tu merasa lauk ini Dan terus jatuh hati.Psssttt, ini rahsia tau Kak lang makan bertambah hari ni. Encik Suami senyum- senyum je tengok Kak lang tambah. Kalau di ikut kan nafsu nak je tambah banyak- banyak tapi sebab encik asben dah tengok tu segan pulak nak tambah lelebih. Hehe

Ni nak letak resepi kat sini untuk rujukan masa depan.

Resepi ikan bilis goreng tempoyak dengan petai
Sumber: Kak lang

Bahan-bahan
1. 1 genggam ikan bilis
2. 2 papan petai
3. 1 senduk tempoyak
4. 20 biji cili api*
5. 1 ulas bawang putih *
6. 3 ulas bawang kecil*
7. Secubit garam
8. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing Dan angkat.
3. Kurangkan minyak gorengan ikan bilis Dan tumis bahan bertanda * sehingga masak.
4. Masukkan tempoyak Dan kacau hingga rata.
5. Kemudian masukkan petai, biar layu sedikit.Taburkan garam Dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6. Gaul hingga rata, padamkan api dan hidangankan bersama Nasi panas. Mantap!!!

Selamat mencuba!

Until then.Bye.

Love and hugs,
Kak Lang




Ikan bilis goreng tempoyak campur petai

Tuesday, March 27, 2012

Sepi...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!!(Wah introduction macam YB kasi ucapan..hahaha) Lama kan kak lang tak update blog. Lately ni tersangatttt banyak perkara yang berlaku secara mengejut. Selain dari kesibukan di kantor, kak lang telah jatuh sakit. Sakit secara mendadak. 2 tahun lebih kak lang di Senegal dan ini adalah procedure ke 2 yang berjaya menyembuhkan kesakitan kak lang. Pengalaman berada di negara yang kurang kemajuan dari segi peralatan di kilinik adalah paling menakutkan bagi kak lang.

Awal bulan March ini kak lang mengalami period yang panjang. Luar dari kebiasaan sehingga kak lang jadi lemah disebabkan kehilangan banyak darah. Lebih kurang hari ke 12, kak lang dah tak boleh berdiri dengan gagahnya lalu mencari semua pakar2 gynea yang pernah kak lang jumpa sebelum ini. Malangnya semua doktor2 itu berada di luar kawasan. Yang ada cuma seorang doktor di klinik yang tidak pernah kak lang kunjungi. Doktor adalah orang Lebanese dan kami berkomunikasi macam itik dan ayam..hehe. Sorang cakap french sorang cakap english. Sambil mendengar penjelasan doktor sambil cari perkataan dalam kamus..siap suruh doktor taipkan perkataan yang dia sebut. hahaha.

Doktor buat vagina scan pastu terus mengesahkan yang kak lang ada functional-ovarian-cysts- yang tidak merbahaya tetapi perlu di tebuk dan disedut cecair yang berada di dalam ovari untuk mengelakkan dari kesakitan. Mula-mula kak lang tak faham apa jenis penyakit tu..risau jugak kan sebab dia sebut cysts..so kak lang google nama penyakit ni dan yes memang ianya tidak bahaya tetapi perlu dibaiki (ingat engine kereta ke). Procedure (small surgery) ini di lakukan pada esok paginya di klinik tersebut jugak. Doktor bius Kak lang dalam dua-tiga jam. Pastu sedar-sedar je..memang rasa sakit. Hari pertama dan kedua kak lang tak boleh nak wee wee dan poo poo pun. So terus call doktor dan dia bagi ubat untuk kasi wee wee dan poo poo. Setelah hampir seminggu masih sakit lagi tau. Tak boleh teran-teran dan jalan pun tak boleh laju-laju sebab sakit woo. Kena banyak berehat dan jaga emosi. (Kak lang nangis 2 kali sepanjang menanggung kesakitan lepas procedure) Mungkin duduk dirantauan menambahkan lagi emosi. Keluarga jauh. That time, i really2 need my mom. Apakan daya bertabah saja lah. Demi untuk mendapatkan zuriat kak lang dengan suami, i sanggup je bertabah. Doktor tu pun dah bising-bising suruh kak lang try hard to get pregnant disebabkan usia telah pun menjangkau 34 tahun. (wah macam tak caya je lagi 6 tahun kak lang nak tukar ke 4 series) Kalau kereta 4 series memang best lah kan tapi kalau manusia sendiri mau ingat..hahaha

Sekian dulu coretan kak lang untuk hari ini. Eh? perasan tak ayat kak lang hari ni macam sastera-sastera gitu..haha

Until then. Bye.

Love and hugs,
Kak Lang

Friday, March 9, 2012

Baju Kurung

Hello everyone!!Selamat hari Sabtu!Tengah buat apa tu?hehe.Kak lang baru selesai bersilat kat Dapur prepare lunch.Pukul 3pm baru makan.Walhal masak sonang2 je pun.Sayur campur aka cap cai goreng dengan kentang campur ikan bilis goreng cili padi.eh lari Tajuk pulak.keke

Cerita pasal Baju kurung yang dah lama sangat Kak lang tak Pakai.Semalam sempena hari Jumaat,teringin sangat nak Pakai Baju kurung.Rindu nak Pakai.Sejak duduk dirantauan jarang sekali Kak lang Pakai pergi Pejabat kecuali Ada reception embassy lain je baru Pakai Baju batik.Bukan tak mau Pakai tapi keadaan yang tak berapa sesuai.Maklumlah Kak lang pergi kerja naik teksi Dan teksi kat sini semua buruk Dan uzur.Banyak Baju rosak terkena karat bahagian dalam teksi especially bila keluar Dari kereta depa.Mesti tersangkut pintu karat.So sayanglah nak Pakai Baju mahal2 kan.Jadi Kak lang pergi kerja Pakai kemeja dengan slack..tu pun alas dengan jacket sebab tak mau kotor.Tabah betul duduk Africa takde kereta kan?muahaha. Selalu tu kena sindir dengan local staff sebab takde kereta.who cares can?tak heran pun dengan sindiran tu semua janji kat Malaysia kehidupan Kak lang lengkap dah.Alhamdulillah dah Ada Rumah sendiri,kereta 3 biji Dan lain2.kau ado?(tuju pada local staff tu). Kat sini encik asben dah putus makrifat tak mau beli kereta memandangkan keganasan penggunaan jln raya penduduk disini dan juga cara penggunaan kereta orang2 sini.suka hati dia aje nak calar2 kereta orang pastu takmo tanggungjawab.

Kat embassy tu Kak lang sorang je takde kereta.; (

Ok sekian saja kemerepekan Kak lang.

Until then.Bubye!

Love and hugs,
Kak lang



P/s: terimalah gambar tuan tanah Pakai Baju kurung.^__^


*





*





*






Tuesday, March 6, 2012

suara hati..

Hi there!Akhir-akhir ini banyak sangat dugaan yang kak lang dan keluarga terima dari Allah s.w.t.  Alhamdulillah semuanya semakin pulih walaupun masih belum berakhir. Last 2 nights, i cannot sleep well and the next morning when i call my mom, my eldest brother accident masa pergi meeting.  Kereta adalah dipandu oleh rakannya. Lucky him, cuma cedera sedikit saja.  During the incident, he sat just besides the driver and the broken glass hits his head. Nothing serious injured and the doctor already did what he suppose to do.He's doing ok now.Alhamdulillah again.

Kak lang sentiasa doakan keselamatan ahli keluarga kami, tak kiralah sebelah pihak in laws, anak-anak dan sanak saudara.  Kak lang juga bermimpi jumpa arwah kepada tok ngah yang tak pernah kami jumpa in person sebab masa kak lang lahir pun beliau telah pergi mengadap illahi. Kak lang kenal muka beliau pun sebab dah pernah nampak gambarnya di rumah nenek ngah.  Kata orang tua-tua, kalau kita bermimpi kan arwah seseorang kita hendaklah sedekahkan alfatihah buatnya.  Sejurus kak lang terjaga dari tidur terus bacakan alfatihah. 

Selain itu, emosi kak lang juga sangat melebih-lebih bulan ini. Entah kenapalah agaknya.  Sikit-sikit hati rasa tersentuh, sikit-sikit sedih, sikit-sikit rasa rindu teramat terhadap keluarga especially towards my parents.  Setiap kali mendengar suara anak buah kak lang, kak lang rasa gembira sangat.  Setiap hari juga si kenit itu berebut telefon dengan neneknya untuk berbual dengan mak lang. Walaupun masih tidak pandai bercakap, sekurang-kurangnya dia faham apa sahaja yang kak lang cuba katakan.  Contohnya, kalau kak lang kata lepas mamam, bobok okeh...lalu sikenit pas telefon ke nenek ambil botol susu dan tidur..see?comelkan dia... Kak lang ni jenis hari-hari mesti mendengar suara mak sebagai pendorong semangat kak lang hidup setiap hari gitu. Kalau sehari tak dapat dengar suara mak macam tak lengkap je hidup kak lang...Mak...kak lang doakan mak dan bapak panjang umur ye..diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu.

nama saya nur qaleesya dayana~~~comei kan..^_^
Cukuplah kak lang merepek untuk hari ini.  Secara kesimpulannya kak lang rindu sangat nak jumpa family sebenarnya...i wish cepatlah bulan May supaya kak lang boleh balik bercuti. I LOVE YOU ALL.

Until then. Bye!

Love and hugs,
kak lang